Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BHPetrol Umum 30 Pemenang Peraduan ‘Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya’!
Auto Terkini

BHPetrol Umum 30 Pemenang Peraduan ‘Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya’!

SyafieBy Syafie14/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemenang peraduan 'Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya' 2025 anjuran BHPetrol.
PERADUAN BHPetrol ‘Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya‘ melabuhkan tirai dengan 30 pemenang bertuah membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM200,000!

Majlis penyampaian hadiah berlangsung penuh meriah di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, menyaksikan pelanggan setia BHPetrol diraikan atas sokongan padu mereka.

Hadiah Utama: Perodua Alza Milik Pemenang Bertuah!

Peraduan itu berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2025, terbuka kepada semua pelanggan yang menggunakan BHPetrol eCard dan berbelanja minimum RM40 dalam satu resit sama ada untuk minyak atau barangan kedai.

Berikut senarai hadiah ditawarkan:

Pemenang peraduan 'Isi Minyak & Beli, Menang Bergaya' 2025 anjuran BHPetrol.

  • Hadiah Utama: 1x Perodua Alza
  • Hadiah Kedua: 1x Perodua Axia
  • Hadiah Ketiga: 2x motosikal
  • Hadiah Keempat: 3x RM5,000 tunai + Baucar BHPetrol RM1,000
  • Hadiah Kelima: 3x RM3,000 tunai + Baucar BHPetrol RM1,000
  • Hadiah Saguhati: 20x RM1,000 tunai + Baucar BHPetrol RM1,000

Senarai penuh nama pemenang boleh dilihat di laman rasmi www.bhpetrol.com.my.

BHPetrol Hargai Sokongan Pelanggan Setia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, sambutan diterima sangat menggalakkan sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Promosi itu bukan saja meningkatkan jualan petrol, diesel dan barangan kedai, tetapi menjadi tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami. Kami akan terus menawarkan lebih banyak promosi menarik selepas ini,” katanya.

Sebagai anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), BHPetrol sentiasa komited memberikan nilai tambah kepada pelanggan menerusi ganjaran dan inisiatif mesra pengguna.

Alif Satar & The Locos Gamatkan Majlis

Alif Satar & The Locos

Majlis penyampaian hadiah turut dimeriahkan persembahan eksklusif daripada duta BHPetrol, Alif Satar & The Locos, yang menghiburkan tetamu dan pemenang yang hadir bersama keluarga masing-masing.

Auto Terkini BHPetrol Boustead Petroleum Marketing (BHPetrol) Isi Minyak & Beli Menang Bergaya Peraduan BHPetrol 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.