Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bengang Parkir ‘Tak Sekolah’, Individu Ini Lukis Cara Betul Letak Kereta
Auto Terkini

Bengang Parkir ‘Tak Sekolah’, Individu Ini Lukis Cara Betul Letak Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAMPIR setiap pemandu pernah mengalami situasi terpaksa memandu sekeliling kawasan parkir untuk mencari petak kosong sebelum terjumpa sebuah kereta diparkir dengan mengambil ruang dua lot kosong.

Ada banyak kes tular menunjukkan individu meninggalkan nota meluahkan rasa marah disebabkan sikap parkir ‘tak sekolah’ itu. Tetapi cara lelaki ini nyata unik dan lucu kerana bertindak melukis cara sebenar hendak memarkir kereta.

BACA >>> Tenang Habis!!! Wanita Tumbangkan Palang Parkir Siap Tangkap Gambar
BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir

Lukisan itu dikongsi Reddit daripada @MrReallyBadGamer yang mendakwa nota itu ditemui atas sebuah kereta di sebatang jalan.

Lakaran menunjukkan dua imej, iaitu barisan kereta yang diparkir dalam kotak parkir sebagai cara betul, manakala satu lagi adalah imej sebenar kereta suspek yang salah parkir dengan diberikan rating 2/10. Lukisan tersebut siap ditulis nota:

2/10 untuk usaha. Perlu tingkatkan usaha.”

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada juga mengkritik lukisan tersebut kerana imej ditunjukkan tidak menyediakan ruang secukupnya untuk pemandu lain keluar dengan selamat.

Maksud aku, kalau kamu cerewet sangat, kamu dah tunjukkan susunan kereta di atas secara teknikal juga tidak diparkir betul. Ini kerana anda patut parkir lebih rapat ke garisan sebelah kiri.

“(Jika) semua orang buat macam ini, semua orang ada ruang cukup untuk keluar. Masalah berlaku sebab tak ada sesiapa buat benda ni. Kita semua terpaksa berhimpit dan menyelit di ruang sempit antara kereta semasa mahu keluar (atau masuk).”

Ada juga netizen lain mempertahan cara pemilik kereta yang memarkir atas garisan antara dua lot parkir dengan mengatakan mahu melindungi cat keretanya.

Mereka sengaja parkir macam tu supaya orang lain tak buka pintu masing-masing dan rosakkan cat kereta.”

BACA >>> Pemandu Persona Bikin Geram, Parkir Sebelah Pam Minyak, Tapi Keluar Beli McD
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Elak Kereta Panas Berbahang Apabila Parkir di Luar
BACA >>> RS-X Tinggal Rangka Dikerjakan, Parkir Motor di Kuarters Kerajaan Pun Sudah Tak Selamat
BACA >>> Parkir Lebih Setahun, Caj Cecah Lebih RM14k, Polis Buru Pemilik HR-V

SUMBER: NYPost

Auto Terkini Cara Parkir Betul Cara Parkir Kereta Parkir Tak Sekolah Roda4 Sikap Pemandu Parkir Kenderaan Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.