Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
Autotainment

Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

ZYBy ZY22/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu modifikasi yang kerap dilakukan pemilik kereta ialah menukar rim asal kepada rim lebih besar dan lebih lebar seperti daripada 15 inci kepada 16 atau 17 inci. Alasannya, bukan saja sedap mata memandang (nampak lebih sporty katanya), tetapi turut menyumbang kepada penambahbaikan pemanduan jika dilakukan dengan betul.

Bagaimanapun, antara rungutan yang biasa kedengaran selepas melakukan modifikasi begini adalah pemanduan jadi lebih keras kerana tinggi dinding tayar (profil) berkurangan supaya diameter seluruh roda dapat dimuatkan dalam gerbang roda (arc), selain memastikan ralat spidometer masih dalam julat tepat.

Namun, sebelum menyalahkan tinggi profil tayar, adakah anda pasti tekanan angin tayar sudah betul?

Dalam isu ini, pemilik sering menyerahkan saja kepada mekanik kedai tayar untuk menentukan tekanan angin sepatutnya. Namun, tekanan tayar yang ditetapkan mekanik itu biasanya bersifat umum dan belum tentu benar-benar sesuai untuk kereta anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Periksa Tayar yang Bocor Kecil?

CARA TEPAT UKUR TEKANAN ANGIN TAYAR BAHARU

Ada satu cara lebih tepat dan cara ini disarankan sendiri pengeluar tayar terkemuka – Toyo Tires,  iaitu menggunakan kombinasi indeks beban dan tekanan angin tayar yang disarankan pengeluar sesebuah kenderaan.

Bagi mendapatkan angka tersebut, selain buku manual, ia biasanya tertera pada plat atau pelekat di frem pintu bahagian pemandu.

Benar, tekanan angin yang tertera pada plat itu cuma sah untuk saiz tayar asal, dan mungkin sudah tidak boleh digunapakai selepas menukar tayar bersaiz baharu (lebih besar). Tetapi, ada maklumat lain yang perlu anda perhatikan, iaitu ‘Load Index’ atau indeks beban tayar asal.

BACA >>> #TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

Contoh spesifikasi dan tekanan angin tayar asal Proton Persona baharu.

‘Load Index’ merujuk kepada kemampuan tayar menampung kapasiti berat tertentu. Kebiasaannya ditunjukkan dalam angka dua atau tiga digit, bersama satu huruf ‘Speed Rating’, mewakili halaju maksimum yang mampu ditampung tayar tersebut.

Contohnya, tayar asal Persona (2019) mempunyai ‘Load Index’ dan ‘Speed Rating’ = 82H seperti ditunjukkan imej di atas. Jadi, dengan menggunakan maklumat indeks beban dan tekanan tayar asal, kita akan merujuk carta ‘Load Inflation’ yang ditetapkan Pertubuhan Teknikal Tayar dan Rim Eropah (ETRTO) di bawah.

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?

Klik gambar untuk zum.

Sekali lagi Persona (2019) sebagai contoh, sedan subkompak ini didatangkan saiz tayar standard 185 (lebar) / 55 (nisbah tinggi tayar) / R15 (panjang jejari roda), termasuk indeks beban dan rating halaju (load index + speed rating), 82H. Ditulis: 185/55 R15 82H

Tekanan angin disarankan Proton untuk spesifikasi tayar standard untuk beban rendah (1-3 penumpang) ialah 30PSI (depan) dan 28PSI (belakang).

Berdasarkan maklumat ini, silang semak beban yang mampu ditampung setiap tayar adalah seperti berikut:

  • Beban depan – 915lbs (415kg) @ 30PSI
  • Beban belakang – 838lbs (380kg) @ 28PSI

Mari kita anggap pemilik Persona mahu menukar rim baharu bersaiz 16 inci, dengan tayar 195/50 R16 (antara saiz pilihan popular). Dengan menjadikan tayar Toyo Proxes TR1 sebagai sampel, tayar baharu ini mempunyai load indeks + speed rating = 84V. Ini bermakna tayar ini mampu menampung beban lebih tinggi daripada tayar asal.

Semak semula jadual di atas dengan memadankan beban paling hampir pada baris beban 84. Sekarang anda akan dapat tekanan tayar baharu untuk Toyo Proxes 195/50 R16 seperti berikut;

  • Tekanan depan – 29PSI
  • Tekanan belakang – 26PSI

KESIMPULAN

Ingat, angka tekanan tayar ini merujuk kepada situasi ‘sejuk’, kebiasaannya sekitar pagi atau malam, dengan jarak pemanduan 1km atau kurang. Jika angin perlu diisi luar kondisi tersebut, anda disarankan melebihkan sedikit tekanan angin sekitar 30kPa atau 4PSI, mengikut saranan pengeluar jika tertera pada plat.

