SEEKOR buaya dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV), BYD Sealion 6 Hybrid di Lebuhraya Penanjong, Brunei, pagi semalam.
Insiden itu dikongsikan dalam platform Facebook Brunei FM, yang memaparkan keadaan reptilia itu yang terlentang atas jalan hingga menyebabkan aliran trafik perlahan.
Susulan insiden itu, SUV EV berkenaan mengalami kerosakan teruk termasuk roda depan sebelah kiri patah.
Kejadian di Brunei pic.twitter.com/s3GgM1t9tD
— @ (@anthraxxx781) December 25, 2024
Tinjauan komen memaparkan pelbagai reaksi netizen termasuk segelintir memuji SUV BYD itu kerana tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Wow...ia menunjukkan BYD Seal 6 tahan kelincahan. Boleh beli kerana ciri keselamatannya. Saya rasa jenama kereta lain tak tahan. - Johnny Hanna
hebat tu kereta owh.onthespot mati buaya tu.dasar buaya darat - Mimi Mj
BYD mantap, safety first. Kalau kerita brand lain comfirm loss control or terbalik ni. Walaupun 80km speed comfirm kerita bepusing. Pastimyya BYD kereta bateri dan design besinya kuat utk menahan impak yg kuat di bawahnya. - Syaz Wan
SUMBER: FB BruneiFM
Leave a Reply