Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
Sembang Deras

#SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

Han OthmanBy Han Othman22/01/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELALU juga kita terbaca dan terdengar kenyataan tentang tindakan mengecas telefon pintar menggunakan palam USB atau soket kuasa 12V (pencucuh rokok) boleh menyebabkan gajet elektronik kita itu rosak. Katanya, cas elektrik jenis arus terus (DC) adalah tidak stabil berbanding arus ulang-alik (AC) di rumah.

Jadi ia memberi kesan buruk ke atas telefon pintar untuk jangka masa panjang. Benarkah?

Sekarang kami kongsikan status Pengarah Zytech Synergy Sdn Bhd, yang juga seorang jurutera, Wan Amir tentang isu tersebut.

‘Charging’ Telefon Dalam Kereta Merosakkan Bateri Telefon?

Menurut beberapa artikel, ada mengatakan mengecas telefon mengguna palam USB dan soket kuasa (cigarette lighter point) akan merosakkan telefon dengan alasan ia disebabkan kuasa arus terus (DC) daripada bateri yang tidak stabil berbanding kuasa arus ulang alik (AC) yang kita guna di rumah.

Sebenarnya kurang tepat.

 

Bekalan bateri kereta ialah 12V, tidak menganggu cas bateri telefon pintar kita, malah tidak beri kesan pun berbanding kaedah biasa. Jika bekalan tidak stabil, masakan unit kawalan elektronik (ECU) kereta dapat berfungsi baik tanpa gangguan kerana ECU ialah ‘brain’ kepada sesebuah kereta.

Sebelum saya terangkan lebih dalam perkara ini, kita fahamkan dulu formula V=IR. Arus (Ampere) kita andaikan sebagai berapa besar batang paip air kat rumah kita. Voltan pula kita andaikan berapa tekanan air dalam paip tersebut.

Lagi besar paip, maka lagi banyak air yang kita dapat. Begitu jugalah mengecas telefon, makin tinggi arus (ampere) makin cepat bateri telefon tersebut dicaskan. Standard fius untuk soket kuasa ialah 12V dan 10A. Boleh dikatakan cukup besar untuk menampung input telefon pintar yang menggunakan cuma 5V dan arus dalam 1.0A – 4.5A.

Persoalan stabil atau tidak mengecas telefon menggunakan palam USB atau soket kuasa sudah terjawab. Malah, kuasa bateri kereta sudah mencukupi untuk menampung proses mengecas telefon tersebut.

BACA >>> 10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta

Persoalan kedua, adakah ia tidak menjejaskan bateri kereta?

Penggunaan bateri telefon terlalu kecil berbanding kapasiti bateri kereta dan tiada masalah untuk mengecas telefon ketika memandu. Ketika enjin kereta tidak hidup, kereta keluaran terbaharu akan memutuskan bekalan bateri kepada USB dan soket kuasa, maka tiadalah pengaliran cas berlaku.

Persoalan ketiga, kenapa proses cas telefon menggunakan palam USB port atau soket kuasa cukup perlahan?

Sebagai makluman, kebanyakan kenderaan menggunakan palam USB dengan kemampuan purata cuma 0.5A yang tidak bersesuaian dengan input yang diperlukan telefon pintar. Maka, ia jadi sangat perlahan dan telefon jadi panas. Di sini silapnya kerana teknologi telefon pintar hari ini terlalu pantas berbanding kereta. Telefon pintar  menggunakan ampere lebih besar berbanding telefon model terdahulu.

Bukan kerana bateri kereta ataupun sistem kereta yang tidak mampu membekalkan kuasa, tetapi palam USB yang digunakan tidak bersesuaian. Sama juga kes apabila menggunakan pengecas soket kuasa, pastikan guna pengecas soket kuasa yang ada kapasiti arus (Ampere) tinggi dan bersesuaian dengan telefon pintar kita.

Adapter Huawei
Adapter Samsung
Adapter iPhone

Palam USB atau pengecas soket kuasa tidak ubah seperti adapter pengecas telefon kita di rumah. Jika kita menggunakan adapter yang salah atau kurang sesuai, cas akan  sangat perlahan dan merosakkan telefon kita. Begitu juga pemilihan pengecas telefon pintar kereta pun mestilah bersesuaian. Bukan tangkap muat, beli harga RM10 walhal kemampuan cuma 1.0A atau kurang.

Antara faktor lain ialah kabel pengecas mesti mampu menanggung arus seperti standard telefon kita. Kesimpulannya, mengecas telefon pintar dalam kereta adalah selamat dan tidak merosakkan telefon sekiranya menggunakan pengecas dan kabel yang bersesuaian.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Tengok adapter original telefon anda, berapakah input ampere yang diperlukan? Dan carilah pengecas kereta yang mempunyai spesifikasi hampir sama dengan asal.

autotainment Cas Telefon Pintar Palam USB Pengecas USB sembang deras tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026

2 Comments

  1. badrul on 05/12/2020 13:51

    Boleh tak kita guna pengecas kereta untuk power supply 12v1amp wifi tepeater

    Reply
    • AO on 06/12/2020 08:56

      Boleh, asalkan tak lebih kuasa digunakan

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.