Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak?
Sembang Deras

#ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak?

Han OthmanBy Han Othman05/08/202583 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAYANGKAN anda sedang seronok berjalan, berjoging atau berbasikal, tiba-tiba datang sebuah kereta atau motosikal melanggar. Jenuh anda bertekak dan minta ganti rugi, tetapi si pelanggar enggan bertanggungjawab dan tidak mahu bayar apa-apa. Ada pula kes dilanggar kenderaan yang tiada insurans dan cukai jalan. Maklumlah, motor pakcik kampung yang dibawa berulang-alik ke kebun.

Bagaimana mahu buat tuntutan insurans? Pejalan kaki dan penunggang basikal mana ada insurans kenderaan bermotor.

Untunglah kalau pelanggar mahu bertanggungjawab. Atau anda ada perlindungan insurans peribadi atau syarikat. Sekurang-kurangnya boleh buat tuntutan. Tetapi bagaimana pula sebaliknya? Mahu tidak mahu, terpaksalah keluarkan duit sendiri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

Tetapi, tahukah anda kes di atas boleh buat tuntutan insurans? Mari kita baca perkongsian Wan Amir di laman Facebook miliknya:

Kalau kita cedera dilanggar kenderaan yang tak ada insurans.
Kemudian, pemilik kenderaan tu pula tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Dahi kita benjol. Tangan patah. Kereta rosak. Tapi tak boleh claim atas orang yang bersalah. Kat mana kita boleh buat tuntutan?

Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Untuk makluman, kes seperti ni boleh tuntut dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalan raya yang dilanggar kenderaan yang tak ada insurans.
.
.
MIB dapat duit daripada mana?

MIB dapat duit daripada syarikat insurans. Setiap tahun, semua syarikat insurans wajib mencarum dalam MIB.
.
.
Oo begitu. Macam mana nak buat tuntutan dengan MIB ye?
.
Sebelum buat tuntutan dengan MIB, kena ambil perhatian perkara di bawah ini:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tidak terima kes langgar lari. Mesti tahu nombor plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita lantik peguam dan mahu saman kenderaan melanggar itu, mesti maklumkan kepada MIB dalam 30 hari sebelum memfailkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan. Ganti rugi kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan seumpamanya  tidak dilindungi.
6. Jumlah bayaran ditentukan MIB sendiri.
.
.
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar kepada MIB untuk tuntutan:

1. Surat kepada MIB mengandungi perincian kejadian, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas kepada:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Faks: 03-2274 5910

SUMBER: Facebook Wan Amir

apa nak buat insurans Motor Insurers’ Bureau (MIB) sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!

08/10/2025
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025

83 Comments

  1. Azim on 08/02/2018 22:22

    Kereta sy dilanggar oleh sebuah kereta yg dinaiki warga asing yg tidak mempunyai lesen memandu..tetapi kereta beliau legkap dgn insuran..masalah sekarang bila kereta sudah dibawa ke workshop,pihak workshop bgtau kereta sy tidak boleh atas kenderaan tu disebabkan warga asing tu tiada lesen..apa perlu sy buat..mohon bantu sy

    Reply
    • ABG GYL on 08/02/2018 23:52

      Sepatutnya tiada masalah. Kita claim atas insurans pihak ketiga. Si dia tak ada lesen akan dikenakan saman oleh pihak polis.

      Reply
  2. Lee on 30/03/2018 22:49

    Kereta saya dilanggar motosikal. Motosikal yang bersalah.
    Kereta saya sudah lebih 5 tahun,
    bole saya claims insuran motorsikal itu minta panel tukar lampu dan bumper baru. ( Bukan sekadar ketuk balik/tukar lampu 2nd hand) saje?

    Reply
    • Ina on 22/08/2019 09:23

      Saudara boleh kongsi penyelesaian? Saya baru sahaja mengalami perkara sama. T. Kasih

      Reply
    • Addy on 11/10/2019 13:19

      Saya mengalami nasib yg sama..mcm mne cara penyelesaian?boleh kongsikan x?

      Reply
  3. Amin92 on 08/06/2018 06:41

    Motor yg baru bli dah ad insurans ke?
    Sy x tau sal ni…Motor sy baru beli tp blom ad insurans.. adik bewak xde lesen trlanggr bumper kreta org..org tu bleh claim insuran ke dr mtor sy?

