• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bukan Exciter 155, Tapi Honda Wave Alpha (2020) yang Makin Mahal di Vietnam

Bukan Exciter 155, Tapi Honda Wave Alpha (2020) yang Makin Mahal di Vietnam

May 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI Malaysia, model kapcai berharga mahal biasanya dalam kategori kelas atasan seperti Yamaha Y16ZR, atau Honda RS150R, tetapi lain pula di negara jiran Vietnam.

Bukan Yamaha Exciter 155 VVA atau Honda Winner X, tetapi Wave Alpha pula yang semakin mahal jika dibandingkan harga cadangan pengeluar asal. Malah trend harga meroket naik semakin menjadi-jadi selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Di Vietnam, cuma satu varian Wave Alpha dijual, iaitu jenis rim jejari biasa dengan brek dram dan dijual pada harga asas 17.8 juta dong (RM3,200) sahaja.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?

Namun, harga asas tersebut kini mencecah setinggi 20.5 juta dong (RM3,686), dan jika dikira sekali dengan kos nombor pendaftaran di Bandar Ho Chi Minh, harga yang perlu dibayar pembeli ialah 23.5 juta dong (RM4,224)! Cukup tentu harga yang cukup mahal bagi sebuah kapcai bersesaran 110cc.

Menurut staf jualan di premis pengedar Honda di District 5 (Bandar Ho Chi Min), Wave Alpha dijual pada harga 20.5 juta dong bagi semua pilihan warna sedia ada. Beberapa premis Honda lain di bandar sama turut memaklumkan harga kapcai itu memang sudah mencecah harga tersebut.

BACA >>> Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang

Di bandar Hanoi, rata-rata pengedar dan kedai motosikal Honda menawarkan Wave Alpha pada julat harga 19.8 juta-20.3 juta dong (RM3,560-RM3,650), dan bergantung kepada ejen dan warna pilihan. Harga dijangka terus meningkat kerana mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.

Wave Alpha paling baharu dilancarkan Honda Vietnam pada September 2020 yang datang dengan lampu utama siap nyala tanpa suis. Enjin 4-lejang silinder tunggal masih menghasilkan output kuasa sama, 8.2hp dan tork 8.44Nm.

BACA >>> Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
BACA >>> #BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!

SUMBER: Zing

Artikel Berkaitan

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Vietnam, Honda Wave Alpha, Honda Wave Alpha (2020), Kapcai, roda2, Wave Alpha (2020) Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my