Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Baru Diperkenal di Jepun, Mazda2 (2023) Menyusul pula di UK, Harga Mula RM94.5k
Roda4

Baru Diperkenal di Jepun, Mazda2 (2023) Menyusul pula di UK, Harga Mula RM94.5k

Abang HirataBy Abang Hirata15/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA2 generasi ketiga sudah dipasarkan sejak 2014 dan ditawarkan di banyak negara termasuk pasaran tempatan.

Dikeluarkan dalam gaya badan hatchback dan sedan, Mazda2 turut dijenamakan sebagai Toyota Yaris iA Sedan dan Yaris Hatchback.

BACA >>> Spesifikasi Mazda2 (2021) Facelift Thailand, Harga Mula RM73k
BACA >>> Mazda2 (2020) Facelift dengan Gaya Ala Mazda6 Kini Buka Tempahan di Jepun

Selepas beberapa tahun di pasaran, model versi dipertingkat (facelift) diperkenal pada 2018 dengan imej lebih premium berbanding sporty sebelum itu.

Kini Mazda sekali lagi mengemas kini Mazda2 yang tampil funky dengan personaliti tersendiri. Seperti dinyatakan, ini kali ketiga Mazda2 membawa tema berbeza.

Diperkenal di Jepun Januari tahun ini, Mazda mengumumkan jualan Mazda2 di Britain bermula penghujung musim luruh ini (Mei atau Jun).

Perubahan paling jelas Mazda2 (2023) ialah frem gril dan corak bampar disepadu yang nampak seperti misai. Trend kereta sekarang memang begini, bahagian depan perlu jadi satu ‘statement’.

Mazda2 (2023) kekal menggunakan enjin 1.5L daripada model 2022 yang dinaik taraf. Sebagai contoh, nisbah mampatan dinaik taraf dari 13.1 kepada 15:1,manakala manifold ekzos 4-1 kepada 4-2-1.

Mazda2 Pasaran Britain

Ada empat varian: Centre-Line, Homura, Exclusive-Line dan Homura Aka.

Varian Centre-Line dan Exclusive-Line membawa imej seronok dan kasual, manakala Homura dan Homura Aka lebih sporty dan berkarakter.

Ada panel hiasan papan pemuka baharu, termasuk dua warna baharu, Aero Grey (kelabu) dan Air Stream Blue (biru).

Dilengkapkan fungsi navigasi dan konektiviti wayarles dengan fungsi Apple CarPlay, dan Bluetooth. Juga disediakan ciri Kawalan Jelajah.

Harga bermula £17,750 (RM94,570).

Mazda2 Centre-Line dan Exclusive-Line

Tampil dengan gril berserta panel bertutup. Sayap gril diwarna hitam kilat.

Model dengan warna Soul Red Crystal, Snowflake White, Platinum Quartz, dan Polymetal Grey Air Stream Blue menggunakan panel gril yang sama warna.

Model warna Machine Grey, Deep Crystal Blue, Ceramic Metallic, Jet Black dan Aero Grey pula mendapat panel gril warna Jet Black.

Ada lekapan panel kecil kuning pada bampar depan dan belakang. Varian Centre-Line (foto atas) dipasangkan rim aloi 15 inci perak, manakala Exclusive-Line mendapat rim 16 inci.

Panel papan pemuka warna pudina (mint) untuk badan Air Stream Blue dan Ceramic Metallic. Model dengan warna badan Soul Red Crystal, Snowflake White, Platinum Quartz dan Polymetal Grey menggunakan panel papan pemuka Pure White. Warna badan lain dipadankan panel hitam bercermin.

Mazda2 Homura dan Homura Aka

Menampilkan gril corak sarang lebah (honeycomb) dengan panel kecil merah dan pada bampar belakang, cermin sisi warna hitam kilat, dan rim aloi 16 inci.

Mazda2 Homura

Mendapat kerusi fabrik hitam, aksen merah, panel papan pemuka hitam kilat, ventilator udara merah, dan rim aloi 16 inci hitam.

Mazda2 Homura Aka

Tampil dengan bumbung hitam kilat, kerusi semi-kulit dengan kemasan merah, panel pemuka jenis sentuh lembut hitam dan sulaman benang merah.

Bahagian stereng dibalut kulit dengan sulaman merah dan ada ciri pemanas. Antena bumbung jenis sirip yu hitam, manakala rim aloi 16 inci hitam dalam warna perak metalik.

Trenkuasa dan Pengendalian

Varian Centre-Line mendapat enjin 1.5L berkuasa 73hp dan 88hp, manakala varian Homura dijana enjin 1.5L berkuasa 88hp.

Varian Exclusive Line ditawarkan transmisi automatik dan manual, manakala Homura Aka dengan enjin 1.5L  (88hp dan 113hp) menggunakan transmisi automatik (manual mendapat kuasa 88hp).

Semua model manual kecuali Centre-Line (73hp) menggunakan trenkuasa hibrid ringan (MHEV) M dengan logo e-SkyActiv G. Juga dilengkapkan ciri pemvektoran tork G-Vectoring Control Plus (GVC Plus).

Mazda2 (2023) pasaran Britain juga dijual bersama Mazda2 Hybrid (foto atas) yang dijenamakan semula daripada Toyota Yaris Hybrid.

BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan ‘Corner’!

Mazda2 (2023) Pasaran Jepun
hatchback mazda Mazda UK Mazda2 Mazda2 2023 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.