Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!
Bikin Auto

#BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!

AryonBy Aryon02/05/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOLONG jangan terkejut, harga Yamaha 125ZR versi original di Vietnam ialah sekitar 250 juta dong (RM44,500), tetapi pemilik seorang ini menambah lagi 100 juta dong (RM17,700) untuk menaik taraf kapcai 2-lejang yang sudah ditamatkan pengeluaran ini.

125ZR, yang dipanggil ‘Ya Z’ atau ‘Ya Shark’ dalam kalangan mat motor Vietnam, memang sangat popular di negara Asean, termasuk negara kita juga. Malah model itu pernah menduduki ranking teratas sebagai motor paling panas kerana menjadi buruan pencuri motosikal di Vietnam sebelum takhta kapcai popular diserahkan kepada Exciter (Y15ZR) dan Honda Winner (RS150R).

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad – Yamaha 125 yang Revolusioner!

Seorang fanatik motosikal di Bien Hoa, selatan Vietnam baru saja menaik taraf 125ZR dengan melengkapkan kapcai itu dengan pelbagai aksesori berjenama yang pasti membuatkan peminat kapcai terliur melihatnya.

Menurutnya, dia menukar banyak komponen dan alat ganti 125ZR asal dengan hanya mengekalkan warna dan grafik asal sahaja. Ubah suai pertama ialah menukar tuil brek Brembo RCS Corsa Corta dan set brek, termasuk reservoir minyak brek dan terotel Domino untuk pecutan lebih lancar dan buas.

Unit brek dinaik taraf dengan kaliper brek Brembo Billet yang dipadankan bersama cakera NG di depan dan Galfer di belakang. Minyak brek kemudian disalurkan menerusi sistem minyak Earl’s dan pad brek untuk ekstra cengkaman ketika membrek pada bila-bila masa.

BACA >>> HLYM Naik Taraf Laman Web Yamaha Malaysia, 125ZR dan FZ150i Selamat Dipencenkan

Rim asal 125ZR digantikan dengan jenama Daytona, manakala set tayar menggunkan Dunlop T900. Walaupun sekali pandang nampak kurang menyerlah berbanding rim asal, tetapi rim Daytona ini sangat ringan dan mampu memberikan tambahan prestasi. Seperti semua tahu, lebih ringan, maka lebih laju.

Komponen paling mahal ialah absorber belakang Nitro dengan kod R3 yang berharga kira-kira 22.5 juta dong (RM3,900)! Walaupun tidak sepopular Öhlins, Nitron memang terkenal sebagai jenama absorber berkualiti tinggi. Antara sebab kenapa pemilik ini memilih Nitron ialah opsyen damper beban yang boleh dikustom mengikut kemahuannya.

Supaya kekal seimbang ketika memecut laju, pemilik kapcai ini tidak lupa menggunakan set damper stereng Matrix. Ini dipasangkan sebagai peranti tambahan yang membolehkan pemiliknya bebas melaraskan tahap ketegaran stereng motosikal.

125ZR ini dijana enjin 2-lejang silinder tunggal 124.3cc berkuasa 17hp dan tork 16.1Nm. Namun bahagian enjin tidak diusik, cuma bertukar sistem ekzos penuh R9, jenama dari Indonesia, dan dikemaskan dengan skru titanium Proti.

Menurut pemilik fanatik 125ZR ini, semua proses modifikasi mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dengan belanja seperti disebut pada mukadimah artikel, iaitu 100 juta dong (RM17,700). Sekarang tambahkan pula dengan harga beli kapcai ini, 250 juta dong (RM44,500). Hah, kiralah sendiri berapa mamat Vietnam ni dah berhabis duit.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

GALERI
bikin motor Bikin Yamaha 125ZR Hobi Kami Malah Modifikasi Vietnam Yamaha Yamaha 125ZR
Aryon

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.