MUNGKIN ramai yang tidak mengenali jenama Italjet sebelum ini. Bagi anda tidak tahu, motosikal dari Itali ini pernah membuat kemunculan di Malaysia.
Setelah lama berdiam diri, jenama Italjet kini kembali menerusi pengedarnya di Malaysia, Chear Global Sdn Bhd. Buat pertama kali juga, model skuter CMC Italjet 125 diperkenalkan kepada umum.
Bukan saja tampil dengan imej yang sporty dan dinamik, ia juga dijual pada harga kompetitif berbanding pesaingnya.
HARGA: (Termasuk GST tanpa insurans)
- CMC Italjet 125 - RM6,996
2 PILIHAN WARNA MENARIK:
- Merah - Chili Red
- Putih - Sporty White
JAMINAN:
- 1 tahun atau 10,000km (mana-mana tiba dahulu)
PRESTASI:
CMC Italjet 125 dipadankan dengan enjin bersesaran 125cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 8.9hp pada 8,000rpm bersama tork puncak 8.6Nm (6,000rpm).
REKAAN:
Memilik berat 118kg, model skuter ini hadir bersama lampu hadapan LED. Rekaan hadapan tampil menarik dan aerodinamik.
Di sebalik tempat duduk, ia memiliki ruangan simpan barang yang mampu memuatkan topi keledar. Ya, ruangan simpan barang cukup luas berbanding model pesaingnya.
Untuk memberikan kuasa cengkaman yang kuat, CMC Italjet 125 menempatkan brek cakera pada bahagian hadapan dan belakang.
- Tayar Depan – 120/60- 13
- Tayar Belakang – 130/60- 13
CMC Italjet 125 sudahpun boleh ditempah dan ia akan mula memasuki pusat pengedarnya mulai minggu hadapan. Sehingga kini, Chear Global Sdn Bhd sudah mempunyai 90 pengedar di kawasan Semenanjung Malaysia.
SPESIFIKASI
CMC Italjet 125
ENJIN 125cc, 4-lejang
KUASA MAX 8.9hp @ 8,000rpm
TORK MAX 8.6Nm @ 6,000rpm
TRANSMISI Automatik
KAPASITI TANGKI 6.8L
BERAT 118KG
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Monoshock (belakang)
HARGA RM6,996 (termasuk GST, tanpa insurans)
Zul Daud says
Bagaimana dengan alat ganti CM Italjet di Malaysia? Adakah ia mudah diperolehi?
ABG GYL says
Ini kami kurang pasti, kalau ke SC mungkin ada