Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD Malaysia Lancar Model Baharu Khamis ini!
Auto Terkini

BYD Malaysia Lancar Model Baharu Khamis ini!

Han OthmanBy Han Othman24/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BYD Malaysia bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) baharu pada 27 Julai ini (Khamis) jam 10.30 pagi berdasarkan foto acah dimuat naik dalam Facebook BYD Cars Malaysia, hari ini.

Melihat foto lampu belakang didedahkan, model bakal dilancarkan itu dipercayai BYD Dolphin, iaitu model EV hatchback subkompak (segmen-V) yang sama kelas dengan Perodua Myvi, Proton Iriz dan Volkswagen Polo bagi model enjin pembakaran dalam (EV).

Namun, untuk pasaran global, BYD memposisikan model ini sebagai hatchback kompak atau segmen-C  Tidak sukar imej itu sebagai BYD Dolphin sebaik saja melihat rekaan lampu belakang hatchback tersebut yang unik dan tersendiri. Ini termasuk simbol ikan lumba-lumba (dolphin) dengan angka 50 peratus dalam foto berkenaan. 🤔

Tambahan lagi model itu sudahpun sedia dilancarkan di negara asal EV tersebut, China, termasuk pasaran global lain seperti Eropah, Australia, New Zealand, dan Thailand (pertama di Asean).

BYD Dolphin melakukan debut pada April 2021 di Pameran Auto Shanghai (Auto Shanghai) sebagai model EV yang dibina berasaskan platform khas untuk EV, dinama e-Platform 3.0 dengan agihan berat lebih baik untuk menawarkan prestasi efisien dan jarak pemanduan terbaik.

BYD Dolphin versi Thailand dikatakan menawarkan jarak pemanduan hingga 410km sekali cas dengan output kuasa 94hp dan tork 180Nm. Sebagai makluman, ini bukan satu-satunya varian yang ada pada model EV tersebut. Jadi, varian mana satukah yang akan dibawa masuk ke Malaysia?

Sebenarnya, sejak Jun lalu sudah timbul khabar BYD akan membawa masuk BYD Dolphin (2023) ke pasaran Malaysia pada harga jualan dikatakan bawah RM100,000. Jika di Thailand, EV itu dijual pada harga 799,999 baht (RM106,270), berapakah agaknya harga di Malaysia nanti?

BACA >>> BYD Dolphin Masuk Malaysia dengan Harga Jualan Bawah RM100k?
BACA >>> #TahukahAnda: Siapa BYD? Daripada Pengeluar Bateri kepada Pengeluar EV Dunia

Auto Terkini BYD Cars Malaysia BYD Dolphin (2023) BYD Malaysia Hatchback EV Kenderaan Elektrik (EV)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.