Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak
Autotainment

Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak

Han OthmanBy Han Othman03/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGETAHUI bilakah masa membeli tayar baharu ialah perkara paling kritikal untuk dilakukan supaya kita sebagai pemandu dan penumpang dalam kereta kekal selamat.

Malah, dalam cuaca panas, memandu dengan kadar bunga tayar yang betul mampu menjamin keselamatan pemanduan, terutama ketika hujan mengejut berlaku. Asas paling mudah mengetahui kedalaman bunga tayar ialah melihat indikator haus bunga (TWI) yang tertera pada tayar. Penting juga untuk pemandu mengetahui usia tayar yang digunakan.

BACA >>> Ketahui 6 Cara Mudah Bilakah Anda Perlu Tukar Tayar Baharu?

Sekarang mari kita lihat video tentang perbezaan antara tayar yang menepati ciri keselamatan jalan raya dan tayar yang berbahaya untuk dipandu. Walaupun dalam kelajuan dalam bandar atau sederhana, perbezaan prestasi membabitkan kedua-dua kondisi tayar tersebut nyata ketara.

Ujian dilakukan menggunakan tiga kereta daripada model sama, Peugeot 308 SW yang ditandakan sebagai kereta tayar baharu [NEW], tayar haus [WORN], dan tayar bajet yang baharu [BUDGET]. Pandu uji pula dilakukan seorang blogger wanita dari Britain, Sally Whittle yang mengaku tidak berapa peduli dan tahu sangat mengenai kepentingan menjaga tayar kereta.

Pandu uji pertama memerlukan Whittle memandu secara lurus hingga melepas satu plat kuning yang dipasangkan mekanisme sebagai simulasi lopak air yang akan membuatkan keretanya berpusing.

Kereta BUDGET menyaksikan ia berpusing 360º (minit 1:24) sebaik saja melintasi plat kuning, manakala kereta WORN langsung terbabas jauh ke depan sebelum berpusing 360º (minit 1:35). Bagaimanapun, kereta NEW dapat dikawal dan tidak berpusing walaupun ada sedikit menggelincir apabila melepasi plat kuning (minit 1:47).

BACA >>> Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

Pandu uji kedua pula ialah ujian membrek atas jalan basah. Whittle perlu memandu pada kelajuan 50kmj sebelum menekan brek sepenuhnya. Seperti dijangka, kereta NEW dapat berhenti lebih pantas dengan jarak henti lebih dekat, manakala kereta BUDGET jauh terbabas ke depan. Tayar WORN pula lebih jauh menggelincir ke depan dengan jarak separuh badan daripada kereta BUDGET.

Berikut komen Whittle;

“Ia betul-betul menakutkan bila tahu betapa pantas ia berlaku walaupun kita tahu apa yang kita buat ketika itu. Sebenarnya, apabila kereta terbabas dan kita terus terfikir hendak buat apa, kereta sudahpun berpusing ke belakang.”

Sekarang sudah insaf ke belum?

SUMBER: AutoExpress

autotainment Pandu uji Pandu Uji Tayar Roda4 Sally Whittle Tayar Botak tayar haus videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Sakura 2026
Auto Terkini

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

10/04/2026
Nissan GT-R R36 Concept
Roda4

Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

09/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

09/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.