Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW R 1300 RT Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM167k!
Roda2

BMW R 1300 RT Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM167k!

SyafieBy Syafie12/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen motosikal touring premium dengan pelancaran model BMW R 1300 RT Serba Baharu yang hadir dengan gabungan prestasi dinamik, teknologi pintar, dan keselesaan luar biasa.

Motosikal BMW R1300 RT 2025 dibangunkan semula dari asas, menampilkan rekabentuk lebih ramping dan ringan. Tangki lebih rata, trim depan lebih kecil, dan garis rekaan lebih tajam menyerlahkan keanggunan serta memberikan pengendalian lebih lincah tanpa mengorbankan DNA touring BMW.

Tiga Varian Utama Diperkenalkan

  • Standard (Alpine White)
  • Triple Black (Blackstorm Metallic)
  • Impulse (Racing Blue Metallic)

Varian Triple Black tampil dengan manifold Dark Chrome dan pelindung angin tinggi, manakala Impulse menyerlahkan gaya sporty dengan rim rekaan khas, deflektor slipstream unik dan pelindung angin pendek untuk rupa lebih agresif.

Enjin Boxer 1,300cc Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan BMW

Menggunakan enjin boxer 1,300cc dengan teknologi BMW ShiftCam, R 1300 RT menghasilkan 145hp pada 7,750rpm dan 149Nm pada 6,500rpm. Redline sehingga 9,000rpm membolehkan pecutan mantap dan penyerahan kuasa halus di semua julat kelajuan.

Penambahbaikan melibatkan bore lebih besar, lejang lebih pendek, injap lebih lebar dan nisbah mampatan 13.3:1. Walaupun lebih berkuasa, penggunaan bahan api kekal cekap seperti model terdahulu.

Casis Baharu dan Suspensi EVO Telelever/Paralever Lebih Pintar

BMW memperkenalkan sistem Dynamic Chassis Adaption (DCA) yang boleh dilaras mengikut mod tunggangan. Gabungan suspensi EVO Telelever di depan dan EVO Paralever di belakang menawarkan kawalan optimum serta keselesaan maksimum, walaupun dalam tunggangan jauh atau jalan mencabar.

Lima Mod Tunggangan untuk Semua Keadaan Jalan

R 1300 RT datang dengan tiga mod asas seperti:

  • Rain
  • Road
  • Eco

Semua varian turut menerima Riding Modes Pro yang menambah mod Dynamic dan Dynamic Pro, sesuai untuk tunggangan lebih agresif atau melalui laluan berliku.

Teknologi Bantuan Tunggangan Bertaraf Premium

BMW R 1300 RT serba baharu menampilkan pakej bantuan tunggangan paling lengkap dengan ciri-ciri seperti:

  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • Engine Drag Torque Control (MSR)
  • Dynamic Brake Control (DBC)
  • BMW Integral ABS Pro
  • Active Cruise Control (ACC) dengan radar depan
  • Front Collison Warning (FCW)
  • Lane Change Warning (SWW) untuk pemantauan titik buta

Lampu Depan LED Adaptif + TFT 10.25 inci

Model ini turut dilengkapi lampu utama LED penuh dengan lampu membelok adaptif, serta skrin TFT bersaiz 10.25 inci beresolusi tinggi.

Fungsi skrin boleh dipaparkan secara split-screen dan serasi dengan aplikasi BMW Motorrad Connected App.

Sistem Audio Pro Baharu dengan Speaker Premium

Sistem audio 2.0 dipertingkat dengan:

  • Radio DAB/DAB+
  • Pembesar suara berkualiti tinggi
  • Tweeter dan woofer berasingan
  • Gril speaker perak dengan elemen dome emas (untuk varian Edisi Terhad)

Sesuai untuk mereka yang gemarkan müzik sepanjang tunggangan, audio boleh disambung ke helmet Bluetooth atau speaker terbina.

Varian Edisi Terhad, Hanya Lima Unit Setiap Satu

Untuk pasaran Malaysia, BMW memperkenalkan dua varian Edisi Terhad seperti:

BMW R 1300 RT Triple Black Edisi Terhad

  • Warna Blackstorm Metallic
  • Sistem audio Pro
  • Suspensi pintar DCA
  • Sistem kunci tengah dan alarm

BMW R 1300 RT Impulse Edisi Terhad

  • Warna Racing Blue Metallic
  • Aksesori eksklusif Impulse Package
  • Pakej Comfort penuh
  • Topcase dengan pemanas belakang.

Harga dan Ketersediaan

Harga yang ditawarkan adalah bermula RM167,000 untuk versi Standard (Alpine White), manakala Triple Black (RM170,000) dan Impulse (RM173,000).

Bagi model Edisi Terhad pula, harga untuk Triple Black adalah RM177,000 dan Impulse pula sebanyak RM180,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari BMW Motorrad Malaysia.

Auto Terkini BMW Motorrad Malaysia BMW R 1300 RT motosikal touring
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.