Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»DB4 (1960) Kepunyaan Pemilik Aston Martin Ini Dijual Harga RM3 Juta!
Auto Terkini

DB4 (1960) Kepunyaan Pemilik Aston Martin Ini Dijual Harga RM3 Juta!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA vintaj Aston Martin DB4 (1960) ini ditemui di Marketplace Facebook bersama komputer riba, perabot rumah dan peralatan sukan terpakai.

Jika melihat imej dimuat naik dalam platform jualan itu, kondisi kereta ikonik tersebut memang teruk dengan beberapa bahagian sudah lusuh dan reput, termasuk beberapa komponen tertanggal. Bagaimanapun, rupa luaran masih kukuh dan dalam keadaan baik.

BACA >>> Aston Martin Bulldog – Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih

Berikut perincian diberikan penjual berkenaan:

AS$1,000,000 (RM3 juta) tidak termasuk caj Kerajaan*. Pemilik pertama David Brown dan dijual setahun kemudian. Kereta ialah versi pemanduan sebelah kanan dan ada dua pemilik lagi serta dihantar ke Australia pada 1962.

“Saya beli kereta ini pada November 1979, sebelum itu sudah ada dua pemilik di Australia. Kereta juga tidak dipandu selama 30 tahun. Disebabkan pernah dimiliki David Brown, ia ada beberapa ciri tambahan seperti cermin belakang elektrik Demister, radio Motorola, gandar belakang power lock. Kereta ini juga masih ada manual bengkel.”

Dengan kondisi yang memerlukan banyak kerja-kerja baik pulih, apakah yang membuatkan nilai kereta ini bernilai hingga jutaan ringgit? Katanya pernah dimiliki David Brown, tapi siapa pula lelaki ini??

Sebagai makluman, Brown ialah pemilik Aston Martin pada 1947-72.

Lencana DB yang digunakan pada kereta sport ini berasal dari pangkal nama Brown sendiri, ‘David Brown’ . Khabarnya Brown menjual kereta itu setahun selepas memilikinya dan dihantar ke Australia pada 1962. Kini berada di Melbourne, kereta vintaj itu sudah dipandu lebih tiga generasi.

Pemilik sekarang membeli model itu pada 1979. Namun, nombor pendaftaran LAS062 sudah tiada dalam senarai rekod atas talian kenderaan di negeri Victoria. Mungkin kerana sudah lama tidak dipandu dan cuma disimpan dalam stor. DB4 dikeluarkan Aston Martin pada 1958-1963.

DB4 dipacu enjin 6-sebaris 3.7L berkuasa 302hp (225kW) dan tork 366Nm serta dipadankan transmisi manual 4-kelajuan, manakala pecutan maksimum 224.2kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 9.3 saat.

DB4 juga pesaing langsung kepada model legenda DB5 yang pernah digunakan dalam filem James Bond. Pada 2015, DB4 GT Zagato (1962) dijual pada harga £9.45 juta (RM52.1 juta) yang menjadikan model itu kereta Britain paling mahal pernah dilelong.

BACA >>> Bukan CEO Biasa – Orang Nombor Satu Aston Martin Berentap dalam Perlumbaan 24 Jam
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

GALERI
Aston Martin Aston Martin DB4 autoterkini Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.