Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Mulliner Batur (2023) dengan 210g Emas 18 Karat Ini Berharga RM8.8j!
Roda4

Bentley Mulliner Batur (2023) dengan 210g Emas 18 Karat Ini Berharga RM8.8j!

Abang HirataBy Abang Hirata27/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENTLEY Mulliner Batur
hanya dibuat 18 unit, tetapi semua sudah habis dijual. Tahukah anda, berapakah harga model itu? £1.65 juta (RM8.86 juta), tidak termasuk cukai dan opsyen lain.

Antara keunikan Bentley Mulliner Batur adalah pada komponen yang dibuat daripada emas menggunakan cetakan tiga dimensi (3D). Proses itu dikatakan pertama seumpamanya digunakan dalam industri automotif.

BACA >>> Inilah Bentley Bacalar yang Paling Murah, Cuma RM540 Sahaja!
BACA >>> #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!

Teknik dipanggil pembuatan aditif (AM) itu melibatkan tambahan hingga 210 gram emas 18 karat pada dalaman kereta. Penggunaan emas itu dijadikan pilihan pembelian dan diguna pada Charisma Dial, iaitu frem punat tekan mula-henti. Penanda atas stereng dan punat ventilator penyaman udara Organ Stop juga daripada emas.

Bagi komponen berharga itu, Bentley Mulliner bekerjasama dengan syarikat emas terkenal, Cooksongold yang berpangkalan di Birmingham, England.

Seperkara diberi perhatian, emas tersebut diperoleh secara lestari menerusi proses kitar semula barang kemas lama yang dihancurkan kepada serbuk halus untuk proses cetakan 3D. Kesannya lebih baik kepada alam sekitar kerana tiada proses perlombongan baharu berlaku.

Setiap komponen emas 3D dalam Bentley Mulliner Batur direka secara digital menggunakan kaedah rekabentuk berbantu komputer (CAD), manakala proses seterusnya melibatkan cetakan dengan pencairan laser.

Kemudian, komponen itu disiapkan pasukan artisan menggunakan teknik tradisional bagi mendapatkan hasil dan kualiti yang sinonim dengan jenama Bentley. Bentley Mulliner Batur ialah model paling laju pernah dihasilkan Bentley dalam sejarah 103 tahun pengeluar itu.

Model ultra premium ini dijana enjin W12 6.0L turbo kembar berkuasa 738hp dengan casis kereta dilengkapi diferensial gelincir terhad elektronik (eLSD), stereng putaran empat roda dan bar antioleng aktif elektrik 48V.

Selain emas, Bentley Mulliner Batur juga boleh dilengkapi komponen daripada titanium, komposit serat semula jadi dan kulit karbon rendah daripada sumber dari Scotland.

BACA >>> #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!
BACA >>> Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!

Bentley Bentley Batur Bentley Mulliner Batur Cooksongold Mulliner Batur Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.