Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD Rasmi MPV Elektrik Penuh DENZA D9 Versi RHD, Tunggu Masa Masuk Malaysia
Auto Terkini

BYD Rasmi MPV Elektrik Penuh DENZA D9 Versi RHD, Tunggu Masa Masuk Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DENZA merupakan sub jenama kenderaan premium di bawah BYD dan menunggu masa untuk diperkenalkan secara rasminya ke pasaran Malaysia.

Model yang akan diperkenalkan ialah DENZA D9, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan dua pilihan sistem trenkuasa di China iaitu berasaskan bateri-elektrik (BEV) dan versi Plug-in Hybrid (PHEV).

Untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Auto Imports diumumkan sebagai pengimport rasmi jenama DENZA tetapi pengedaran produk jenama itu akan digalas BYD Malaysia.

Jika melihat pada trend produk BYD Malaysia, DENZA D9 versi BEV memiliki potensi lebih tinggi untuk diperkenalkan terlebih dahulu. Ada dua pilihan sistem pacuan untuk MPV itu iaitu semua roda (AWD) dan dua roda (2WD).

Pada 21 Ogos lalu, PanduLaju bersama rakan media permotoran lain dibawa untuk menghadiri majlis pelancaran kumpulan pertama DENZA D9 versi pemanduan kanan (RHD) keluaran kilang BYD di Changsha, wilayah Hunan di China.

Pengurus Besar BYD Asia Pacific Auto Sales Division, Liu Xueliang pada majlis pelancaran DENZA D9 menyatakan model itu (versi pemanduan kiri) diperkenalkan pada Oktober 2022.

Tambahnya, sambutan terhadap D9 amat positif dengan catatan jualan lebih 200,000 unit dalam tempoh dua tahun. Di China, DENZA D9 merupakan model MPV mewah paling laris dan masih mendominasi segmen sama sehingga separuh pertama 2024.

Kami juga diberi peluang untuk memandu uji DENZA D9 versi RHD tetapi perlu menunggu giliran kerana hanya satu unit MPV itu disediakan untuk sesi pandu uji.

Secara jujur, penantian giliran dengan had masa cukup terbatas tidak mengizinkan untuk merasai kelebihan sebenar DENZA D9 tetapi apa yang boleh dikatakan, MPV itu agak selesa, senyap dan agak mewah.

 

 

 

autoterkini BYD Malaysia DENZA D9 Liu Xueliang MPV Elektrik Roda4 Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.