Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tip Panjangkan Hayat Bateri Sel Basah
Autotainment

#ApaNakBuat: Tip Panjangkan Hayat Bateri Sel Basah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/12/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH ada pemilik kereta dan motosikal yang setia dengan bateri basah walaupun sudah ada pilihan produk bateri bebas selenggara atau sel kering. Golongan pemilik seperti ini lebih rajin membuka bonet kereta atau panel motosikal untuk memeriksa kondisi bateri kenderaan mereka.

Penyelenggaran bateri basah mungkin nampak rumit, tetapi sebenarnya mudah kepada mereka yang minat dan rajin meneliti kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

Bateri basah perlu diperiksa secara berkala atau sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan komponen itu berada dalam keadaan baik. Ini bagi memastikan ia mampu beroperasi pada tahap maksimum.

Pemeriksaan seperti ini membantu mengenal pasti sama ada terdapat kerosakan atau keretakan pada kotak atau bekas bateri (biasanya berwarna putih). Jika tiada, periksa juga keadaan kabel dan mengetatkan semua penutup bateri, jika ada yang longgar.

Habuk biasanya terkumpul dalam ruangan enjin dan anda digalakkan untuk membersihkan lapisan habuk, dan kotoran pada permukaan bateri, termasuk kedua-dua terminal positif dan negatif. Lakukan ini ketika enjin dimatikan dan gunakan kain kering untuk mengelap bateri.

Terminal bateri juga boleh berkarat dan jika ini berlaku, anda boleh gunakan kertas pasir untuk gosok dan bersihkan. Selepas itu, gunakan sedikit gris untuk disapukan pada permukaan terminal.

BACA >>> #ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

Periksa paras kandungan air dalam bateri sama ada mencukupi atau di bawah garisan minimum. Jika kurang, anda perlu menambahkan air bateri dan pastikan tidak melebihi paras maksimum.

Kenapa perlu pastikan paras air bateri berada pada julat minimum-maksimum? Ini untuk membenarkan bendalir itu memainkan peranan menyimpan bekalan elektrik dalam bateri. Sekiranya air bateri berada bawah garisan minimum, keupayaan bateri basah untuk menyimpan tenaga elektrik juga akan menurun secara automatik.

Anda boleh memanaskan enjin kira-kira 10 minit untuk membantu arus elektrik dalam bateri diperbaharui semula menerusi bantuan alternator. Langkah itu juga untuk arus elektrik bateri kekal stabil dan berada pada tahap maksimum.

BACA >>> Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

Anda juga perlu memadamkan semua perkakasan elektronik dalam kereta seperti sistem audio, penyaman udara, pemanas cermin dan lampu, termasuk mencabut soket pengecas yang disambung pada kereta sebelum enjin dimatikan.

Ini akan membantu memastikan arus elektrik dalam bateri dapat disalurkan terus ketika menghidupkan enjin. Juga mengelak pembaziran cas elektrik yang boleh menyebabkan bateri mati seandainya terlupa menutup beberapa komponen utama kereta seperti lampu.

Jika pandai menjaga dan menyelenggara, jangka hayat bateri basah mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun. Ini lebih menjimatkan berbanding bateri kering yang mempunyai purata jangka hayat kira-kira setahun.

SUMBER: Suzuki.co.id

apa nak buat autotainment Bateri Basah bateri kereta Bateri Motosikal Bateri Sel Basah tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026

    3 Comments

    1. Haniff on 16/12/2019 08:49

      Paling lama bertahan saya guna selama 5tahun. Tokey kedai cakap kalau semua orgmcm ni kedai tutup lah tak payah bisnes

      Reply
      • Salihin on 29/01/2020 07:58

        Mcm mana guna tu En hanif? Saya blh tahan 2tahun 5bulan je.. Kadang2 2 tahun 2 bulan.. Nk tau juga tips ya tuan

        Reply
    2. Salim on 05/06/2020 20:00

      Salam en. sy nak tanya apakah nama kandungan cecair di dalam bateri sel basah pd kereta dan motosikal sebelum digunakan itu?… Adakah cecair itu sama macam yg selalu kita tambah apabila air bateri berkurangan.. Tlg beri pencerahan?.. Terima kasih

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.