Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bikin Tepuk Dahi, Penunggang Sondol Motor Depan, Lancer Sebelah Pula Disalahkan!
Auto Terkini

Bikin Tepuk Dahi, Penunggang Sondol Motor Depan, Lancer Sebelah Pula Disalahkan!

FarahBy Farah25/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKSI seorang penunggang KTM menyondol motosikal di depannya hingga menyebabkan penunggangnya terjatuh membuatkan netizen geleng kepala.

Apa tidaknya, penunggang KTM itu  jelas menunggang agak laju di laluan lalu lintas sesak hingga gagal mengelak motosikal di depan. Lucunya,  pemandu Mitsubishi Lancer sebelah pula yang disalahkan.

BACA >>> Laju Sangat, Treler Beri 'Double Signal' Pun Tak Nampak! Viva Terbalik Dilanggar Belakang

Insiden itu kebetulan dirakamkan kamera pemuka (dashcam) dan dikongsikan Rozlan SaLea di grup Facebook Dashcam Owners Malaysia.

Kelam kabut la mamat dengan motor KTM tu, jauh dari belakang aku dengar ko dok ‘ramp’ ekzos motor ko dengan suasana jalan sesak. Alih-alih ko langgar orang depan, (sape kenal mamat ni?),” kata Rozlan SaLea.

Berdasarkan klip video itu, penunggang tersebut boleh dianggap menunggang melulu hingga terlanggar penunggang wanita di depan yang sedang bergerak perlahan kerana lalu lintas sesak. Pada masa sama, pemandu Lancer di sebelah menyalakan lampu signal belok untuk menukar lorong ke kiri.

Mungkin untuk mengelakkan rasa bersalah, penunggang KTM itu bertindak memarahi pemandu Lancer tersebut. Juga dikongsikan foto penunggang wanita yang cedera kaki.

Apa dosa kereta Lancer tu? Ha ha ha hah, adoii,” kata Fata Frumoasa.

“Yang tak faham, awat dia marah kereta tu? takde salah apa pun kereta tu. Hahaha,” kata Snower Rewons.

“Ko nak marah kereta tu lak. ko yang sodok kak tu,” kata Ariff Asyraf.

BACA >>> Penunggang Tersangkut dengan Motor, Pokok Tumbang di PLUS Senawang
BACA >>> Kymco KRV 180i DDS (2022) Sedia Cabar Yamaha NMAX, Harga RM13k

Auto Terkini kemalangan jalan raya kemalangan motosikal Lancer motor KTM Sodok motosikal depan
Farah

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.