Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
Auto Terkini

COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE

SyafieBy Syafie25/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas, Rostam Shahrif Tami
KETUA Pegawai Operasi (COO) Prolintas, Rostam Shahrif Tami, dihukum Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur denda maksimum RM100,000, sebentar tadi.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Rostam mengaku bersalah atas pertuduhan gagal melaporkan suapan berjumlah RM90,000 mengenai projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Rasuah Berkaitan Projek Kerja Pembinaan SUKE

Kesalahan tersebut dilakukan pada 20 Februari 2023 apabila Rostam menerima wang sogokan daripada syarikat Satunas Technologies Sdn Bhd dipercayai sebagai balasan atas pembelian kerja bertajuk ‘To Construct End Cop Stressing and Shear Block’ untuk pakej projek SUKE.

Logo Lebuhraya SUKE

Beliau didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda hingga RM100,000, atau kedua-dua sekali.

Hukuman: Denda Maksimum dan Pelucutan Harta

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman denda maksimum selepas mengambil kira rayuan dan faktor mitigasi, termasuk komitmen tertuduh dalam membesarkan lima anak, serta masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.

Rostam turut menyatakan penyesalahan terbuka terhadap perbuatannya.

Peguam bela, Zulkifli Ahmad memberitahu mahkamah anak guamnya bersetuju melucutkan bak, terhadap semua aset yang disita SPRM seperti:

  • Wang tunai hampir RM1 juta
  • Bon bernilai RM114,000 untuk tujuh jam tangan mewah
  • Dua unit kereta atas nama anak perempuan tertuduh
  • Dana RM180,000 dalam akaun Tabung Haji

Pendakwa Raya: Hukuman Mesti Jadi Pengajaran Awam

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat dan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan melaporkan perbuatan rasuah.

Menurutnya, walaupun tertuduh mempunyai rekod perkhidmatan bersih sejak menyertai Prolintas pada 1998, kesalahan itu berkait rapat kepentingan awam dan integriti projek infrastruktur negara.

Difahamkan, urusan pemberian kerja kepada syarikat terbabit dan penerimaan wang sogokan berlaku di restoran sekitar Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Kesan kepada Industri Infrastruktur, Kontraktor

Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai kerana membabitkan projek lebuh raya utama dan melibatkan pegawai kanan dalam syarikat penyeliaan projek mega.

Ini menimbulkan persoalan menegnai ketelusan dalam pemberian kontrak, dan mengingatkan semua pemain industri supaya mengutamakan integrasi serta tadbir urus korporat yang baik.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini COO Prolintas Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Mahkamah Sesyen Prolintas Rasuah Projek Lebuhraya SPRM
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.