Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benelli RFS150i LIMITED EDITION – Terhad 5k Unit Sahaja, Siap Nombor Siri dan Sijil Khas!
Auto Terkini

Benelli RFS150i LIMITED EDITION – Terhad 5k Unit Sahaja, Siap Nombor Siri dan Sijil Khas!

AryonBy Aryon15/01/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminat super moped di Malaysia, Benelli RFS150i kini menampilkan varian LIMITED EDITION dengan grafik baharu yang dikeluarkan 5,000 unit sahaja. Skema warna baharu super moped ini diilhamkan daripada warna bendera Itali yang menjadi tempat asal jenama Benelli.

Setiap pembelian RFS150i LIMITED EDITION akan diberikan sijil ketulenan khas yang ditandatangani Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali, Marco Bellucci, dengan nombor siri akan diimprin pada badan motosikal.

ENJIN BERKUASA, CIRI MENARIK

Monoshock Kayaba (KYB)
Enjin 150cc dengan 3 Palam Pencucuh.
Fork USD 40mm dan Kaliper Brek 2-Piston

Dari segi mekanikal, RFS150i dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc SOHC berkuasa 15.5hp @ 8,500rpm dan tork 13Nm @ 7,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Penggunaan tiga palam pencucuh ialah ciri unik yang mampu memastikan kapcai ini beraksi pada tahap optimum dengan kelajuan maksimum mencecah 135kmj pada rev 9,000rpm!

Kapasiti tangki bahan api 4.8 liter ialah terbesar dalam kelas super moped, dengan jarak perjalanan sejauh 120km untuk tunggangan dalam bandar, malah mampu pergi lebih jauh jika menunggang santai.

BACA >>> Lepas Lenjan 1,200km, Inilah Komen Saya Mengenai Benelli RFS150i

RFS150i juga satu-satunya kapcai yang dipasangkan fork terbalik (USD) 41mm secara standard, manakala sistem suspensi belakang menggunakan monoshock Kayaba (KYB) boleh laras. Panel meter menggabungkan ciri analog dan digital pada panel LCD, manakala lampu utama menggunakan teknologi LED, siap dengan lampu siang (DRL).

Kuasa henti RFS150i digalas brek cakera 240mm dengan kaliper 2-piston untuk roda depan dan brek cakera 220mm dengan kaliper 1-piston di belakang. Berat keseluruhan jentera ialah 126kg.

DAPAT HADIAH PERCUMA, CABUTAN BERTUAH


Menariknya, anda berpeluang mendapat hadiah percuma berupa jersi Benelli jika mendaftar pembelian RFS150i secara atas talian yang terhad kepada 500 helai sahaja. Siapa cepat dia dapat! Jika tidak sempat pun, peluang masih ada kerana setiap pendaftaran atas talian akan melayakkan diri menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah jaket Benelli, terhad untuk tiga pemenang sahaja!

* Penebusan hadiah untuk jersi percuma dan cabutan bertuah hanya layak untuk pendaftaran RFS150i di JPJ pada tarikh 24/12/2018 – 03/02/2019

Harga jualan cuma RM7,488 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Jadi, tunggu apa lagi! Sila kunjungi kedai motor dan pengedar sah Benelli seluruh Malaysia sekarang! Baca maklumat lengkap tentang RFS150i di SINI!


SPESIFIKASI

BENELLI RFS 150i

ENJIN DAN TRANSMISI

Sesaran: 149.8cc
Jenis: 157FMJ-3, silinder tunggal, SOHC, 4 injap, penyejukan cecair, 3 palam pencucuh
Gerek x Lejang: 57mm x 58.7mm
Kuasa Maksimum: 15.1hp @ 8,500rpm
Tork Maksimum: 13Nm @ 7,000rpm
Nisbah Mampatan: 11.3:1
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI) DELPHI
Pencucuh: TLI
Penghidup: Elektrik
Transmisi: Manual 6-Kelajuan, klac basah multiplat

DIMENSI

Berat: 126kg
Tinggi Pelana: 787mm
Panjang x Lebar x Tinggi: 2,021mm x 764mm x 1,267mm
Kelegaan Bumi: 160mm
Jarak Roda: 1,325mm

CASIS DAN DIMENSI

Frem: Stradel
Suspensi: Fork terbalik (USD) dan travel 88mm (depan); Teleskopik spring koil redaman minyak Kayaba, monoshock dan travel 27mm (belakang)
Tayar: 70/90-17 (depan); 120/70-17 (belakang)
Brek: Cakera 240mm (depan); Cakera 220mm (belakang)

SPESIFIKASI LAIN

Berat Keseluruhan: 126kg
Kapasiti Tangki: 4.8 liter
Bateri: 12V6AhYTX7L-BS

Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad Kini Di Malaysia
benelli Benelli RFS 150iLE Kapcai Kapcai Super Super Kapcai super moped
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Mohd nor zaini bin A.ghani on 01/01/2019 02:07

      I need..inovative bike

      Reply
    2. tanoi mohammad on 29/10/2020 15:21

      betul ka benelli ni banyak masaalah. cepat rosak…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.