Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?
Autotainment

#ApaNakBuat: Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

Han OthmanBy Han Othman21/03/202536 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SAYA ada selongkar beberapa blog, ada yang beritahu minyak semi-synthetic sebenarnya sampai 10,000km dan fully-synthetic sampai 25,000km. Ada kata semi-synthetic 5,000km dan fully-synthetic 10,000km (pendapat yang selalu dengarlah). Saya pun jadi confuse mana satu yang betul tepat?

Saya ada persoalan, juga pendapat sebenarnya. Kalau diikutkan kadar perbatuan, dah tak berapa nak logik digunakan sebab sebagai contoh, kereta di KL kebanyakannya sangkut dalam jammed. Jumlah masa kerja enjin bertambah, tapi kadar mileage tak berubah. Lain yang berada di kampung atau kawasan tidak jammed, kadar mileage dengan kadar masa kerja enjin boleh dikatakan seimbang. Pendapat abang?

Mungkin abg boleh bangkitkan isu jumlah sebenar kadar perbatuan minyak semi-synthetic dan fully-synthetic yang lebih tepat dan nisbah masa gerak kerja enjin dengan kadar perbatuan yang mungkin ramai tak sedar, terutama kawasan bandar.

– Apittt

SEBENARNYA debat mengenai bilakah tempoh masa tepat untuk menukar minyak enjin (tidak kira jenis mineral atau sintetik) sangat sofistikated dan panjang. Anda akan menemui tiga pihak, iaitu pengeluar kereta, pembuat bendalir dan mekanik yang masing-masing mengeluarkan fakta masa servis yang kadangkala mengelirukan.

Kita akan ulaskan satu persatu.

KENAPA TEMPOH TUKAR MINYAK ENJIN BERBEZA?

minyak-enjin
i. Saranan Pengeluar Kereta

Setiap pengeluar kereta mempunyai jenama minyak enjin tertentu yang disaran digunakan setiap kali servis. Asasnya, kebanyakan pengeluar kereta moden hari ini menetapkan tempoh servis setiap 10,000km atau enam bulan sekali. Semestinya saranan itu adalah terbaik untuk diikuti kerana jenis dan gred minyak tersebut sememangnya digunakan pengeluar kereta anda dalam fasa pembangunan dan ujian.

Disebabkan itulah anda diwajibkan mematuhi tempoh servis ditetapkan pengeluar jika tidak mahu segala terma dan syarat waranti terbatal. Ini kerana setiap ujian reliabiliti kereta anda dibuat mengikut had masa selamat dengan menggunakan minyak hitam disarankan, walaupun faktanya bendalir digunakan mampu bertahan lebih lama.

Kenapa buat begitu? Sudah tentu untuk melindungi industri kereta itu sendiri. Bayangkan servis diwajibkan setiap 25,000km mengikut standard pembuat bendalir, bukankah ia akan menjejaskan kitaran pendapatan pengeluar kereta?

BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

ii. Saranan Pembuat Pelincir

Ingat, pembuat bendalir tidak semestinya menghasilkan minyak mereka untuk jenama kereta tertentu sahaja. Malah, penyelidikan bendalir dalam automotif membabitkan pelbagai jenis enjin. Memang ada minyak enjin sintetik yang mampu bertahan hingga 25,000km perbatuan. Setakat ini, cuma Jaguar saja mensyaratkan pemiliknya menukar minyak enjin atau servis setiap 25,000km.

Jadi, jangan terkejut jika anda dapati tempoh masa menukar minyak enjin yang disarankan pembuat bendalir lebih lama berbanding apa yang diwajibkan pengeluar kereta.

iii. Saranan Mekanik

Jika berjumpa mekanik di pusat servis pengeluar, semestinya mereka mengesyorkan anda menukar minyak enjin seperti disarankan pengeluar. Sebaliknya jika anda bertanya mekanik luar (yang jujur) atau pakar bendalir automotif, mereka pasti menasihatkan anda supaya menukar mengikut saranan pembuat bendalir.

JADI SIAPA BETUL? MAHU IKUT SIAPA?

betul-dan-salah
Sebenarnya, tiada siapa betul dan tiada siapa salah. Sudah tentu kami menyarankan anda menggunakan minyak enjin seperti disarankan pengeluar kereta, termasuk mematuhi tempoh servis ditetapkan.