    Reply
    • ABG GYL on 08/06/2018 15:27

      Baru beli mesti akan sekali dengan insurans

      Reply
  4. Ain on 15/06/2018 17:25

    Kes sy,sy melanggar,sy jln lurus,kreta tu masuk simpang,disebabkn terlalu dekat n xblh control,sy mlanggar kereta trsebut,ikutkn dia yg slh,sy nk claim insuran,tp rotex dia mati,apa perlu sy buat ya?blh ke sy yg langgar claim insuran?

    Reply
    • Jai on 15/07/2019 15:21

      Kes cik mana saya MCM mana buat urusan tu yer.

      Reply
  5. anie on 29/04/2019 17:31

    hai, kereta saya dilanggar oleh pemandu yang tiada roadtax.. report polis sudah ada. tapi kenapa pulak kereta saya yang kena claim insurans sendiri. insurans saya yang naik dari harga biasanya.sedangkn bukan salah saya. kereta saya dilanggar dari belakang.

    Reply
    • ABG GYL on 29/04/2019 19:22

      Kebiasaanya apabila kereta belakang tiada cukai jalan, secara automatik sememangnya tak ada insurans. Walaupun jadi kesalahan pada pihak ketiga, anda terpaksa claim guna insurans sendiri. Pihak ketiga hanya akan dikenakan saman atas kesalahan langgar anda dan memandu tanpa cukai jalan dan insurans.

      Reply
      • Jo on 26/01/2020 19:03

        Sama dgn sy, tpi pihak ketiga mintak sy yg bayar gnti rugi, adakah sy harus byar?

        Reply
  6. NawfasFosuy on 29/05/2019 12:36

    Assalam… kereta saya jatuh gaung, tapi insuran tak mau cover penuh, cuma bagi 20k sahaja, sedangkan bil repair 32k, dan saya kena tambah 12k tunai…. sampai sekarang tak repair dah 2 tahun… apa nak buat?

    Reply
  7. amir on 30/05/2019 20:24

    saya perlukan jawapan , saya terlibat dalam kemalangan motosikal . moto yg kemalangan dengan saya itu (si pelanggar) tiada roadtax mahupun lesen . manakala saya lengkap berserta cukai jalan dan sbagainya . saya mengalami kecederaan patah tulang bahu . boleh kah saya claim ? dan berapa anggarannya?

    Reply
    • ABG GYL on 31/05/2019 02:28

      Boleh claim atas insurans sendiri. Pihak ketiga akan disaman

      Reply
  8. rulhazrien on 07/06/2019 17:16

    saya dilanggar oleh sebuah lori..tetapi kereta saya tidak renew roadtax dan tiada insurance.apa yg boleh saya lakukan??

    Reply
    • ABG GYL on 08/06/2019 03:07

      anda boleh tuntut atas pihak ketiga (jika disahkan anda tidak bersalah). Pada masa sama, anda akan dikenakan saman atas kesalahan tiada insurans dan cukai jalan.

      Reply
      • Wan on 24/08/2019 09:27

        Saya kes yang sma mcm cik rulhazrien diatas, dilanggar lori dan insurans saya dah tamat semasa accident. Macam mana proses untuk menuntut atas pihak ketiga tersebut? Saya dah hantar ke bengkel panel insurans, tetapi bengkel enggan utk meneruskan proses baiki kereta saya atas alasan insurans saya sudah tamat tempoh. Mohon bantuan sangat sebab kereta sy dah tersadai kt bengkel tersebut dan pemilik bengkel sruh saya bayar guna duit sndri jika mahukan proses baiki diteruskan.

        Reply
  9. Jimmy on 14/06/2019 02:30

    Assalammualaikum, baru 2 hari lepas saya terlibat dalam kemalangan ianya adalah kemalangan dengan seekor babi hutan yg tiba2 melintas, tetapi motosikal saya cukai jalannya tamat tempoh, bg kecederaan saya pula agak serius, saya megalami cedera patah tulang selangka, patah ibu jari kaki kiri beserta luka2 di tangan dan kaki, bolehkah saya membuat tuntutan insuran takaful kemalangan diri ya? Terima kasih.

    Reply
    • ABG GYL on 14/06/2019 16:43

      Kalau ada insurans peribadi, yes boleh buat. Jika tidak, memang tak boleh buat apa

      Reply
  10. Fattah on 01/07/2019 19:03

    Salam. Nak tanya, masih beroperasi ke MIB ni?

    Reply
    • Arianti on 02/12/2019 15:57

      Kereta saya baru dilanggar oleh motosikal. Tapi motosikal tersebut sudah tanat cukai jalan. Apakah yang boleh saya buat? Saya hanya ada rakaman cctv sahaja.

