Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?
Autotainment

Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

Han OthmanBy Han Othman01/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEDAL syif @ pedal anjakan (paddle shift) boleh dikatakan sudah menjadi ciri biasa transmisi semi automatik bagi kebanyakan kereta moden hari ini. Ada dua cara menggunakan pedal syif, iaitu secara auto dan manual. Bagi auto, anda boleh mengetik pedal syif sama ada menaikkan atau menurunkan gear pada posisi auto (D – 3- 2). Sebaliknya, transmisi manual memerlukan anda memasukkan gear kepada posisi manual (M) yang memberikan anda kawalan penuh ke atas kereta menerusi penggunaan pedal anjakan.

Isunya, jika mod manual digunakan, apakah kereta anda berdepan risiko kerosakan jika pedal syif diturunkan secara drastik daripada gear tinggi kepada rendah, misalnya gear lima kepada satu?

JAWAPAN – TIDAK ROSAK

Anda sama sekali tidak akan merosakkan kereta dengan memilih melakukan pertukaran gear menggunakan pedal syif. Alasan bagi jawapan ini ialah sistem komputer yang mengawal transmisi tidak akan mudah membenarkan anda memilih gear tidak sepadan dengan kelajuan kereta atau rev enjin.

Tidak percaya? Anda boleh cuba turunkan gear secara drastik ketika sedang memandu laju di lebuh raya. Apa yang akan berlaku ialah gear anda mungkin tersekat pada pilihan gear ketiga sahaja. Kereta anda akan berbunyi atau mengelipkan cahaya, tetapi tetap tidak akan membenarkan anda menurunkan gear yang melampaui had rev.

Dalam situasi lain pula, jika anda sedang memecut dan kekal dalam gear dua, kereta anda mungkin secara automatik akan bertukar kepada gear tiga sekiranya anda tidak melakukan sesuatu. Ataupun pengehad rev akan ‘menendang’ semula kelajuan enjin, sekali gus menjadikan kereta anda berat, berbunyi bising dan tidak sedap dipandu. Apapun, situasi berkenaan masih tidak mampu merosakkan kereta anda.

Sebagai tip, anda sebenarnya tidak perlu pun menggunakan pedal anjakan. Kotak gear moden hari ini direka cukup pintar untuk memilih gear rendah apabila diperlukan. Brek kereta moden pula cukup bagus untuk tidak memerlukan bantuan brek (BA) dalam hampir semua situasi. Ini kerana transmisi akan bertukar kepada gear rendah secara automatik untuk membantu tugasan membrek.

Lagipun, tiada faedah langsung dan tidak munasabah pula jika anda menurunkan gear ketika kereta sedang bergerak perlahan. Ini kerana gear rendah akan bertukar sendiri walaupun kereta anda berada dalam kawalan mod manual.

Sebenarnya, pedal syif tidak ubah seperti peranti pemasaran untuk membuatkan pemiliknya rasa seperti seorang pemandu sejati selain memberikan fiil seperti memandu kereta lumba. Walhal faktanya, pemanduan normal tidak terdesak memerlukannya. Jika digunakan pun, penggunaannya tetap kurang berbanding memandu menggunakan cara automatik biasa.

SUMBER: PracticalMotoring

autotainment cara guna pedal anjakan kotak gear rosak paddle shift pedal anjakan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

1 Comment

  1. Alson P on 15/12/2020 15:41

    Ye… Benar sekali.. walaupun Dalam mode manual, gear tetap bertukar secara automatic apabila rev terlalu rendah atau terlalu tinggi… Saya sudah mengalaminya…
    Manumatic semakin pintar

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.