KENAPA? BUKANKAH ITU SEPERTI SATU PENIPUAN?

Ingat, minyak hitam anda mungkin dapat bertahan lama, tetapi tidak bagi komponen lain yang mungkin tidak dapat bertahan selama itu. Justeru tetapan masa diberikan pengeluar ialah tempoh paling munasabah yang bukan sekadar menukar minyak enjin saja seperti yang anda selalu bayangkan. Tetapi ia sebenarnya turut membabitkan pemeriksaan dan penukaran komponen serta alat ganti lain juga. Bayangkan kondisi kereta anda tanpa diperiksa selama lebih setahun semata-mata menunggu tempoh menukar minyak enjin yang belum sampai.

Jadi, ikut saja saranan pengeluar kereta. Namun, bagi anda yang mengambil kira setiap nilai wang yang perlu dibelanjakan, anda boleh beralih kepada saranan pembuat bendalir atau mekanik yang dipercayai sebaik saja tempoh waranti kereta tamat. Tiada apa yang perlu anda takutkan.

BACA >>> Minyak Enjin Petronas Syntium SE Dirumus Khas Untuk Kenderaan Proton

BETULKAH KERAP MENUKAR MINYAK ENJIN LEBIH BAGUS?

tukar-minyak-hitam
Disebabkan jarak masa menukar minyak enjin bagi kereta masa kini lebih lama berbanding kereta sedekad lalu, sesetengah kita mengalami perasaan risau tentang kondisi kereta mereka. Jika dulu servis setiap tiga bulan sekali, tetapi sekarang sudah enam atau lapan bulan sekali.

Sudahnya, anda ambil keputusan sendiri dengan menukar minyak enjin lebih awal berbanding masa ditetapkan. Ada yang menghantar servis 2,000 hingga 3,000km lebih awal berbanding perbatuan ditetapkan. Kononnya kereta jadi lebih terjaga dan selamat jika kerap ditukar minyak enjin.

Tahukah anda, komitmen pembuat bendalir juga sama seperti pengeluar kereta? Jika pengeluar kereta hari ini sedaya upaya cuba menghasilkan produk yang mesra alam, hal sama turut dilakukan pembuat bendalir. Antara tujuan utama pembuat bendalir menghasilkan minyak enjin yang mampu bertahan lebih lama adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ya, bukan sekadar tentang realibiliti mekanikal sahaja!

Jadi, kekerapan anda menukar minyak enjin bermakna anda bersubahat ke arah mencemarkan alam sekitar!

KALAU KERETA KURANG BERGERAK, TUKAR MINYAK IKUT KM ATAU BULAN?

kereta-dalam-garaj
Maksudnya begini, tempoh servis kereta anda ialah 10,000km atau enam bulan, tetapi kereta anda kurang berjalan jauh. Mungkin selepas enam bulan, perbatuan kereta anda baru saja 5,000km. Hati anda terdetik; “Sepatutnya 10,000km, rugilah minyak hitam aku kalau servis sekarang.”

Jawapannya, anda perlu servis sekarang. Ini kerana minyak enjin yang sudah dituang ke dalam enjin sudah bercampur dengan pelbagai bendasing yang berpotensi melemahkan kelikatan dan ikatan kimia bendalir, sekali gus mengurangkan tahap optimum perlindungan enjin.

Proses degradasi atau nyahgred bukan saja berlaku apabila enjin kerap bekerja, tetapi juga apabila disimpan melebihi had masa tertentu. Ia bukan saja tentang bendalir seperti minyak enjin, tetapi juga terpakai kepada mana-mana cecair pun.

Anda boleh cuba ujikaji ini, simpan air kosong dalam satu bekas. Selepas enam bulan, cuba perhatikan apakah kondisi air kosong yang disimpan itu adalah sama bersih pada mata kasar seperti pertama kali diisi dahulu. Apakah ada keladak di dalamnya? Itulah yang dinamakan proses degradasi walaupun anda tidak pernah mencampurkan air kosong itu dengan apa-apa sebatian asing.

