Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bajaj NS200 BS6 Kini Patuh BS6, Enjin Lebih Berkuasa
Roda2

Bajaj NS200 BS6 Kini Patuh BS6, Enjin Lebih Berkuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAJAJ kini cuba menaik taraf semua barisan produk Pulsar dalam usaha mematuhi standard piawaian emisi BS6, dan salah satu daripada model itu ialah Pulsar NS200.

Pulsar NS200 BS6 dilancarkan pada harga 124,006 rupee (RM7,07o), iaitu lebih mahal 11,000 rupee (RM627) daripada produk sama standard BS4. Namun, apa yang perlu diketahui, bayaran tambahan itu membolehkan pembeli mendapatkan prestasi enjin lebih berkuasa berbanding model terdahulu.

Pulsar NS200 BS6 dipacu enjin 4-injap silinder tunggal 199.5cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 24.5bhp @ 9,750rpm dan tork 18.6Nm @ 8,000rpm, berbanding angka kuasa lama, 23.2bhp dan tork 18.3Nm. Kelajuan maksimum pula ialah 136kmj, manakala kapasiti tangki 12 liter.

BACA >>> Modenas Perkenal Pulsar NS200 ABS, Harga RM9,655 Sahaja

Selain itu, Pulsar NS200 BS6 ini juga kini menggunakan teknologi sistem suntikan bahan api (FI) bagi menggantikan sistem karburator versi BS4, sekali gus menambah baik prestasi streetbike ini. Bagaimanapun, kotak gear klac manual 6-kelajuan dikekalkan.

Sistem brek juga masih sama, jenis cakera petal apung 280mm di depan dan 230mm di belakang  untuk kedua-dua roda, dan begitu juga sistem suspensi, fork teleskopik di depan dan monoshock Nitrox Mono di belakang.

Bajaj memilih mengekalkan aspek rekabentuk asal Pulsar NS200 BS6 seperti model terdahulu dengan lampu utama kompak dan fasia agresif, mirip generasi lama Honda CB1000R Hornet. Karakter lain seperti tangki minyak berlekuk tajam dan ekor gaya tipikal streetfighter juga dipelihara.

Pulsar NS200 BS6 didatangkan dengan empat pilihan warna: Graphite Black (hitam), Mirage White (putih), Wild Red (merah) dan Fiery Yellow (kuning). Model ini nampaknya akan bersaing secara langsung dengan TVS Apache RTR 200 4V, yang juga model buatan India.

BACA >>> Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200

SUMBER: BikeWale

bajaj Bajaj Auto Bajaj India Bajaj Pulsar NS200 (2020) Bajaj Pulsar NS200 BS6 roda2 sportbike streetfighter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    25/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026

    1 Comment

    1. Poji on 06/04/2020 18:28

      Tapi model ni kuat guna petrol

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.