Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BHPetrol Beri Hadiah Pemenang Peraduan ‘Riang Ria Hari Raya’ Bernilai RM200,000!
Auto Terkini

BHPetrol Beri Hadiah Pemenang Peraduan ‘Riang Ria Hari Raya’ Bernilai RM200,000!

Han OthmanBy Han Othman25/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) hari ini mengumumkan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan ‘Riang Ria Hari Raya’ yang berlangsung pada 1 April hingga 31 Mei 2022.

Peraduan tersebut menawarkan hadiah tunai bernilai hingga RM220,000 kepada 40 pemenang bertuah:

  • Hadiah Utama: RM20,000 untuk 5 pemenang
  • Hadiah Pertama: RM10,000 untuk 5 pemenang
  • Hadiah Kedua: RM5,000 untuk 10 pemenang
  • Hadiah Saguhati: RM1,000 untuk 20 pemenang

BACA >>> Pemenang ‘Fuel-ing Ong’ BHPetrol Dapat Jongkong Emas!

Dalam majlis pengumuman itu, 30 pemenang hadir menerima hadiah daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad di hotel The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

BHPetrol turut menyumbang tunai RM20,000 kepada Jabatan Hal Ehwal Vetera ATM (JHEV) yang diterima Ketua Pegawai Operasi (COO) JHEV, Lt Kol Azwadi Jamian sebagai wakil JHEV. Sumbangan itu adalah komitmen BHPetrol untuk membantu golongan memerlukan, terutama veteran tentera bersara sebagai sebahagian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Peraduan yang berlangsung dua bulan itu mendapat maklum balas menggalakkan daripada pengguna dari semua stesen BHPetrol seluruh negara. Caranya, pengguna perlu mengisi bahan api BHPetrol Infiniti atau buat pembelian di kedai serbaneka BHPetromart dengan pembelian minimum RM30 untuk melayakkan diri menyertai peraduan semudah mengisi borang peraduan atau penyertaan automatik menerusi aplikasi eCard BHPetrol.

Menerusi aplikasi itu juga, ahli boleh menebus mata ganjaran untuk mendapatkan pelbagai hadiah dan item, termasuk bahan api berjumlah RM10 dengan 950 mata ganjaran ePoints.

Ir Azizul berkata;

Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang bertuah hari ini dan melahirkan penghargaan kepada semua pelanggan yang menyertai pertandingan ini. Ini ialah cara kami menghargai pelanggan yang menyokong jenama ini sepanjang tahun. Kami akan terus melaksanakan promosi menarik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami.

Ini sebahagian aktiviti pemasaran syarikat untuk menjana minat dan kesedaran mengenai tawaran sedia ada di 400 stesen BHPetrol seluruh negara.”

Majlis berkenaan turut dihadiri COO BHPetrol, Fardzi Shah Razali, media tempatan dan kakitangan daripada pasukan BHPetrol Retail.

BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
BACA >>> Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?

Auto Terkini BHPetrol BHPetromart BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd Ir Azizul Azily Ahmad peraduan Peraduan Riang Ria Hari Raya BHPetrol Riang Ria Hari Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.