Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW HP4 Race dengan Spesifikasi Lumba, Dikeluarkan 750 Unit Sahaja!
Roda2

BMW HP4 Race dengan Spesifikasi Lumba, Dikeluarkan 750 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata05/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda mahukan superbike rare dengan spesifikasi perlumbaan, BMW HP4 RACE ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pendek. Ini kerana motosikal ini dikeluarkan 750 unit sahaja yang mana spesifikasi standard membabitkan komponen enjin, elektronik dan suspensi dihasilkan seperti motosikal lumba dari kilang.

Malah, BMW Motorrad mendakwa aspek suspensi dapat dipertingkat berikutan penggunaan frem gentian karbon. Berat HP4 RACE hanya 171kg bersama isian minyak setangki penuh dan jentera dua roda ini boleh ditunggang bila-bila masa sahaja atas jalan raya.

LEBIH RINGAN

Menurut BMW Motorrad lagi, superbike ini lebih ringan daripada versi lumba dari kilang yang digunakan dalam Worls Superbike Championship (WSBK), tetapi sedikit berbanding jentera MotoGP.

Satu lagi fakta, BMW Motorrad ialah pengeluar pertama dunia yang menggunakan frem utama daripada gentian karbon sepenuhnya. Hasilnya, cuma seberat 7.8kg sahaja!

Roda depan dan belakang menggunakan material teknologi tinggi yang membolehkan berat diturunkan 30 peratus berbanding roda aloi tempa tanpa mengetepikan aspek kekukuhan komponen. Hamburan kuasa setinggi 215hp pada 13,900rpm, manakala tork maksimum 120Nm (10,000rpm). Putaran enjin turut ditingkatkan kepada 14,500rpm berbanding 14,200rpm pada S1000RR.

CIRI UTAMA BMW HP4 RACE

  • Frem utama gentian karbon dengan struktur monokok seberat 7.8kg.
  • Frem belakang sokongan sendiri dengan tiga tahap ketinggian boleh laras.
  • Rim aloi gentian karbon, 30 peratus lebih ringan berbanding rim aloi tempa.
  • Fork terbalik (USD) Öhlins FGR300.
  • Absorber Öhlins TTX 36 GP.
  • Kaliper brek Brembo GP4 PR monoblok dengan cakera brek besi lumba 320 T-type (tebal 6.75 mm), depan
  • Enjin spesifikasi perlumbaan (World Cup level) dengan kuasa 215hp (13,900rpm) dan tork 120Nm (10,000rpm).
  • Transmisi 6-kelajuan – kotak gear lumba nisbah rapat (close-ratio) dengan nisbah transmisi tersuai (adapted transmission ratios).
  • Sistem elektrikal ringan dengan bateri litium-ion 5Ah
  • Rakaman data 2D
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) – boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Brek Enjin (EBR) – boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Kawalan Wheelie – boleh diprogramkan pada gear pilihan.
  • Kawalan Luncur.
  • Pengehad Laluan Pit.
  • Komponen ringan gentian karbon.
  • Warna khas BMW HP Motorsport
  • Pengeluaran terhad – cuma 750 unit dan setiap satu dibina khusus.

GALERI

BMW BMW HP4 RACE BMW Motorrrad roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Roda2

    Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

    17/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.