Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

Abang HirataBy Abang Hirata29/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

M-TEC Co., Ltd. yang lebih dikenali sebagai Mugen secara rasmi mengumumkan pelancaran siri komponen aero dan sistem ekzos sport khusus untuk Honda Prelude.

Pengumuman yang dibuat pada 08 Januari 2026 ini bakal menyaksikan barisan produk tersebut mula dipasarkan secara berperingkat melalui rangkaian Honda Cars, pengedar rasmi Mugen, serta kedai aksesori terpilih di seluruh dunia.

Penghantaran produk ini akan bermula secara berperingkat dari 24 April 2026.

Konsep Gliding Sports Coupe

Pembangunan komponen Mugen bagi Prelude ini berteraskan konsep Gliding Sports Coupe yang juga asas untuk Prelude baharu.

Ia direka khusus untuk pemilik yang mementingkan aspek intipati sesebuah kereta iaitu gaya penggayaan dan prestasi pemanduan.

Rangkaian produk ini bertujuan untuk menonjolkan lagi identiti sporty serta sensasi kelajuan yang sinonim dengan jenama Mugen.

Kemasan Karbon dan Aerodinamik

Di antara komponen utama yang diperkenalkan adalah:

  • Bahagian Hadapan: Spoiler bawah depan karbon yang direka untuk menonjolkan garisan melengkung dengan tambahan sirip pada sisi.
  • Bahagian Sisi: Skirt sisi karbon yang berfungsi sebagai aksesori sporti tambahan pada profil sisi kereta.
  • Bahagian Belakang: Terdapat dua komponen utama iaitu spoiler bawah belakang karbon yang membawa kesinambungan reka bentuk dari depan ke sisi, serta difuser bawah belakang karbon yang memberikan imej perlumbaan pada pandangan belakang.
  • Spoiler: Spoiler karbon turut ditawarkan bagi memberikan sentuhan yang lebih agresif pada bahagian but belakang.

Sistem Ekzos Sport

Mugen turut mementingkan aspek bunyi melalui sistem ekzos sport yang ditala secara eksklusif untuk Prelude.

Sistem ini dibangunkan untuk menghasilkan kualiti bunyi yang berkuasa dengan nada bass yang dalam daripada julat RPM rendah sehingga ke tinggi.

Pengguna yang menggunakan ciri Honda S+Shift akan merasai maklum balas bunyi yang lebih linear dan menaikkan semangat pemanduan.

Dari segi kosmetik, bahagian hujung ekzos atau finisher diberikan kemasan hitam bagi memastikan ia kelihatan bersepadu dengan komponen karbon yang lain, sekali gus memberikan kesan visual yang berkualiti tinggi dan premium.

Senarai Produk Mugen Prelude dan Harga

  • Spoiler Bawah Depan Gentian Karbon: 71110-XPD-K0S0, ¥242,000 (RM 6,221.82)
  • Skirt Sisi Gentian Karbon: 75300-XPD-K0S0, ¥330,000 (RM 8,484.30)
  • Spoiler Bawah Belakang Gentian Karbon: 84111-XPD-K0S0, ¥253,000 (RM 6,504.63)
  • Difuser Bawah Belakang Gentian Karbon (Versi Ekzos Mugen): 84120-XPD-K0S0, ¥209,000 (RM 5,373.39)
  • Difuser Bawah Belakang Gentian Karbon (Versi Ekzos Standard): 84120-XPD-K1S0, ¥220,000 (RM 5,656.20)
  • Spoiler But Gentian Karbon: 84112-XPD-K0S0, ¥220,000 (RM 5,656.20)
  • Sistem Ekzos Sport: 18000-XPD-K0S0, ¥341,000 (RM 8,767.11)
Honda Honda Prelude Mugen
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.