Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bocor Dokumen Paten Cruiser 650cc Moto Morini, Sedia Cabar Kawasaki Vulcan S
Auto Terkini

Bocor Dokumen Paten Cruiser 650cc Moto Morini, Sedia Cabar Kawasaki Vulcan S

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FIRMA China, Zhongneng Vehicle Group (ZVG) membeli Moto Morini kira-kira lima tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, projek pembuatan motosikal jenama itu boleh dikatakan agak perlahan. tetapi baru-baru ini situasi mula berubah.

Moto Morini dilaporkan ada misi meluaskan tawaran motosikal dengan rancangan produk motosikal advencer X-Cape 1200 dengan trenkuasa 1,187cc CorsaCorta V-Twin.

BACA >>> #Spyshot: Moto Morini X-Cape 1200 (2023) Siap Sedia Jengah Pasaran?

Terbaharu, pengeluar itu turut mengintai pasaran cruiser untuk memperkenalkan model dengan trenkuasa dwi-silinder 650cc yang akan menjadi pencabar kepada Kawasaki Vulcan S.

Dokumen paten ZVG mendedahkan rekabentuk model cruiser itu yang dipercayai menggunakan trenkuasa sama seperti 6 ½ Seiemmezzo dan X-Cape 650. Dua model 650cc sedia ada itu hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti sistem brek Brembo.

BACA >>> MForce Lancar Moto Morini X-Cape 650 (2022) ke Malaysia, Harga Mula RM39k!

Trenkuasa cruiser itu dikatakan dipinjam daripada CFMoto dengan sebahagian besar binaan mirip enjin dwi-silinder sebaris 650cc Kawasaki era ER-6 yang menawarkan kuasa 60hp, setanding Vulcan S.

Cuma, cruiser Moto Morini menjana tork lebih rendah, iaitu 54Nm @ 7,000rpm (Kawasaki Vulcan S: 62Nm @ 6,600rpm).

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi sama ada model itu menerima talaan berbeza berbanding dua model sedia ada (6 ½ Seiemmezzo dan X-Cape 650).

Cruiser Moto Morini akan menggunakan casis berbeza daripada Seiemmezzo dan X-Cape. Menariknya, dua model Moto Morini tersebut menggunakan frem mirip Kawasaki Vulcan, jenis double-cradle. Suspensi depan menggunakan fork konvensional dengan tambahan getah pelindung (gaiter) untuk gaya retro.

Rim jenis aloi (sport rim), bukan spoked, tetapi mungkin ditawarkan sebagai opsyen. Rekaan lampu utama bentuk bulat dengan tambahan kowl. Panel meter gabungan analog digital.

BACA >>> Moto Morini Debut X-Cape ADV-R (2022) Lengkap dengan Kit Off-Road di Itali
BACA >>> Interviu CEO: Proton Bukan Syarikat China, Tapi Sudah Jadi Multinasional

SUMBER: BikeSocial

6 ½ Seiemmezzo Auto Terkiini autoterkini Kawasaki Vulcan S Moto Morini roda2 X-Cape 1200 Zhongneng Vehicle Group (ZVG)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.