Kesimpulannya, ikut tempoh mana satu sampai dahulu. Mudah bukan? 🙂

autotainment minyak enjin minyak hitam tempoh tukar minyak enjin tip automobil tukar minyak enjin tukar minyak hitam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026

36 Comments

  1. mimi on 15/12/2016 12:18

    satu perkongsian yg baik

    Reply
  2. shah on 18/03/2017 18:41

    Terbaik info

    Reply
  3. Arip on 19/03/2017 22:56

    Bagai mana kalau kita nak ikut jenis minyak contoh 40w/50

    Reply
  4. Wan_Volvo on 14/05/2017 16:37

    Info yg bagus sekali Wajib diketahui oleh pengguna jalan raya.

    Reply
  5. Beyonce on 07/06/2017 12:28

    Sya nak tnya mengenai jarum meter yang mengukur jarak perjalanan itu tidak berfungsi. Apakah kedai yg sy kena minta buat dan ia disebsbkan apa?

    Reply
    • Atan on 29/07/2017 09:08

      Meter rosak tu!g kdai potong body@alat ganti baru…

      Reply
  6. amirul on 02/07/2017 19:35

    Salam ..good info selalu sy tukar minyak enjin kereta semi syntetic..dia akan letak dlm 7000km untuk servis yg baru..jadi secara logik minyak syntetic 10.000km..cuma bila dia letak 7000km pemandu biasa akan hantar lebih dr 7000km sebab masalah kewangan or xde masa..jadi kat sini..kita boleh standby awal untuk tukar minyak syntetic xlebih 10.000km dan xkurg dr 10.000 kira dlm 8000km ke 9000km dah elok servis yg baru..ini pandangan sy la

    Reply
    • Kyla on 21/07/2018 15:01

      means klau km yg telah ditetapkn telah melebihi had kereta masih boleh berfungsi seperti biasa ya? ada side effects lain ke?

      Reply
    • Lin on 06/08/2018 10:50

      Kali pertama saya mencuba minyak semi.. Servis centre mengatakan boleh guna sehingga 10k km. Sedangkan kebiasaannya 5k – 7 k.. Saya pun agak khuatir..

      Reply
      • Mohd Nazir on 21/10/2018 02:17

        Biasanya 5k untuk minyak mineral.. Sesuai untuk kereta yg sudh lebih 10 tahun..

        Reply
  7. soffy on 19/10/2017 14:26

    minyak itam mmg selalu kena tukar

    Reply
  8. Kyla on 21/07/2018 14:59

    kalau km telah mencapai had yg ditetapkan, kereta masih boleh digunakan seperti biasa tak? untk bergerak ke kwsn yg berhampiran je

    Reply
  9. Mail Din on 31/07/2018 15:49

    Berapakah litar minyak enjin bagi toyota vios,, dan minyak gear ATF , saya ingin mendapat sukatan yang tepat, bagi penjagaan enjin yang baik, Terima kasih.

    Reply
  10. Hairol on 03/10/2018 08:43

    Maaf nk tanya sikit…biasanya lepas servis & tukar minyak hitam,ada lebihan minyak hitam sy simpan & kumpul.lama2 lebihan minyak yg sy kumpul tu cukup sebotol..minyak tu jenis dan gred yg sama.jadi sy nk tanya,boleh x sy gunakan utk servis yg seterusnya?ada tempoh x jangka lupus minyak tersebut?sy simpan dlm 4 tahun jgk la..tkasih

    Reply
    • ABG GYL on 03/10/2018 13:21

      Boleh asalkan jenis dan gred yang sama. Juga jenama sama.

      Reply
  11. Nizam on 24/12/2018 23:52

    Klu kereta dh pakai 4 thn lebih. Nak pakai minyak fully or semi. Kereta pesona

    Reply
  12. Alia on 18/02/2019 07:10

    Salam..mileage saya dh terlebih 10,000km.sekarang jadi 10,900km.warranty saya terbatal tak?.next servis 24/3/2019.

