Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia SR GT Replica (2024) Lancar di Eropah dengan Liveri Jentera RS-GP, Harga Mula RM22k
Roda2

Aprilia SR GT Replica (2024) Lancar di Eropah dengan Liveri Jentera RS-GP, Harga Mula RM22k

AryonBy Aryon18/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS memperkenalkan Aprilia SR GT pada 2021, pengeluar motosikal dari Itali itu melancarkan pula model edisi khas Aprilia SR GT Replica (2024) untuk pasaran Eropah yang didatangkan dalam dua pilihan varian, 125cc dan 200cc.

Kedua-dua model skuter maksi itu menerima kemas kini visual baharu untuk penampilan lebih agresif.

Aprilia SR GT 125 Replica dan SR GT 200 Replica mendapat liveri baharu yang diilhamkan daripada jentera lumba MotoGP, Aprilia RS-GP musim ini.

Ini dapat dikesan pada latar hitam dengan strip merah dan ungu sepanjang panel sisi skuter. Selain itu, skuter tersebut juga nampak identik dengan model asas dengan gaya badan agresif dan profil tinggi.

Rekabentuk tampil tajam dan maskular memberikan penampilan mudah dengan deretan tiga lampu utama LED, visor angin gelap (smoked), pelana terpisah dan bar genggam terpisah.

Aprilia SR GT 125 Replica (2024) dijana enjin i-get 4-lejang 4-injap silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 14.2hp @ 8,750rpm, dan tork 12Nm @ 6,500rpm. Aprilia SR GT 200 Replica (2024) pula dikuasakan enjin i-get 4-lejang 4-injap silinder tunggal 174cc penyejukan cecair berkuasa 17.4hp @8500rpm, dan tork 16.5Nm @ 7,000rpm.

Kedua-dua model menggunakan sistem transmisi automatik CVT.

Dua model itu juga dilengkapi lampu LED penuh dan panel meter digital penuh dengan paparan maklumat spidometer, tripmeter, odometer, takometer, paras minyak dan lain-lain.

Kedua-duanya menggunakan casis double-cradle yang disokong sistem tarnsmisi fork teleskopik 33mm di depan dan dwi-absorber boleh laras prabeban di belakang.

Sistem henti dipasangkan brek cakera tunggal 260mm di depan dan cakera tunggal 220mm di belakang dengan sistem brek kombi (CBS).

Kedua model tersebut akan berada di pasaran Oktober depan pada harga €4,449 (RM22,250) dan €4,749 (RM23,750), tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran.

Di Malaysia, Aprilia SR GT (2022) dilancarkan Mei tahun lalu yang dibawa masuk Didi Group. Model itu ditawarkan dengan kapasiti 200cc sahaja dalam  dua varian, Standard (RM19,900) dan Sport (RM20,900)

BACA >>> Aprilia SR GT (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Dua Varian Pilihan, Harga Mula RM19.9k!
BACA >>> #TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

Aprilia RS-GP Aprilia SR GT 125 Replica (2024) Aprilia SR GT 200 Replica (2024) Aprilia SR GT Replica (2024) roda2 skuter skuter maksi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    25/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.