      Reply
  11. naveen shan on 13/09/2019 12:42

    for you info,

    barisan No.5 ini tidak boleh clam dari MIB, Saya baru sahaja buat pangilan MIB untuk dapat terangan lajut megenai clam terhadap kereta saya yang dilangar oleh sebuah kereta tidak mempunyai document yang sah.

    5. MIB hanya bayar kecederaan. Ganti rugi kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan seumpamanya tidak dilindungi.

    ***
    kalau begini kita tak perlu beli insurance just simpan duit itu, kalau kita langar kereta lain we just bayar saman 300 itu sja.

    Reply
  12. Zaidi on 20/11/2019 12:00

    Saya telah terlanggar belakang sebuah kereta, jadi kereta tersebut hendak claim insuran saya. Masalah nya insuran saya coverage nya rendah. Bayaran utk repair kereta saya pun saya terpaksa tambah. Soalannya, bolehkan kereta tersebut claim insuran saya untuk repair kerosakan keretanya?

    Reply
    • Abang GYL on 20/11/2019 13:42

      Jika keputusan polis menyatakan ia adalah salah anda, jadi ya dia berhak untuk tuntut atas insurans anda.

      Reply
  13. Famieyy on 01/12/2019 02:10

    Saya langgar orang lintas jalan yang bukan di tempat lintas jalan..dia melintas di jalan utama dengan kecuaian sendiri..saya dah buat report..die xbuat report lagi dah lebih 24jam..soalan sy sy da claim dgn ins sndri..slps claim ni ncd akn jd 0% balik kan..setiap tahun hingga 5tahun lepas ni roadtax akan jadi mahal..so macam mana saya nak buat tuntutan pada pelintas jalan tersebut??mohon pencerahan…

    Reply
    • Abang GYL on 03/12/2019 13:09

      Selepas buat tuntutan insurans, yes NCD akan jadi kosong. Harga insruans akan jadi biasa dan tiada diskaun NCD diberikan. Untuk raadtax, harga masih kekal sama tidak berubah setiap tahun melainkan Kerajaan kata road tax dimansuhkan.

      Seperti mana pemahaman kami, anda tidak boleh buat tuntutan terhadap pejalan kaki. Jika masih berbuat demikian, anda boleh saman dia dan semestinya kos akan tinggi. Pandangan kami, jika kerosakkan kereta kecil dan melibatkan kos sangat rendah. tak perlu buat tuntutan insurans. Jika sebaliknya, teruskan tuntutan anda.

      Reply
  14. kent on 31/01/2020 09:57

    Kereta tu langgar belakang basikal saya bila saya belok kanan,dan jalan traffic dia tu ialah merah.Tapi dia tak nak ganti dan sudah lari.APA saya boleh buat?Saya cam muka dia dan tahu nombor plat dia.

    Reply
  15. Kony kelana on 02/03/2020 20:22

    Hi saya ingin bertanya, suami saya dengan tidak sengaja melanggar kereta seseorang sebab pemilik kereta tersebut tiba2 reverse tanpa sebarang signal di tengah jalan raya menyebabkan suami saya terpaksa emergency break dan melanggar belakang kereta orang tersebut. Masalah nya roadtax dan lesen suami saya sudah mati maksudnya tidak dapat claim apa2 ?

    Reply
    • Abang GYL on 02/03/2020 21:11

      Ya betul

      Reply
  16. Shah on 13/06/2020 15:37

    Hai..saya juga hadapi situasi ni..kereta yg melanggar saya tiada insurans..akan tetapi saya dan pihak sana tiada sebarang kecederaan..memang langsung tak boleh claim la ye?..pkai insurans saya 100% utk baikpulih kerosakan kereta saya

    Reply
  17. Fai on 16/06/2020 17:28

    Motosikal anak sy telah dilanggar oleh kereta sbb kereta itu langgar lampu isyarat..situasi kereta yg salah kerana langgar lampu isyarat tetapi anak sy tiada lesen..boleh ke tuntut jikalau tiada lesen memandu..apakah tindakkn yg akn dikenakan trhadap ank sy nant sekiranya dia pergi buat laporan polis?mohon pencerahan

    Reply
    • Abang GYL on 17/06/2020 17:05

      Boleh buat tuntunan insurans jika motor ada perlindungan insurans. Tindakan akan dikenakan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Jika tiada cukai jalan, turut akan dikenakan tindakan tiada cukai jalan.

