p
KERAJAAN mengumumkan pemberian diskaun 50% bagi kadar tol lebuh raya di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
Diskaun ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac sehingga 11.59 malam pada 19 Mac.
Hanya Untuk Kenderaan Kelas 1

Inisiatif ini hanya terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 dan tidak melibatkan kenderaan lain.
Selain itu, diskaun tidak akan diberikan di plaza tol sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang.
Kos Ditanggung Kerajaan

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah ini dijangka melibatkan kos kira-kira RM21.03 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Tiada Lagi Tol Percuma
Kadar diskaun 50% ini adalah sama seperti yang dilaksanakan pada sambutan Hari Raya tahun lalu serta selari dengan pendekatan diskaun musim perayaan bagi tahun 2025. Ini bermakna, tiada lagi pemberian tol percuma seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
SUMBER: Buletin TV3







