Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Chevrolet Silverado 1500 (2019) Perkenal Enjin Diesel Serba Baharu, Lebih Ringan dan Kuat
Roda4

Chevrolet Silverado 1500 (2019) Perkenal Enjin Diesel Serba Baharu, Lebih Ringan dan Kuat

Han OthmanBy Han Othman15/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LAGI trak pikap kegemaran pembeli di Amerika Syarikat (AS) dilancarkan, Chevrolet Silverado 1500 (2019) yang kali ini dilembutkan kuasa tork kepada 610Nm berbanding model sedia ada dan ditambah pula opsyen enjin diesel. Tahun lalu, Silverado ialah kereta kedua yang mencatatkan jualan paling laris di AS, di belakang Ford F-Series.

Silverado serba baharu ini dikuasakan enjin V8 5.3L dan 6.2L Small Block yang dinaik taraf, bersama enjin diesel 3.0L turbo diesel serba baharu Duramax 6-sebaris.

BACA >>> 5 Kereta Paling Laris di Amerika Syarikat Sepanjang 2017

Tiada perincian ouput enjin didedahkan General Motors (GM) setakat ini. Namun, Ketua Pembangunan Produk Chevrolet, Mark Reuss mendakwa enjin baharu  Silverado 1500 (2018) adalah lebih berkuasa berbanding enjin diesel baharu Ford F-150.

ENJIN DIESEL SERBA BAHARU


Enjin diesel dan 6.2L akan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan Hydramatic, manakala 5.3L didatangkan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan.

Silverado serba baharu ini juga mencatatkan pengurangan berat yang signifikan, iaitu 204kg, hasil daripada penggunaan material aluminium pada bonet, pintu dan pintu but. Sangkar keselamatan pula menggunakan tujuh gred besi berbeza dengan mengadunkan campuran material yang ringan dan kuat. Lengan kawalan (control arm) atas depan dibuat daripada aluminium, manakala spring belakang menggunakan material komposit karbon baharu yang dapat mengurangkan beberapa lagi kilogram daripada berat kenderaan.

BACA >>> Pemijak Pintu Belakang Chevrolet Bakal Jadi Inovasi Baharu Trak Pikap

Lantai atau bed juga dipertingkatkan dengan mengurangkan ruang yang dibazirkan antara dinding luar dan dalam bed tersebut. Hasilnya, trak pikap itu kini menambah 20 peratus ruang kargo bagi keseluruhan keluasan bed, iaitu 1,783 liter.

DALAMAN LUAS, MODEN

Silverado 1500 (2019) turut diberikan 12 poin ikat dengan rating daya maksimum 226kg dan disertakan pencahayaan bed menyeluruh, palam 120volt, bampar dengan pemijak sudut (cornerstep) yang besar. Menruut Chevy, bed Silverado adalah paling fungsional berbanding mana-mana trak pikap saiz penuh.

Keluasan kabin Silverado 1500 (2019) ditambah 3-inci untuk ruang kaki kerusi belakang dan turut disediakan tong simpanan 10 liter yang disepadukan pada kerusi belakang. Ini termasuk bekas simpanan 24 liter dalam kerusi baris kedua yang boleh digunakan untuk menyimpan aneka barangan peribadi. Seperti produk GM lain, Silverado menawarkan sambungan WiFi 4G LTE, aplikasi Apple Car Play dan Android Auto, pengecas telefon wayarles dan perisian onboard OnStar.

8 TRIM UNTUK DPILIH

Ada lapan trim ditawarkan Silverado 1500 (2019): Work Truck, Custom, LT, RST, LTZ, Custom Trailboss, dan High Country, termasuk trim baharu LT Trailboss yang debut di Texas.

‘Work Truck’ ialah model basis, manakala ‘Custom’ menawarkan lebih dciri tambahan berbanding ‘Custom Trailboss’. LT ialah model pertengahan yang mana  RST dan LT Trailboss duduk lebih atas. Tambahan trim atasan kali ini membariskan model LTZ dan High Country.

Model Trailboss ialah trim off-road premium yang menawarkan pakej Z71 bersama pengunci diferensial belakang, plat gelincir depan dan belakang, rim 18-inci dan tayar Goodyear Duratec dengan jarak gerbang roda setinggi 2 inci.

Harga belum diumumkan, dan dijangka berada di bilik pameran GM seluruh AS, tahun ini.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

4x4 Amerika Syarikat (AS) Chevrolet Chevrolet SIlverado Chevrolet Silverado 1500 (2019) chevy Roda4 Trak pikap trak pikap saiz-penuh
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Auto Terkini

Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

06/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

06/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

04/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.