Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200
Roda2

Bukan Lagi Cruiser Amerika Tipikal, Indian Motorcycle Perkenal FTR 1200

AryonBy Aryon02/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGALA video dan imej acah sudah berakhir.

Kelibat jentera Indian Motorcycle memang dominan dalam kejuaraan perlumbaan domestik, American Flat Track di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu. Ini ditambah pula kejayaan demi kejayaan diraih model FTR750 sejak debut 2016 hingga mencetuskan pertanyaan, bilakah model itu akan dijual dalam versi jalanan?

Jawapannya: musim bunga 2019 yang bermula Mac tahun depan. Tetapi, itu bukan model 750cc, tetapi Indian yang dipertingkatkan kapasiti enjin, iaitu FTR 1200. Hasilnya ialah sebuah rekacipta yang cukup menggoda dan mengagumkan.

BACA >>> Indian Scout Bobber Edisi Jack Daniel's (2018) Angkat Tema Briged Bomba, Cuma 177 Unit


Presiden Indian Motorcycle, Steve Menneto berkata, visi awal ialah menjadikan jenama Indian Motorcycle sebagai bukan sekadar V-twin Amerika tradisional. Sebaliknya, cuba meluaskan jangkauan kepada lebih banyak variasi penunggang dan FTR 1200 ialah langkah penting dalam strategi tersebut.

“Indian Motorcycle diasaskan atas prestasi dan inovasi, dan kekal dengan penetapan minda pengasas kami, yakni sentiasa terus maju ke depan. Dengan sejarah itu, FTR 1200 ialah lanjutan semula jadi untuk jenama ini,” katanya.

Apa diperkatakan itu seakan gambaran awal tentang kesediaan Indian Motorcycle melakukan anjakan paradigma yang sebelum ini cukup sinonim sebagai jenama cruiser V-twin besar, sekali gus bersedia bersaing dengan jenama V-twin Amerika lain.

BAHASA REKABENTUK SAMA

Pereka Kanan Indian Motorcycle, Rich Christoph berkata, platform FTR 1200 sangat mengujakan, dan selepas melabur sejumlah masa, kepakaran dan tenaga yang signifikan dalam proses rekabentuk, ia berikan satu perasaan menakjubkan untuk mempersembahkan motosikal itu kepada dunia.

“Fokus utama kami ialah memastikan motosikal ini memiliki bahasa garis dan bentuk yang sama seperti FTR 750 dan 1200 Custom. Kami tahu apa yang buatkan penunggang seluruh dunia jatuh cinta. Tiada apa yang lebih saya bangga selain dapat menukarkan FTR750 kepada flat tracker untuk model jalanan, dan membantu melancarkan Indianmemasuki era baharu,” katanya yang bertanggungjawab merekabentuk FTR750 dan FTR1200 Custom.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

Indian Motorcycle FTR 1200 (2019) dijual pada harga bermula AS$12,999 (RM53,842) dan didatangkan dalam warna Thunder Black (hitam). Harga FTR 1200 S (2019) pula bermula AS$14,999  (RM62,126) dan ditawarkan dalam warna Indian Motorcycle Red (merah) dengan Steel Gray, Titanium Metallic dengan Thunder Black Pearl, dan skema cat Race-Replica yang sepadan dengan jentera lumba ikonik FTR750.

GALERI

SUMBER: RideApart

Indian FTR 1200 (2019) Indian Motorcycle motosikal Rich Christoph roda2 Steve Menneto
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.