    Reply
    • ABG GYL on 18/02/2019 11:24

      terpulang pada pengeluar kereta. Kenapa tidak servis awal? Sebab jadual adalah ikut mana tiba dulu

      Reply
  13. Amir on 17/03/2019 10:33

    Hai, saya pakai axia 1.0. Dlm 50k, sy servis minyak hitam di kedai luar(bukan servis centre) dia suggest pakai semi synthetic 10w-40, lepas tu, sy perasan kereta agak lembap dan sy baru tahu kereta axia sepatutnya guna 0w-20 fully synthetic. Skarang kereta sy baru 53k. Boleh ke sy tukar minyak hitam tanpa menunggu waktu next servis yg ditetapkan

    Reply
    • ABG GYL on 17/03/2019 13:12

      Boleh. Tapi lebih bagus buat di SC

      Reply
  14. Francis on 30/03/2019 23:48

    Salam,kereta sya jenis kereta lama mnggunakan enjin 1kzte dan sya mnggunakan minyak jenis semi sintetik…tapi sya sda buat overhaul bermakna enjin seperti kereta baru,bolehkah sya menggunakan minyak sintetik penuh atau mesti semi sintetik sahaja?

    Reply
  15. Lili on 13/07/2019 17:11

    Salam..sy nak tanya..sepatutnya saya servis kereta bila mileage 9000..sy nak tanya aa akan jafdi pada kereta sekiranya sy tidak hntr servis pada mileage yg ditetapakn or tarikh yg ditetapkan

    Reply
    • Iwan on 25/11/2019 13:16

      Berkemungkinan waranti drpd pengeluar akan terbatal jika berlaku sesuatu pada kereta anda

      Reply
  16. Shuriyani on 23/08/2019 09:23

    Kilometer perbatuan kete bezza saya baru 7ribu lebih…paling jauh bergerak ke kelantan…adakah kena service?

    Reply
  17. Zulkifli on 09/12/2019 16:42

    Saya nk tahu minyak hitam berjenama motorcraft fully sentetic bland berapa ribu km yg sepatutnya di tetapkn

    Reply
  18. faizal on 20/12/2019 11:54

    ye btl klu sy mmg set 8000 wlupun btahan 10000..

    Reply
  19. Aiman on 23/04/2020 05:58

    Salam . Tumpang tanya , saya service pertama . Tapi dah terlebih dari 1000 . Sekarang dah 1200 . Terbatal ke warranty saya ni . Sebab service pertama saya jatuh tarikh pkp .

    Reply
    • Abang GYL on 23/04/2020 11:39

      Tidak. jangan risau.

      Reply
  20. kamirul on 15/09/2020 16:49

    Macam mane kalau meter dah lebih sepatutnya kena servis tapi baru 3 bulan sepatutnya 6 bulan..boleh ke tunggu 6 bulan baru servis?

    Reply
  21. Mohd Azol on 06/10/2020 16:23

    Bagaimana dgn enjin.diesel. saya biasanya terlepas/ lewat menukar minyak hitam. kadang hingga.4k.
    kerana waktu kerja yang padat.
    apakah gejala buruk yg mungkin berlaku
    hingga stakat ni belom pernah van
    saya meragam walau slalu jalan jauh

    Reply
  22. Nafis Che Isa on 25/09/2021 10:48

    Kereta saya dah trrlebih 1k mileage.. Tarikh service 1k mileage jatuh pada pkp.. Masih boleh lagi ke untuk dihantar SC? Dan minyak hitam pula.. Adakah perlu di tukar?

    Reply
    • Abang GYL on 27/09/2021 12:05

      Untuk 1k kebiasaannya cuma checking. Dan ya, perlu hantar seperti disarankan dalam buku servis.

      Reply
  23. Nor on 25/12/2021 00:43

    Contoh kereta saya kena servis 5000k,skrg 4700,saya urgent nk blik kg….mgkn jadi 5k lebih…boleh ke

    Reply
    • AO on 05/01/2022 19:51

      Tanya pusat servis

      Reply
  24. Wan on 15/01/2024 14:54

    Saya takut/confuse tengok komen dekat sini.Beli kereta harga berpuluh ribu..saya yakin sebelum beli mesti dah study betul² kereta idaman.

    Tapi kebanyakan lupa study keperluan dan kos maintenance yang perlu.

    Kos² seperti diatas ni perlu dimasukkan dalam perhatian untuk tidak sakit kepala dikemudin hari.

    Reply
  25. Jamil bin Abd Rashid on 06/11/2024 22:27

    Kereta merc sy dah berusia 12 tahun.. sy guna minyak fully sentitik sepanjang 12 tahun..tahun ini sy sangat kurang guna kereta sy …tempuh 6 bulan dah sampai tapi milaege baru 2700 (sepatut 10000)..boleh ke sy lewatkan tukar minyak injin hingga ke 7 atau 8 bulan?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.