Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 35th Anniversary Edition, Harga RM315k!
Roda4

Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 35th Anniversary Edition, Harga RM315k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA MX-5 (juga dipanggil sebagai Miata atau Roadster) adalah antara model ikonik jenama Jepun yang ada peminat dan pengikut tersendiri di seluruh dunia.

Mula diperkenalkan pada 1989, kereta sport 2-pintu itu kini sudah memasuki generasi keempat dalam tempoh 35 tahun. Untuk meraikan ulang tahun model tersebut, Mazda mengumumkan tawaran model istimewa Mazda MX-5 35th Anniversary Edition.

Mazda MX-5 35th Anniversary Edition ditawarkan dalam dua varian enjin, iaitu 1.5L dengan transmisi manual 6-kelajuan dan 2.0L dengan kotak gear manual atau automatik (kedua-dua jenis 6-kelajuan).

Hari ini, Mazda MX-5 35th Anniversary Edition RF (bumbung keras boleh dibuka) secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia hasil inisiatif pengedar rasminya di Malaysia, Bermaz Motor.

Namun, hanya satu varian Mazda MX-5 35th Anniversary Edition dilancarkan, iaitu 2.0L Skyactiv-G dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Model itu ditawarkan pada harga jualan RM315,000, tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan untuk Semenanjung Malaysia serta dipakejkan waranti lima tahun dan lima tahun servis percuma atau kedua-duanya di bawah jarak perbatuan 100,000km.

Kereta sport itu juga meneruskan falsafah rekabentuk Mazda, Kodo: Soul of Motion dengan setiap aspek diberi penelitian khusus (Jinba-Ittai) untuk memastikan misi pemanduan sempurna dicapai.

MAZDA MX-5 35th Anniversary Edition hadir dengan warna eksklusif Artisan Red Premium iaitu skema warna yang dihasilkan menerusi teknologi mengecat Takuminuri daripada Mazda.

Bahagian luaran kereta sport itu dilengkapi lencana 35th Anniversary Edition di bahagian fender belakang dan rim aloi 17 inci dicat warna Bright Metallic. Cermin sisi juga sama warna dengan badan kereta.

Ruang kabin menerima tona Sports Tan termasuk papan pemuka, karpet dan lantai. Sulaman 35th Anniversary Edition juga tertera di atas karpet dan logo sama juga boleh dilihat pada perehat kepala.

SPESIFIKASI MAZDA MX-5 35TH ANNIVERSARY EDITION

  • Enjin 4-silinder 2.0L Skyactiv-G (1,998cc) DOHC 16-injap dengan VVT dalam sistem pacuan dua roda (2WD).
  • Outpit kuasa 181hp @ 7,000rpm dan tork 205Nm @ 4,000rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan Skyactiv Drive dengan mod syif manual.
  • Kelajuan maksimum 200kmj.
  • Kapasiti tangki minyak 45 liter dengan penggunaan petrol 6.7 liter per 100km, dan gred minimum petrol ialah RON95.
  • Sistem brek cakera setiap roda jenis ventilasi di depan dan solid di belakang.
  • Sistem suspensi double-wishbone di depan dan multilink di belakang.
  • Pengendalian stereng jadi mudah dengan bantuan kuasa elektrik (EPAS).
  • Saiz tayar 205/45, dan tiada tayar ganti, tetapi kit baik pulih tayar diberikan.
  • Dimensi panjang 3,915mm, lebar 1,735mm, dan tinggi 1,235mm, manakala jarak roda 2,310mm.
  • Jarak tinggi bumi 135mm. dan berat kasar 1,143kg.
  • Lampu depan jenis LED Signature dan sistem lampu lain semua LED, termasuk lampu siang (DRL), kecuali lampu kabus belakang (mentol halogen).
  • Kluster instrumen TFT berwarna 4.6 inci dengan paparan multi-info.
  • Ada pedal syif dan tombol penukaran pilihan mod pemanduan.
  • Dua kerusi boleh laras manual dengan material kulit.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 8.8 inci dengan sambungan wayarles untuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada sambungan Bluetooth, dua soket USB Type-C dan sistem audio menggunakan sembilan pembesar suara BOSE.
  • Ada kamera undur dengan garis panduan.
  • Sistem penghidup tanpa kunci dan wiper cermin dilengkapi sensor hujan.

  • Sistem penyaman udara zon tunggal.
  • Teknologi termaju seperti sistem lahu mula-henti (ISS), Kawalan Postur Kinematic dan i-Eloop.

KESELAMATAN

  • Dilengkapi sistem beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang serta beg udara sisi depan.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Peringatan tali keledar
  • Lampu utama LED adaptif
  • Amaran Titik Buta (BSA)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Sokongan Brek Pintar (IBS)
Fusion TIFF File
Fusion TIFF File
bermaz Motor Kereta Sport Mazda MX-5 35th Anniversary Edition Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.