Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!
Auto Terkini

Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!

Han OthmanBy Han Othman16/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia
memperkenalkan program khas untuk membantu pelanggan D-Max dengan menawarkan manfaat moratorium bagi bayaran ansuran kenderaan baharu yang dibeli bermula 1 Jun hingga 31 Ogos ini.

‘Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu’ ialah program pertama seumpamanya dalam segmen trak pikap negara ini yang memberi ruang kepada pelanggan untuk menjana pendapatan dengan mengoptimumkan penggunaan Isuzu D-Max untuk kerja sepanjang tempoh penangguhan tiga atau enam bulan tersebut.

BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Masayuki Suzuki berkata, matlamat moratorium ditawarkan adalah membantu rakyat Malaysia menyambung dan meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pemulihan dengan memanfaatkan khidmat D-Max yang cekap dan versatil.

Kenderaan yang berkemampuan, reliabel dan tahan lasak adalah aset berharga, dan sebuah trak pikap memenuhi keperluan ekonomi seperti itu bagi kegunaan individu atau organisasi. Dengan menawarkan moratorium ini, Isuzu berharap pelanggan dapat kembali kepada keadaan normal seperti sebelum ini secepat mungkin,” kata Masayuki.

Kempen moratorium itu adalah hasil kerjasama antara Isuzu Malaysia dengan Public Bank Berhad yang membabitkan hampir semua model dalam barisan D-Max sedia ada dengan jumlah pinjaman hingga 90 peratus bagi tempoh maksimum 84 bulan.

Jumlah minimum pinjaman yang layak untuk kempen tersebut ialah RM20,000. Pelanggan boleh memilih model D-Max yang sesuai dengan keperluan dan peruntukan masing-masing.

D-Max terkenal dengan reputasi sebagai antara model trak pikap paling tahan lasak dan jimat bahan api dengan kemampuan yang sudah terbukti. Model ini pernah menyertai trip ekspedisi off-road Borneo Safari sejak 14 tahun lalu. Malah, pernah mengharungi perjalanan jarak jauh dari Bangkok ke Singapura dengan hanya satu tangki diesel sahaja.

Barisan D-Max baharu kini dilengkapi enjin 1.9L Blue Power, iaitu trenkuasa berteknologi maju dengan kapasiti paling kecil dalam segmen trak pikap setakat ini. Ini membolehkan trak pikap ini menikmati bayaran cukai jalan paling murah bagi kenderaan dalam segmen sama.

Enjin D-Max juga terbukti memberikan prestasi seperti diharapkan dengan menawarkan tahap kecekapan bahan api lebih baik berbanding varian 2.5L terdahulu.

Baru-baru ini, D-Max 1.9L Single Cab menunjukkan kemampuan mengharungi cabaran laluan empat puncak tertinggi Semenanjung Malaysia dengan membawa muatan seberat satu tan membabitkan jarak perjalanan 1,145km dengan diesel yang masih berbaki dalam tangki, sekali gus membuktikan model itu sebagai kenderaan serba guna yang lasak dan reliabel.

Senarai lengkap barisan D-Max dan pengedar berdekatan boleh layari: Isuzu.net.my atau kunjungi laman FB ISUZU.DMax.Malaysia

BACA >>> Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari
BACA >>> Isuzu D-Max (2020) Generasi Ketiga Serba Baharu Debut di Thailand

Auto Terkini Isuzu Isuzu Malaysia Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu Moratorium Public Bank Berhad Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Sukan Permotoran

Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

14/03/2026
Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.