Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Daihatsu Indonesia ‘Sumpah’ Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)
Roda4

Daihatsu Indonesia ‘Sumpah’ Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)

Han OthmanBy Han Othman19/04/20172 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA tahu model-model Perodua ialah produk penjenamaan semula (rebadge) daripada model Daihatsu Jepun. Menggunakan casis dan enjin asal buatan pengeluar dari Negara Matahari Terbit itu, tugas Perodua adalah menumpukan kepada hal-hal rekabentuk luaran dan dalaman yang diberikan sentuhan cita rasa tempatan. Malah, hasil rekaan Perodua juga tidak kalah dengan rekaan asal Daihatsu sendiri.

Jadi, memang tidak hairanlah Daihatsu Indonesia memilih menggunakan rekabentuk Perodua Myvi sebagai model baharu Sirion 2017 untuk pasaran negara itu. Maknanya, double rebadge!

Sebenarnya, Daihatsu Indonesia sudah mula ‘menyalin’ Myvi sejak 2007 bermula generasi pertama sebelum disusuli generasi kedua pada 2011. Kemudian, bermula model generasi kedua, Perodua sudah mengeksport sepenuhnya model Myvi ke Indonesia untuk disumpah menjadi Daihatsu. Maknanya, unit Sirion untuk pasaran negara jiran itu ialah model import atau CBU dari kilang Perodua di Rawang.

TUKAR LOGO SAHAJA

Melihat penampilan Sirion 2017, boleh dikatakan kereta subkompak hatchback itu menggunakan 100 peratus kit badan Myvi dengan hanya menukar lambang P (Perodua) pada gril depan kepada D (Daihatsu), termasuk perkataan Sirion di but belakang. Bukan itu saja, stail rim sport digunakan juga sama dan begitu juga kemasan dalaman yang sepenuhnya sama kecuali lambang D di roda stereng.

Mereka yang tidak tahu mungkin menganggap Perodua melakukan rebadge Sirion Indonesia menjadi Myvi. Tetapi faktanya, Myvi yang menjadi model rebadge untuk Sirion Indonesia dan sudah tentu ia perkara yang boleh dibanggakan.

Mengulas mengenai debut Sirion Indonesia, apakah selepas ini pemilik Myvi di Malaysia akan cuba pula melakukan proses rebadge ketiga ke atas kereta mereka daripada nama asal Perodua Myvi kepada Daihatsu Sirion? Maklumlah, mahu nampak ala kereta import dan ada elemen keicar.

Apapun, kita layan dahulu gambar-gambar menarik Daihatsu ‘Myvi’ 2017 untuk pasaran Indonesia. 😀

GALERI

SUMBER: Daihatsu Indonesia

Daihatsu Daihatsu Indonesia Daihatsu Sirion (2017) Indonesia Perodua Perodua Myvi Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026

2 Comments

  1. azrix on 20/04/2017 10:07

    dah banyak dah orang tukar emblem sirion ni kat malaysia .. komuniti pon dah ada sirion legasy

    Reply
  2. tunis on 18/01/2018 23:02

    and now proton is sold to chinese..poor proton

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.