Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Bakal Lancar Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV dengan Jarak Pandu hingga 1,200km!
Auto Terkini

Chery Malaysia Bakal Lancar Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV dengan Jarak Pandu hingga 1,200km!

SyafieBy Syafie03/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Malaysia bakal lancar Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV

CHERY Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) terbaharu, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

Kedua-dua model itu dikuasakan teknologi hibrid terkini Chery Super Hybrid (CSH) yang menjanjikan gabungan prestasi, kecekapan bahan api, dan keselamatan kelas dunia.

Teknologi Chery Super Hybrid (CSH)

Teknologi hibrid Chery Super Hybrid (CSH)

Chery membangunkan platform hibrid khas CSH yang menggabungkan tiga komponen utama:

i. Enjin Hibrid ACTECO 1.5TGDi (Generasi ke-5)

  • Kecekapan terma 44.5 peratus, antara tertinggi dunia
  • Menawarkan penjimatan bahan api optimum dengan kuasa maksimum

ii. Kotak gear Dedicated Hybrid Transmission (DHT)

  • Sistem transmisi pintar dengan dwi-motor elektrik
  • Memberi pengalaman pemanduan lancar dengan jarak perjalanan hingga 1,200km (gabungan petrol + elektrik)
  • Boleh berfungsi dalam mod EV sepenuhnya atau hibrid mengikut gaya pemanduan

iii. Sistem bateri LFP 18.3kWj

  • Bateri lithium-besi-fosfat (LFP) berkapasiti tinggi
  • Mampu menawarkan pemanduan elektrik penuh (EV Mode)
  • hingga 90km
  • Sokongan pengecasan pantas, lebih tahan lama, dan selamat

Guardian Battery Safety System Beri Perlindungan Maksimum

Teknologi hibrid Chery Super Hybrid (CSH)

Chery turut menitikberatkan aspek keselamatan bateri menerusi sistem Sistem Keselamatan Bateri Guardian (Guardian Battery Safety System), seperti:

  • Pemutus kuasa voltan tinggi (high-voltage power cutoff): Bekalan kuasa dimatikan segera apabila berlaku kemalangan
  • Pek bateri IP68: Kalis habuk dan air, mampu bertahan suhu hingga 95°C
  • Pengecasan pantas: Mampu mengecas 30 – 80 peratus sepantas 19 minit
  • Kebolehan redah banjir: Mampu mengharung kedalaman air hingga 500mm
  • Suhu operasi luas: Kemampuan operasi -35°C – 60°C

PHEV untuk Gaya Hidup Moden

Kombinasi elektrik dan petrol membolehkan Tiggo 7 PHEV serta Tiggo 8 PHEV memberikan pemanduan responsif dengan tork segera yang sesuai untuk pemanduan bandar atau lebuh raya. Konsep ‘Empower Every Journey’ membuktikan kedua-dua SUV itu direka untuk pemanduan:

  • Lebih jauh (jarak hingga 1,200km)
  • Lebih selamat (sistem bateri dilindungi sepenuhnya)
  • Lebih pintar (mod hibrid dan elektrik fleksibel)
  • Tanpa kompromi dari segi keselesaan dan prestasi

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata;

Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV akan menetapkan penanda aras baharu bagi SUV PHEV di Malaysia, dengan kombinasi prestasi, keselamatan dan jarak pemanduan terbaik dalam kelas.”

Tempahan Dibuka – Pandu Uji Hari Ini

Orang ramai kini boleh membuat tempahan awal Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV di semua bilik pameran Chery seluruh negara atau secara dalam talian di www.chery.my.

Pandu uji juga disediakan untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri kehebatan teknologi CSH.

Auto Terkini Chery Malaysia Chery Super Hybrid (CSH) Chery Tiggo 7 PHEV Chery Tiggo 8 PHEV Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.