• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 GS (2021) Versi Naik Taraf Lancar di India

BMW G 310 GS (2021) Versi Naik Taraf Lancar di India

October 9, 2020 By AI Leave a Comment

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW G 310 GS  versi patuh regulasi emisi Euro 5 dan BS6 akhirnya rasmi dilancarkan di India. Bukan saja kemas kini emisi, model touring itu turut menerima perubahan warna badan dan naik taraf ciri.

G 310 GS dijana enjin silinder tunggal 313cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 34hp @ 9,500rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm dengan kotak gear klac manual 6-kelajuan yang dipadankan ciri klac antilompat untuk tukaran tuil klac lebih ringan..

Model edisi 2021 turut menerima ciri khas yang dipanggil BMW, 'grip terotel elektrik' (electric throttle grip).

BACA >>> #Spyshot: BMW Dikesan Sedang Uji G310GS, G310R Versi Naik Taraf

Bahagian suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm di depan dan  monoshock di belakang yang kedua-dua roda dibekalkan sistem brek cakera. Model kemas kini turut menerima rim aluminium tuang bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang.

Jentera seberat 169.5kg itu dilengkapkan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard. Jika model lama hanya mendapat lampu belakang LED, model baharu ini menerima lampu depan LED, termasuk lampu signal belok. Malah, didatangkan standard dengan tuil brek dan klac boleh laras 4-tahap.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan dengan kotak enjin warna kelabu titanium, iaitu putih, kelabu dan warna baharu, Rallye yang menampilkan frem merah dan penutup minyak biru metalik Kyanit.

Ada juga skema warna 40 Years GS Edition, iaitu hitam dan kuning yang mengambil ilham R 100 GS. Buat masa ini tanda harga masih belum diumumkan.

BACA >>> BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped
BACA >>> Transformasi Mat Scoot SYM Lancar Adventure Touring dan Cafe Racer

GALERI
bmw-g-310-gs-2021-1
bmw-g-310-gs-2021-2
bmw-g-310-gs-2021-3
bmw-g-310-gs-2021-4
bmw-g-310-gs-2021-5
bmw-g-310-gs-2021-18
bmw-g-310-gs-2021-6
bmw-g-310-gs-2021-7
bmw-g-310-gs-2021-8
bmw-g-310-gs-2021-9
bmw-g-310-gs-2021-10
bmw-g-310-gs-2021-11
bmw-g-310-gs-2021-12
bmw-g-310-gs-2021-13
bmw-g-310-gs-2021-14
bmw-g-310-gs-2021-15
bmw-g-310-gs-2021-16
bmw-g-310-gs-2021-17

SUMBER: RideApart

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW G 310 GS, BMW G 310 GS (2021), BMW Motorrad, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my