Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k
Roda4

Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

Abang HirataBy Abang Hirata06/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AUDI TT ialah  kereta sport 2-pintu ‘low key’ yang sudah menjangkau tiga generasi sejak dilancarkan pada September 1998.

Antara pereka terlibat dalam Audi TT pertama ialah Peter Schreyer, manakala model generasi kedua yang diperkenalkan pada April 2006 mendapat sentuhan Walter de’Silva. Generasi ketiga pula dilancarkan pada 2014 dengan rekabentuk ibarat ‘baby R8’.

BACA >>> Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k
BACA >> Nampak Macam Biasa, Tapi Porsche Ini Guna Nadi Elektrik Buatan Everrati!

Lama di pasaran, pengeluaran Audi TT kini bakal ditamatkan. Justeru Audi UK memperkenalkan model khas Audi TT Final Edition (2023) yang mula ditawarkan bulan ini (Mac 2023).

Audi TT Final Edition (2023) dibina dalam gaya badan coupé dan roadster dengan penghantaran pertama bermula April depan.

Apakah perancangan Audi untuk TT baharu? Dalam era elektrifikasi masa kini, model selepas ini mungkin mengikut trend sama. Justeru, Audi TT Final Edition (2023) dilihat berpotensi menjadi barangan koleksi pengumpul (collector’s item).

Audi TT Final Edition diletakkan di kedudukan teratas varian TT dengan spesifikasi tinggi dan ciri eksklusif. Bahagian luar membawa pek gaya hitam dengan logo Audi, cermin sisi, muncung ekzos dan spoiler hitam. Model roadster pula menerima bar rollover dan difuser juga dalam warna hitam.

Cermin privasi (untuk coupé), kaliper brek merah dan rim aloi 20 inci kelabu kusam potongan berlian (matt grey diamond cut) dengan corak Y lima rongga melengkapi ciri luaran.

Audi TT S Final Edition (2023) dibezakan menerusi rim aloi Audi Sport tujuh rongga dalam warna hitam Anthracite Black. Warna badan diberi tiga pilihan: Tango Red (merah), Glacier White (putih) dan Chronos Grey (kelabu).

Ruang kabin dilengkapi komponen seperti perehat tangan, penarik stereng dan kemasan kulit pada konsol tengah yang juga pakej tambahan pek kulit.

Stereng Alcantara sulaman merah dan penanda jam 12. Kerusi turut menerima kemasan Alcantara dan sulaman merah, termasuk karpet kaki dan piping merah.

Ciri khas Final Edition diteruskan dengan trim Tango Red pada kerusi, ventilator udara dan konsol tengah (coupé sahaja). Pek Teknologi Audi dijadikan ciri standard dengan tambahan sistem navigasi MMI Navigation Plus with MMI Touch dan servis langganan konektiviti Audi Audi Connect Infotainment Services selama 36 bulan.

Audi TTS Final Edition (2023) lebih istimewa dengan pek Comfort & Sound Pack melibatkan sistem bunyi Bang & Olufsen, kunci canggih, dan kamera undur sensor parkir penuh.

Harga Audi TT Final Edition

  • Audi TT Final Edition 40 TFSI coupé – £41,910 (RM221,760)
  • Audi TT Final Edition 45 TFSI quattro coupé – £46,525 (RM246,180)
  • Audi TTS Final Edition Coupe – £54,685 (RM289,340)

Britain adalah satu daripada pasaran terbesar Audi TT. Pada 2022, sebanyak 2,672 unit berjaya dijual di negara itu yang melibatkan lebih 33 peratus jualan keseluruhan global.

BACA >>> Audi RS 6 Avant Performance, Audi RS 7 Sportback Performance (2023) Kini Lebih Berkuasa!
BACA >>> Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!

Audi Audi TT Audi TT Final Edition Auti TT Final Edition (2023) Kereta Sport Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.