• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Carsome Serah 15 Kenderaan Rasmi kepada FAM, Sokong Pembangunan Bola Sepak Negara

Carsome Serah 15 Kenderaan Rasmi kepada FAM, Sokong Pembangunan Bola Sepak Negara

May 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


CARSOME menyerahkan 15 unit kenderaan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha menyokong logistik dan operasi pasukan kebangsaan.

Penyerahan ini dilakukan di Carsome Automall dan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carsome, Eric Cheng, sebagai komitmen jangka panjang terhadap pembangunan pemain dalam dan luar padang.

Semua Model Dianggarkan Bernilai RM2 Juta

Kenderaan disumbangkan terdiri daripada pelbagai model seperti:

  • Proton X90
  • Mazda CX-5
  • BMW 3 Series
  • Toyota Alphard

Semua model itu dianggarkan bernilai lebih RM2 juta yang bukan saja meningkatkan mobiliti pasukan kebangsaan, tetapi juga menyokong persiapan perlawanan dan kesejahteraan pemain selepas bersara.

Carsome Academy - Peluang Kerjaya kepada Pemain, Kakitangan FAM

Carsome turut memperluas sokongan melalui Carsome Academy dengan membuka peluang kerjaya dalam industri automotif untuk pemain dan kakitangan FAM.

Menurut Eric Cheng, langkah itu memberi akses kepada latihan dan masa depan lebih terjamin kepada atlet lelaki dan wanita terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, jenama Carsome bakal dikenali lebih meluas apabila kenderaan ini digunakan pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai perubatan seluruh negara.

Beliau juga berharap lebih banyak syarikat tampil selepas ini bagi menyokong pembangunan bola sepak tanah air.

carsome-beri-kereta-kepada-fam-9
carsome-beri-kereta-kepada-fam-3
carsome-beri-kereta-kepada-fam-4
carsome-beri-kereta-kepada-fam-10
carsome-beri-kereta-kepada-fam-5
carsome-beri-kereta-kepada-fam-11
carsome-beri-kereta-kepada-fam-6
carsome-beri-kereta-kepada-fam-1
carsome-beri-kereta-kepada-fam-7
carsome-beri-kereta-kepada-fam-2
carsome-beri-kereta-kepada-fam-8

SUMBER:Carsome

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, carsome, FAM, Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev