Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia GPR 150 ABS dengan Seragam Lebih Sporty Lancar di China, Harga RM14k
Roda2

Aprilia GPR 150 ABS dengan Seragam Lebih Sporty Lancar di China, Harga RM14k

AryonBy Aryon05/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SPORTBIKE aras mula Aprilia GPR150 ABS versi terbaharu dilancarkan secara rasmi di China dengan menampilkan rekabentuk lebih segar dan sistem brek dinaik taraf.

Rekabentuk model keluaran pengeluar dari China, Zongshen ini tidak banyak berbeza dengan generasi terdahulu dengan rekaan lampu utama kembar, fairing, visor angin, ekor, kluster instrumen dan rim masih sama.

BACA >>> Aprilia Lancar Sportbike 150cc Baharu?
BACA >>> #Spyshot: Aprilia Terra 250 Akan Lancar di China

Lampu depan disepadukan dengan lampu siang (DRL) LED di tengah, dan didatangkan dengan bar hendal clip-on, tetapan pelana terpisah dan posisi tunggangan agresif. Kluster semi-digital memuatkan takometer analog dan paparan digital untuk indikator gear, odometer, suhu enjin, spidometer dan paras minyak.

Kapasiti tangki mampu mengisi 15.4 liter petrol. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan cakera 300mm (depan) dan  cakera 218mm (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch sebagai ciri standard.

BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

Set tayar bersaiz 100/80 R17 di depan dan 130/70 R17 di belakang. Berat kerb model ini ialah 148kg. Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal 149cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 16hp @ 9,720rpm dan tork 14Nm @ 7,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Namun perubahan jelas dapat dikesan ialah penampilan seragam badan yang kali ini terpampang nama penuh sportbike itu  pada panel fairing. Generasi sebelum ini hanya tertera huruf ‘a’ sahaja pada fairing, tetapi kini jelas tertulis perkataan ‘Aprilia’ besar pada sebahagian besar tangki minyak panel fairing sisi.

Di bawah pula ada tulisan ‘Zongshen’ yang menunjukkan model itu adalah hasil kolaborasi antara Aprilia dan pengeluar China itu. Secara keseluruhan, penampilan terbaharu jentera 150cc ini memang nampak lebih sporty.

Cuma mungkin ada yang tidak gemar dengan perkataan ‘Zongshen’ dan ‘GPR150’ yang menunjukkan ‘ke-China-an’. GPR150 ABS dijual pada harga 22,980 yuan (RM14,045) dalam empat pilihan warna: merah,hitam, perak dan putih.

BACA >>> Lexmoto LXR 380 – Sportbike China Harga Bajet Sedia Cabar Motor Jepun di Eropah

GALERI
Aprilia GPR150 ABS (2020) roda2 sportbike sportbike 150cc Zongshen
Aryon

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.