Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bocor Maklumat Kad TnG dengan NFC, Tak Perlu Cari Kiosk, Tambah Nilai Guna Telefon Sahaja
Auto Terkini

Bocor Maklumat Kad TnG dengan NFC, Tak Perlu Cari Kiosk, Tambah Nilai Guna Telefon Sahaja

FarahBy Farah11/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI tahu, Touch ‘n Go (TnG) bakal memperkenalkan kad TnG versi baharu yang dilengkapi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) yang memudahkan pengguna menambah nilai terus menerusi aplikasi mobil TnG eWallet.

Perkembangan itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong pada Januari lalu, tetapi masa sebenar penggunaan kad TnG versi baharu tidak dinyatakan. Kini beberapa maklumat mengenai kad TnG versi baharu itu mula diselidik dan didedahkan media tempatan.

BACA >>> Touch ‘n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

Logo TNG eWallet
TNG eWallet

Pengenalan kad TnG versi baharu itu juga semakin hampir dengan maklumat dalam laman bantuan dan soalan lazim TnG yang sudah dikemas kini. Menurut laman itu, kad TnG baharu tersebut dinamakan ‘Enhanced Touch ’n Go Card’ yang boleh dikenal pasti menerusi logo pada penjuru kanan.

Antara maklumat lain, pengguna boleh terus menambah nilai menggunakan telefon pintar dengan menyentuh kad pada bahagian NFC di telefon. Cara itu nyata lebih mudah kerana boleh dilakukan terus tanpa perlu mencari kiosk tambah nilai.

Dalam soalan lazim itu juga, portal amanz.my turut mendedahkan cara menghubungkan ‘Enhanced TNG Wallet’ kepada akaun TnG eWallet.

BACA >>> Kad TnG Bakal Lebih Canggih, Boleh Terus Tambah Nilai Guna Teknologi NFC

Prosesnya lebih mudah berbanding kad TnG biasa kerana teknologi NFC membolehkan pengguna mendapatkan kod nombor tanpa perlu menaip. Bagaimanapun, pengguna perlu memiliki telefon pintar dengan sokongan NFC, sekurang-kurangnya sistem operasi (OS) iOS 13 atau Android 4.4.

Namun, pengguna tanpa telefon NFC masih boleh menggunakan kad tersebut, cuma tidak boleh menambah nilai kad menggunakan telefon.

Kad TnG baharu itu dijangka dijual sekitar RM10 seperti kad TnG sedia ada lain dan boleh ditambah nilai maksimum RM500 bagi setiap transaksi. TnG turut mengatakan kad berkenaan mempunyai masa penggunaan hingga tujuh tahun.

BACA>>> ‘Smart Tag Cap Ayam’: Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila
BACA>>> Kadar Faedah Program Pinjaman Touch ‘n Go eWallet Terlalu Tinggi – Tok Mat

SUMBER: Lowyat.net | Amanz.my

Auto Terkini eWallet Touch n Go Ignatius Ong Komunikasi Medan Dekat (NFC) NFC TnG TnG NFC TnG Versi Baharu Touch N Go
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.