Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) Versi Coupe, Roadster Kini di Malaysia! Harga RM978k
Roda4

Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) Versi Coupe, Roadster Kini di Malaysia! Harga RM978k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTON Martin Kuala Lumpur mengumumkan ketibaan Vantage F1 Edition (2023) ke pasaran tempatan sebagai varian paling perdana dalam famili tersendiri (Vantage).

Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) ialah varian pengeluaran berorientasi trek yang dihasilkan sempena tribut Aston Martin kembali mewarnai sukan lumba Formula Satu (F1) selepas lebih 60 tahun.

BACA >>> Viper Niza Racing, Aston Martin Racing Asia Jalin Kerjasama, Sertai Kelas GT Antarabangsa
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Berikut perinciannya:

Aston Martin Vantage F1 Edition ditawarkan pada harga jualan asas serendah RM978,000, tidak termasuk cukai, duti dan opsyen tambahan.

Ini ialah varian sport paling pantas dalam famili Vantage yang mendapat manfaat daripada pembangunan model itu sebagai Kereta Keselamatan Rasmi F1.

Safety Car Aston Martin Vantage melakukan debut di GP Bahrain 2021, manakala Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) digambarkan sebagai replika Kereta Keselamatan Rasmi F1 Vantage.

Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) mendapat penambahbaikan casis dan aerodinamik serta peningkatan prestasi trek tanpa menjejaskan keupayaan sebenar atas jalan raya awam.

Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) menggunakan trenkuasa 4.0L Turbo Kembar V8 dengan output kuasa 527hp @ 6,000rpm (naik 24.6hp) dan tork 685Nm @ 2,000-5,000rpm.

Sistem transmisi automatik ZF 8-kelajuan dioptimum untuk potongan tork ketika menukar gear, sekali gus mengurangkan masa anjakan gear dan meningkatkan fiil kawalan tepat.

Versi Coupe memerlukan masa 3.6 saat untuk pecutan 0-100kmj, manakala kelajuan maksimum 314kmj. Versi Roadster pula mengambil masa 3.7 saat untuk kelajuan 0-100kmj dengan kelajuan maksimum cuma 305kmj.

Pengurusan tork ditala untuk membolehkan pemandu menikmati kawalan lebih baik ketika penurunan gear, terutama ketika membrek kuat.

Sistem suspensi depan jenis wishbone kembar independen, dan belakang jenis multi-link. Kedua-dua suspensi dilengkapi bar antioleng dan damper adaptif.

Ada Sistem Redaman Adaptif dengan teknologi Skyhook untuk mod Sport, Sport Plus dan Track.

Bahagian roda menggunakan set rim 21 inci dengan tayar Pirelli 255/35ZR (depan), dan 295/30ZR (belakang).

Sistem brek jenis cakera 400mm di depan, dan cakera 360mm (belakang). Juga dilengkapkan dengan pakej teknologi keselamatan seperti Brek Parkir Elektrik (EPB), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Brek Hidraulik (HBA), Kawalan Tork Positif (PTC) dan Vektor Tork Dinamik (DTV).

Memiliki dimensi panjang 4,490mm, lebar 2,153mm dan tinggi 1,274mm, manakala jarak roda 2,704mm dan kapasititangki minyak berkapasiti 73 liter.

Berat kering versi Coupe ialah 1,570kg, dan Roadster seberat 1,645kg.

Warna cat badan sedia ada Satin atau Gloss, juga ada dalam pilihan warna lain seperti Jet Black dan Lunar White. Semua warna disertakan bersama grafik lumba Matte Dark Grey.

BACA >>> Masalah Brek, Mercedes-Benz Panggil Balik Hampir 1 Juta Kenderaan
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Kisah Mercedes-Benz T80 yang Gagal Cipta Rekod Kenderaan Atas Darat Terpantas
BACA >>> Kereta Jepun Kuasai Senarai 10 Kereta Terlaris Dunia!

Aston Martin Kuala Lumpur Aston Martin Vantage F1 Edition Auto Terkini Kereta Sport Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.