Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Chevrolet Trailblazer (2021) – SUV Kompak Premium Gaya Off-Road
Roda4

Chevrolet Trailblazer (2021) – SUV Kompak Premium Gaya Off-Road

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHEVROLET memperkenalkan Trailblazer (2021) sempena Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2019 yang sudah ditayangkan lebih awal pada awal tahun ini.

Trailblazer (2021) menampilkan rekabentuk radikal berbanding model terdahulu sebagai crossover lima penumpang kecil yang mengisi slot antara Trax dan Equinox. Rekabentuk depan mengambil konsep Blazer dengan dwi gril yang diapit lampu kuad. Sekeliling badan dipasangkan pelapik plastik yang dapat dilihat pada gerbang roda, skirt sisi dan lid bampar.

BACA >>> Anak Lelaki Pacquiao Dapat Hadiah Chevrolet Corvette Stingray Sebagai Kereta Pertama

Bahagian bumbung direka rata bermula pilar-A hingga ke belakang dengan bentuk pilar-C unik. Cermin belakang agak kecil dengan pintu but besar, dan tinggi.

Walaupun digelar Trailblazer, tetapi SUV kompak ini bukanlah kenderaan off-road tulen. Namun, pembeli boleh menyerlahkan karakter lasak itu menerusi pakej trim ACTIV dengan aksesori seperti fasia lasak, gril unik dan sistem ekzos dwi-trapezoid. Perincian lain termasuk damper off-road, bumbung dwi-tona dan rim 17 inci dengan tayar Hankook Sport Terrain.

Pembeli juga boleh memilih varian RS untuk gaya berbeza dengan gril lebih besar, lencana bowtie hitam dan sistem dwi ekzos sporty. Model ini juga mempunyai bampar belakang unik dengan difuser bersepadu.

Ruang dalaman menampilkan stereng tiga jejari, trim hitam berkilat dan aksen metalik. Juga disediakan sistem infotainment moden dengan sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Jualan Chevrolet Camaro Gen-6 Merosot Teruk, Tiada Lagi Model Baharu Selepas 2023?

Walaupun Trailblazer (2021) agak kecil, ia sebenarnya praktikal. Dengan tempat duduk baris kedua boleh dilipat, model ini mempunyai kapasiti kargo hingga (1,540 liter). Malah kerusi penumpang depan juga boleh dilipat yang membolehkan SUV ini memuatkan muatan sepanjang 2.6 meter.

Semua varian dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu seperti Amaran Perlangaran Depan (FCA), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Brek Pejalan Kaki Depan (FDB). Ciri keselamatan lain termasuk Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHBA), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dengan Amaran Tukar Lorong (LDW), Peringatan Kerusi Belakang (RSR) dan Kamera Pandangan Belakang (RVC).

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul Logo Chevrolet, Benarkah Simbol Salib?

Pelanggan juga boleh memilih sistem lebih maju seperti Kawalan Jelajah Auto (ACC), Bantuan Parkir Belakang (RPA) dan Amaran Tukar Laluan (LCA) dengan Amaran Zon Titik Buta Sisi (SBZA). Opsyen lain ialah Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Kamera Pandangan Belakang Definisi Tinggi (HDRVC).

Ada dua pilihan enjin turbo ditawarkan, 1.2L dan 1.3L. Walaupun tiada perincian spesifikasi didedahkan, tetapi anggaran kuasa adalah sekitar 155hp. Sistem transmisi menggunakan kotak gear CVT 9-kelajuan, manakala sistem pacuan semua roda (AWD) dijadikan opsyen. Bagaimanapun versi pacuan roda depan (FWD) akan diberikan mod salji.

Trailblazer (2021) bakal berada di pasaran Amerika Syarikat menjelang musim bunga akan datang pada harga bermula di bawah AS$20,000 (RM83,360).

GALERI
2021 Chevrolet Trailblazer ACTIV
2021 Chevrolet Trailblazer ACTIV
2021 Chevrolet Trailblazer ACTIV
2021 Chevrolet Trailblazer ACTIV
2021 Chevrolet Trailblazer RS

SUMBER: CarScoops

 

Chevrolet Trailblazer Chevrolet Trailblazer (2021) Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.