Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»DLA 35 – Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia
Roda4

DLA 35 – Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia

Han OthmanBy Han Othman10/02/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

traktor-lamborghini-dla-35-1957-bg
JIKA anda kaya dan bosan membeli kenderaan mahal klise seperti supercar, rumah lelongan The Grand Palais, Paris minggu ini bakal melelongkan jentera Lamborghini paling perlahan di dunia. Tetapi ingat, Lamborgini itu bukanlah sebuah supercar, sebaliknya sebuah traktor yang boleh digunakan untuk kerja-kerja pertanian.

Lamborghini DLA 35 adalah salah satu daripada 177 traktor yang dibina pada 1957, dan antara kenderaan fasa awal Ferruccio Lamborghini sebelum beliau melebarkan empayarnya sebagai pengeluar kereta supercar mewah.

CUMA 177 UNIT SELURUH DUNIA

Traktor Lamborghini diasaskan seawal 1940-an dan pembinaan model pertama adalah menggunakan material yang diambil daripada kenderaan perang. Malah, Lamborghini pernah menjadi antara pengeluar kelengkapan pertanian terbesar di Itali. Lihatlah traktor tersebut yang jelas menyerlahkan keanggunan jenama itu sendiri.

Dikuasakan enjin 3 silinder bersesaran 2,200cc dengan kuasa kuda 36hp, traktor Lamborghini DLA 35 sudah siap dibaiki dan dipulihkan pada tahun lalu dengan kemasan warna jingga dan biru serta dipasangkan set tayar baharu.

Traktor yang cantik ini akan menjadi satu tambahan tersendiri dan sangat dialu-alukan kepada apa saja koleksi jentera pertanian klasik, atau tambahan unik kepada sebarang koleksi Lamborghini.”

Ia mempunyai potensi untuk menarik perhatian orang ramai, terutama apabila dipamerkan bersama barisan supercar paling cantik yang berkongsi lambang ‘lembu mengamuk’, seperti legenda Miura dan Countach.”

– Rumah Lelong Bonhams

Harga dibuka bermula sekitar £22,000 (RM122,299). Jika mengambil kira produk sama yang pernah terjual tahun lalu, mereka yang berminat perlu bersiap sedia dengan tunai yang boleh mencecah sehingga £89,000 (RM494,758).

SUMBER: The Telegraph

Ferruccio Lamborghini Lamborghini DLA 35 Lamborghini paling perlahan Roda4 traktor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.