Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW S1000R Kini di Malaysia, Harga Mula RM105k
Roda2

BMW S1000R Kini di Malaysia, Harga Mula RM105k

WahidBy Wahid31/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia
turut memperkenalkan model S1000R baharu, selain model M1000RR.

S1000R baharu ini menampilkan rekabentuk baharu, seperti S1000RR versi tanpa fairing untuk tampil sebagai model roadster (naked). Jadi, lampu depan, penutup sisi radiator, tangki petrol dan ekor berbentuk baharu. Frem utama dan subfrem bawah pelana seperti S1000RR.

BACA >>> Spesifikasi BMW S1000RR (2021): Kini di Malaysia dengan Harga RM121k
BACA >>> BMW Malaysia Lancar R1250GS, R1250GS Adventure, Harga Mula RM119.5k

Berikut perincian S1000R:

  • Ada dua varian baharu: Style Sport dan BMW M Package dengan warna tersendiri.
  • Varian Style Sport disediakan dalam warna Hockenheim Silver Metallic (perak), manakala M Package mendapat skema warna BMW Motorrad Motorsport dengan kombinasi warna-warna Light White (putih), Racing Blue Metallic (biru) dan Racing Red (merah).
  • Dijana enjin 4-silinder sebaris 999cc dengan teknologi BMW ShiftCam (VVTL) bagi melaras pemasaan dan jarak injap masukan menurut permintaan prestasi enjin yang  menghasilkan kuasa maksimum 207hp @ 13,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.
  • Lampu depan dan lampu brek jenis LED, berserta Headlight Pro dan lampu siang (DRL).
  • Ada empat mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic, dan Race serta Riding Mode Pro.
  • Setiap mod memiliki tetapan tersendiri untuk mengawal fungsi mekanikal dan elektronik seperti kuasa enjin, tahap respon terotel, Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan Sistem Brek Anti-Kunci  ABS Pro.
  • Ciri DTC dan ABS Pro mendapat input data daripada unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi bagi memastikan sudut miring terbaik dan stabil ketika mengambil selekoh.
  • Sistem BMW Motorrad Integral ABS pula disepadukan dengan sistem Kawalan Brek Enjin Dinamik (DEBC).
  • Sistem Kawalan Redaman Dinamik (DDC) dibekalkan sebagai ciri standard.
  • Dilengkapkan ciri Quick Shifter, dipanggil HP Shift Assistant Pro untuk tukaran gear lancar tanpa perlu menarik tuil klac.
  • Ciri lain disediakan ialah Kawalan Jelajah (Cruise Control), sistem penghidup tanpa kunci (keyless ride), soket pengecas USB, pakej penumpang (Passenger Package).
  • Pembeli juga boleh menambahkan opsyen BMW M Package yang menawarkan  pelana M Sport, bateri M jenis lithium yang ringan, peredam bunyi sport, dan perakam data lap M GPS Laptrigger.
  • Pembeli varian BMW M Package akan mendapat rantai eksklusif BMW M Endurance Chain yang menggunakan gegelung bentuk X antara plat sisi dengan penggulung dan pin. Rantai ini tidak perlu diminyakkan atau ditegangkan. Menurut BMW Motorrad, rantai BMW M Endurance Chain berfungsi seakan syaf yang tidak perlu diselenggara.

BACA >>> Malaysia Lancar Tiga Varian BMW G310GS, dan G310GR, Harga Mula RM27.5k

Stok dan Harga

Kedua-dua varian ini kini dipamerkan di cawangan BMW Motorrad sah bermula 27 Ogos lalu. Harga jualan tanpa insurans adalah seperti berikut:

  •  S1000R Style Sport – RM105,500
  • S1000R M Package – RM119,500

Khidmat Pembiayaan

BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan Pelan Pembiayaan serendah RM 1,270 sebulan mengikut anggaran balloon financing bagi pinjaman 80 peratus selama empat tahun.

pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan menerusi rangkaian servis bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis, dan Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

 

BMW BMW Malaysia BMW Motorrad Malaysia BMW S1000R Roadsters roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.