Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara
Auto Terkini

B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MINYAK B100 biodiesel berasaskan sawit tulen kini dilihat berpotensi menjadi alternatif lebih kompetitif kepada diesel konvensional, sekali gus membantu menstabilkan kos bahan api dan memperkukuh keselamatan tenaga negara.

Menurut Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, B100 merupakan antara biodiesel pertama di dunia yang tidak melibatkan campuran bahan api fosil, berbeza dengan campuran semasa seperti B7, B10 dan B20.

Kos Kini Lebih Rendah Berbanding Diesel Industri

Sebelum ini, penggunaan B100 sering dilihat dari sudut kelestarian kerana sifatnya yang lebih bersih dan boleh diperbaharui, namun kos pengeluaran tinggi menjadi halangan utama.

Kini, situasi global yang berubah menjadikan B100 lebih relevan apabila kos pengeluarannya dianggarkan sekitar RM4.40 hingga RM4.50 seliter, lebih rendah berbanding diesel industri yang kini mencecah sekitar RM7 seliter.

“Dalam krisis global hari ini, B100 menawarkan jawapan baharu kerana kosnya kini lebih kompetitif berbanding diesel di pasaran,” katanya pada sidang media di Menara Felda.

Potensi Jimat Kos Untuk Industri

Perbezaan harga ini membuka ruang penjimatan besar untuk sektor yang sangat bergantung kepada diesel seperti pengangkutan, perikanan dan industri berat.

Menurut beliau, penggunaan biodiesel secara meluas mampu mengurangkan kos operasi syarikat serta pada masa sama membantu mengurangkan tekanan subsidi bahan api yang kini dianggarkan sekitar RM6 bilion sebulan, berbanding hanya RM700 juta sebelum ini.

Kapasiti Sawit Negara

Malaysia menghasilkan kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah (CPO) setiap tahun, yang secara teori cukup untuk menampung keperluan diesel domestik.

Namun, cabaran utama ketika ini adalah dari segi kapasiti pemprosesan serta permintaan pasaran yang sebelum ini masih rendah, menyebabkan banyak loji beroperasi di bawah kapasiti optimum.

Cadangan Naikkan Campuran Ke B20 Atau B30

Ahmad Shabery turut mencadangkan kerajaan menaikkan kadar campuran biodiesel di stesen minyak secara berperingkat daripada B10 kepada B20 atau B30.

Langkah ini dilihat sebagai pendekatan lebih praktikal sebelum penggunaan B100 diperluaskan secara menyeluruh di pasaran.

Felda Mulakan Projek Perintis

Sebagai langkah awal, Felda akan mula menggunakan B100 dalam seluruh ekosistemnya sebagai projek perintis. Ujian yang dijalankan selama 15 bulan dan 50,000 kilometer menunjukkan tiada isu besar, sekali gus membuktikan bahan api ini praktikal dan selamat digunakan.

Selari Sasaran Karbon Sifar 2050

Penggunaan B100 juga selari dengan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris serta sasaran mencapai net-zero carbon emissions menjelang 2050.

Dengan kemampuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara signifikan berbanding diesel fosil, B100 berpotensi menjadi elemen penting dalam peralihan negara ke arah ekonomi rendah karbon.

SUMBER: TheStar

Auto Terkini B100 Biodiesel bebas karbon Biodiesel Diesel industri felda karbon sifar 2050 kelapa sawit Kos operasi Minyak B100 Biodiesel Minyak sawit
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce, Harga Mula RM700!

    09/04/2026
    Roda4

    Mitsubishi Xforce Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109,980!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.