• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: BMW Dikesan Sedang Uji G310GS, G310R Versi Naik Taraf

#Spyshot: BMW Dikesan Sedang Uji G310GS, G310R Versi Naik Taraf

April 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN sedang sibuk menghasilkan topeng muka untuk membantu petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19, BMW masih menerusi projek pembangunan produk.

Beberapa minggu lalu, BMW baru saja memperkenalkan model cruiser R18. Terbaharu, pengeluar dari Jerman itu sedang menjalankan ujian menjelang pelancaran model G310 versi naik taraf.

Portal RideApart mendedahkan beberapa foto intip yang menunjukkan kelibat BMW G310GS dan G310R berwajah baharu sedang ditunggang uji, dipercayai di India. Kedua-dua model itu kelihatan menerima set lampu utama LED dengan panel badan lebih tajam untuk penampilan lebih agresif.

BACA >>> Benarkah BMW Sedang Siapkan G310RR (2019)?

BMW G310GS
BMW G310R

Paruh depan model GS nampak lebih tirus berbanding model terdahulu, manakala varian R berubah pada bahagian perumah lampu utama, termasuk rekabentuk panel sisi. Walaupun perubahan luaran yang dilakukan sangat minimal, tetapi BMW dijangka melakukan naik taraf enjin.

Beberapa media India mendakwa G310GS dan G310R baharu tersebut mematuhi syarat emisi BS6, dan dijangka dilancarkan tahun ini.

Jika benar, BMW pasti sudah menala semula sistem ekzos atau enjin 313cc dua model itu supaya menepati piawaian ditetapkan. Syarat BS6 adalah menyamai Euro5 di Eropah dan sepatutnya dikuatkuasakan bulan ini.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi BMW G310GS Versi Hornig dari Jerman

GALERI
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (5)
BMW G310GS
BMW G310GS
BMW G310R
BMW G310R
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (7)
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (6)
BMW G310GS
BMW G310GS
BMW G310R
BMW G310R
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (4)
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (9)
spy-shots-bmw-g-310-gs-r (10)
spy-shots-bmw-g-310-gs-r

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW G310GS, BMW G310R, BMW India, BMW Motorrad, BS6, Foto Intip, roda2, Spyshot, Syarat Emisi, Tunggang Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my