Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bugatti Residences by Binghatti, Bukan Miami, Kediaman Pertama Bugatti Ini Dibina di Dubai!
Auto Terkini

Bugatti Residences by Binghatti, Bukan Miami, Kediaman Pertama Bugatti Ini Dibina di Dubai!

Abang HirataBy Abang Hirata06/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KOTA Dubai bakal menerima satu lagi objek mewah, iaitu pembinaan Bugatti Residences by Binghatti. Projek tersebut diperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bugatti Rimac, Mate Rimac dan CEO Binghatti, Muhammad BinGhatti pada 24 Mei.

Bugatti Residences by Binghatti terletak di kawasan perdana Business Bay, Dubai yang juga kediaman Bugatti pertama dunia.

Jenama kereta mewah dan kediaman sudah menjadi trend sekarang ini. Contohnya Porsche Design Tower (foto atas kanan), Bentley Residences (foto kiri) dan Aston Martin Residences yang semua itu terletak di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Bugatti Residences setinggi 43 tingkat dengan 171 unit pilihan jenis Riviera Mansion dan 11 unit Sky Mansion Penthouse.

Pemilik Sky Mansion Penthouse dapat menikmati setingkat penuh kediaman mereka tanpa berkongsi dengan jiran lain.

Antara kemudahan disediakan ialah pantai buatan, kolam renang peribadi, spa jakuzi, kelab kecergasan, kelab persendirian, valet peribadi dan khidmat khas seperti pemandu dan tetamu (concierge).

Memandangkan ini projek Bugatti, bagaimanakah pula kereta pemilik? Seperti kediaman ultramewah lain, ada lif khas untuk membawa kereta terus kepada kediaman. Status pemilik emper (penthouse) adalah paling tinggi apabila disediakan 20 petak parkir kenderaan.

Juga ada satu tingkat khas sebagai ruang pameran untuk kereta istimewa milik penghuni kediaman berkenaan.

Projek ini dijangka mengambil masa tiga tahun setengah disiapkan, dan harga seunit Bugatti Residences bermula 19.09 juta dirham (RM24 juta) yang mengambil ilham tahun penubuhan Bugatti.

Kereta dan kediaman Bugatti memang berharga kayangan, tetapi berlawanan pula hukum susut nilai. Ini bolehlah diibaratkan simpanan dalam bentuk empat roda dan konkrit.

BACA >>> Bugatti Bolide (2024) Ini Ada 40 Unit Sahaja, Dibikin Khas untuk Litar pada Harga RM19.4j!
BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri
BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport…

Auto Terkini Binghatti Bugatti Bugatti Residences Bugatti Residences by Binghatti Business Bay Mate Rimac Muhammad BinGhatti
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.