Selain itu, tekanan angin saranan pengeluar juga lebih menumpukan kepada keselesaan dan tidak mengambil kira faktor halangan tambahan seperti kondisi permukaan jalan dan kualiti binaan tayar misalnya. Jika anda rasa tekanan angin yang diperoleh terlalu rendah untuk tayar baharu, sebaiknya ikut saranan pengeluar dan ubah sedikit demi sedikit jika perlu.

Akhir sekali, carta di atas cuma boleh diguna pakai untuk tayar biasa kenderaan penumpang. Jika anda memandu kenderaan berat atau komersial, atau menggunakan tayar jenis reinforced (XL), sila rujuk jadual selanjutnya pada pautan di bawah. Selamat mencuba!

SUMBER: Application of Load and Inflation Tables – Toyo Tires

 

ETRTO European Tyre and Rim Technical Organisation (ETRTO) load index Pertubuhan Teknikal Tayar dan Rim Eropah (ETRTO) Speed Rating tekanan angin tip kereta Tukar tayar
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
View 14 Comments

14 Comments

  1. RAZLIE on 15/06/2020 21:47

    untuk tekanan tayar bersaiz 205/40/17,berapa tekanan angin yg paling sesuai?

    Reply
  2. lionel raoh on 09/07/2020 18:06

    Brapa tekanan angin utk tayar 205/45/17..boleh tolong info sya

    Reply
  3. Sahrizal Sarman on 01/10/2020 21:39

    Mohon pencerahan tekanan angin tayar 4×4 ( saiz 265/55/20 – 113T).

    Reply
  4. Azrul Azahar on 27/12/2020 18:48

    still xfhm..sory..Untuk tayar saiz rim 17 225/45 berapa yg sesuai?

    Reply
  5. Ammar Salahudin on 15/06/2021 17:43

    175/65R14

    Reply
  6. Akmal on 25/07/2021 01:35

    Mula2 kite kena tahu berapa lbs utk tayar standar kilang size 185/55 r15 82H yg ada dekat sebelah pintu mcm cth yg diberi 30psi tayar depan..28psi tayar belakang..bila tgk jadual 82h(load index) 30psi lbs ialah 915lbs utk tayar depan..dan lbs tayar belakang 838lbs…

    Bila kite tukar tayar atau sportrim size baru cth 195/55 r15 85v..kite tgk jadual load index 85 dan cari lbs paling dekat dgn 915lbs(beban tayar standard kilang) utk lbs tayar depan..jawapan utk load index 85..915lbs tekanan tayar depan ialah 28psi..utk tayar belakang beban tayar standard kilang ialah 838lbs..tekanan tayar belakang ialah 25psi..ni apa yg saya faham..

    Reply
  7. Mahathir on 19/09/2021 12:27

    Berapakah angin perlu diisi utk tyr 205/45/R16 HANKOOK V12….?

    Reply
  8. Khaidir on 01/11/2021 22:52

    Maaf saya masih lagi blur² untuk tekanan angin tayar.
    Boleh saya tahu berapa tekanan angin sesuai untuk
    Tayar 195/50/r15

    Reply
  9. Suba on 09/12/2021 21:27

    Hi…saya tak tahu cara tekanan angin tayar
    Boleh saya tahu berapa tekanan angin sesuai untuk 185/60r14

    Reply
    • AO on 22/12/2021 20:22

      Baca manual

      Reply
  10. Zulkhairi on 03/02/2022 14:26

    Berapa tekanan tayar untuk saiz 35/15.5/24.
    Tayar MT

    Reply
  11. Mohd shukry on 25/04/2023 12:16

    Berapa tekanan tayar untuk saiz 235/55/r18?

    Reply
  12. zulkipli b. pawi on 15/01/2024 12:11

    Berapa tekanan angin sesuai untuk saiz 195/45/16

    Reply
  13. A-Y on 22/12/2024 16:20

    Untuk lebih lengkap lagi, cuba lihat informasi di pintu bahagian pemandu.. di situ ada tulis TIRE LOADING INFORMATION.
    Contoh :
    TIRE SIZE – FRONT – REAR
    175/65R14 82H – 230 kPa – 210kPa

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.