Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19
Auto Terkini

Proton Kongsi 3 Tip Jaga Kebersihan Kereta Elak Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELURUH negara kini sedang berdepan pandemik Covid-19 dan bertarung untuk menghapuskan rantaian wabak tersebut. Rakyat disuruh mengamalkan kebersihan sama ada berada dalam atau luar rumah.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menjaga jarak sosial, mengekalkan aspek kebersihan betul, tidak menghadiri perhimpunan besar dan duduk di rumah. Namun, kita masih dibenarkan keluar utnuk membeli barangan dapur dan hal penting sahaja.

Apakah cara penjagaan kereta terbaik yang boleh dilakukan dalam usaha mencegah penularan wabak. Ya, Proton ada berkongsi 3 tip yang boleh ada ikut seperti di bawah ini.

1. PEMBERSIHAN NYAH JANGKIT

Kerap buat pembersihan nyah jangkit pada permukaan yang selalu disentuh seperti:

  • Stereng
  • Tombol gear
  • Hendal dan pemegang pintu (dalam dan luar)
  • Punat tekan mula (start-stop)
  • Kunci kereta

Ini kerana ada kajian yang menyatakan virus Covid-19 mampu bertahan atas permukaan plastik dan keluli selama 2-3 hari. Lap semua permukaan, terutama selepas balik dari membeli barangan keperluan.

Ada juga bahagian lain yang perlu dibersihkan dengan teliti seperti:

  • Unit infotainmen jenis skrin sentuh seperti ada pada Proton X70 – guna kain lembut yang disembur sedikit cecair antibakteria.
  • Kerusi kenderaan – bersihkan secara berkala. Sila ambil perhatian, kerusi kulit mungkin tidak sesuai untuk menggunakan cecair nyah kuman. Gunakan cecair yang sesuai. Selepas dilap, pastikan permukaan kerusi benar-benar kering supaya tidak meninggalkan kesan bertompok atau merekah.

BACA >>> Agong Pandu Sendiri Proton X70 Premium 2WD CBU

2. GUNA ALAT BEBAS TANGAN

Antara cara meminimumkan sentuhan dalam kenderaan adalah menggunakan fungsi bebas tangan seperti arahan suara (voice command) untuk mengendalikan operasi kereta seperti membuka radio, memainkan strim muzik dan menggunakan navigasi serta buka but guna sensor kaki.

BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!

3. BERSIHKAN UDARA DAN TENANGKAN MINDA

Penggunaan penulen udara (air purifier) mampu menyegarkan udara dalam kenderaan dengan fungsi menapis dan menyingkirkan gas berbahaya dan bau busuk, termasuk membunuh bakteria. Sesetengah kenderaan seperti Proton X70 sudah siap dilengkapi sistem ini pada sistem penyaman udara.

Sepanjang tempoh PKP, Proton mengharapkan semua pengguna dapat mengamalkan kebersihan yang baik dan duduk di rumah. Diharapkan panduan dikongsi Proton ini dapat memberikan manfaat untuk kesejahteraan semua. Bersamalah kita melawan wabak yang melanda negara tercinta ini.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

Auto Terkini Covid-19 hi proton Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Proton Proton X70 Tip Auto
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.