      Reply
  18. haziq on 19/08/2020 01:34

    salam, moto sy tiada roadtax, moto kebun, kemalangan berlaku di simpang 3, sy telah melanggar belakang motosikal yg keluar simpang secara tiba2, sy mengalami kecederaan patah bahu, tetapi, motor yg saya langgar ada roadtax, boleh kah saya claim insuran dari kenderaan yg sy langgar tersebut sbb sy tiada roadtax n insyuran,.? adakh kesalahan sy 100% jika sy melanggar belakang moto tersebut,,?

    Reply
    • Abang GYL on 19/08/2020 11:58

      Jika laporan Polis menyatakan anda salah, anda boleh dikenakan beberapa saman. Antaranya kecuaian, tiada roadtax, tiada insurans. Pada masa sama, anda tidak akan dapat claim insurans memandangkan anda yang salah.

      Reply
  19. JC on 04/09/2020 19:02

    Kereta sy masih baru . Minggu lepas kena langgar oleh kereta yang mati rotax dan xde lesen. Saya dan dia dah report polis . Masalah sekarang saya kena bayar pakai insurans sendiri. Lepas tu saya minta ganti rugi dia seen je text saya. Apa patut saya buat?? Saya tak tak adil. Orang langgar saya, tapi saya pulak kena bayar sendiri. Tolong cik bantu saya .

    Reply
    • Abang GYL on 06/09/2020 10:25

      Untuk kes sebegini, ya anda hanya boleh claim atas insurans anda sendiri sahaja.Untuk pihak ketiga, ia akan dikenakan saman oleh pihak Polis.

      Reply
  20. wini on 21/09/2020 19:51

    berapa hari yg lepas kereta saya telah dilanggar dari belakang..kereta sy rosak teruk..insurans kereta sy third party(fire n thief)..laporan polis dh dibuat..masalah nya sekarang pihak workshop suruh sy byr dahulu kos repair dan byr deposit yg agk tinggi..sy pn x ada cash..pihak insurans pn bgitau x blh tunggu insurans org yg melanggar..org yg melanggar pn x dpt byr cash..mmg byr pkai insurans dia tp kenapa x blh tunggu insurans dia kluar tk repair wlupn agk lama menunggu..cma risau klu sy byr kos repair dahulu.. risau si pelanggar x byr kelak..ada cara lain kh..wajib kh sy byr dahulu deposit..?

    Reply
    • Abang GYL on 22/09/2020 00:26

      Anda ada pilihan untuk tunggu pihak insurans pihak ketiga lulus. Tiada masalah.

      Reply
  21. Amir on 01/03/2021 20:07

    Tuan saya kemalangan dengan motosikal kerana mengelak babi melintas… motosikal tiada cukai jalan 4tahun dh mati, lutut saya perlukan pembedahan sy nk klaim socso kerana kemalangan berlaku waktu balik kerja… soalannya dpt x klaim socso? Dan sy kena saman x dgn polis kerana cukai jln dan insuran moto mati 4tahun

    Reply
  22. WAN MAZLI MUSTAFA on 21/03/2021 06:46

    Tuan sy dilanggar oleh produa alza ketika memandu sebuah van.. Sy di jln lurus dan produa alza itu di simpang tiga beliau mahu munuju ke arah yg sama dgn sy…swaktu sy dlm melepasi simpang beliau tidak berhenti di persimpagan tiga.lalu melanggar bahagian sisi belakang van sy tanpa sy sedari .. tiba2 belakang van berpusing lalu mgubah arah ke longkang (separa piggang) dan merempuh tembok sebuah rumah.. Mnyebabkan tembok rumah roboh..sy hnya bdua dgn wife yg pregnaht..wife sy patah kaki tersepit bahagian yg remuk ..sy tiada apa2 kecederaan dan van sy teruk sekali di bahagian hadapan..di sbbkan swktu di laggar arah itu membuat kaki sy tekan pedal miyak krana menahan hentaman dr produa alza itu..van sy sudah tidak dpt di baiki lagi.. remuk..atas kecederaan wife sy ada pihak yg melaksanakan claim..masalah sy …tiada lesen memandu. Dan tiada roadtax..9thun slalu smbung.. 2thun ini x dpt smbung nama owner byk sgt saman…tuan apakah yg seharusnya sy perbuat.. Hanya itu kenderaan sy myara ank2 sekolah family sy..excident pd 1/3/2021 Di welfare sg buloh SEL…owner alza yg lggr sy langsung takde peduli..walopon terang2 salah dn megakui salah beliau..tlong lah bantu sy tuan..

    Reply
  23. Wan mazli mustafa on 21/03/2021 07:04

    Maaf tuan..smbungan di ats……..
    Adakah boleh claim kerosakan van atas insuran produa itu laporan polis kesalahan dari produa..atau cara mana utuk sy mdptkan ganti rugi van sy…utk jelaskan setuasi di atas. Tuan…

    Reply
    • Abang GYL on 21/03/2021 13:02

      Boleh buat begitu. ATau boleh rujuk pihak insurans tuan

      Reply
  24. Abg Mohd Maslim on 15/04/2021 15:18

    KALAU MACAM KES SAYA KEMARIN.KESILAPAN ORANG MASUK SIMPANG.MAKAN JALAN SAYA.TAPI MOTOR BARU TUKAR NAMA.NK BAWA BLIK RUMAH.MOTOR BLM ADA INSURANS LAGI.XSEMPAT NK BAYAR JADI KES BEGITU TERUS.TAPI ORANG ITU MENGAKU BERSALAH DAH.

    Reply
  25. MAS on 19/06/2021 14:59

    Kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta alza pada 29/5 di hadapan rumah memandangkan ketika di laluan sama (kereta kami dari arah pusat bandar ke kampung).. menjadi permasalahannya adalah pemandu yang melanggar mempunyai lesen tamat tempoh dan saya masih tidak tahu kereta berkenaan first/second/third party.. Kereta saya third party .. penarik kereta saya mengatakan bahawa kereta saya boleh diclaim menggunakan insuran kereta berkenaan. Sekiranya saya ingin menarik semula kereta di bengkel berkenaan bagaimana caranya .. tuan bengkel berkenaan meminta saya berhubung dengan penarik kereta berkenaan untuk berbincang namun tidak mengangkat panggilan yang dibuat oleh saya serta memberi janji kosong ..

    Reply
  26. Abd Razak B Hj Alias on 23/06/2021 11:55

    salam kereta saya dilanggar oleh kereta milik kerajaan Malaysia, yang di mana kita tahu bahawa semua kereta/kenderaan yang didaftar atas nama/milik kerajaan Malaysia tidak perlu perlindugan insurance untuk renew road tax/LKM. Apabila berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan kereta/kenderaan kerajaan bagaimana dan kepada siapa saya nak buat tuntutan atas kemalangan ini.

    Reply
  27. Herly on 16/07/2021 18:44

    Hai, Kereta saya kena langgar dari belakang oleh kereta Viva. Pada mulanya tiada masalah, saya sda buat polis report n claim Insurance untuk pembaikan kereta saya. Saya sda bertanya dgn pihak wakil Insurance iaitu bengkel yg membaiki kereta saya pasal claim Insurance kereta saya mereka memberitahu bahawa tiada masalah pasal Insurance kereta saya sebab pesalah yg melanggar kereta saya mengaku salah n claim Insurance akan d claim ke atas Insurance c pesalah so lega sikit hati rasanya. Namun hari ini pihak bengkel tersebut baru sahaja memberi tahu yg kereta c pesalah tiada Insurance n NCD Insurance saya akan hilang sbb guna Insurance kereta saya sendiri. Saya rasa sangat kesal dgn isu ini seakan-akan saya yg bersalah n menanggung kos pembaikan kereta saya sendiri sedangkan bukan saya yg bersalah. Saya yg d langar dari belakang bg saya orang yg melanggar yg saya sepatutnya menanggung kos tersebut tp pihak bengkel memberi tahu kereta c Pesalah tiada Insurance.

    Pihak admin tolong bg cara penyelesaian dgn kes ini.

    Saya dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih atas segala jawapan balas dari pihak tuan.

    Reply
    • Abang GYL on 16/07/2021 23:49

      Pertama sekali, semoga dipermudahkan.

      Dalam situasi sebegini, memang kita rasa tidak adil. Namun, nak tak nak ini saja cara yang ada. Guna insurans kita untuk membuat tuntutan.

      Dari segi si pesalah, ia akan disaman atas kesalahan kecuaian, memandu tanpa insurans dan cukai jalan.

      Reply
  28. Que on 27/09/2021 20:39

    Hi tuan , bulan lepas saya ada melanggar motosikal daripada sisi ketika ingin keluar daripada roundboard. Tetapi report dan bayar saman sudah dibuat. Kereta sy tidak mempunyai insuran dan roadtax beberapa hari sebelum sy accident. Smlm Sy mendapat panggilan untuk lampiran insuran yg sudah tamat kpd polis. Adakah pihak yang dilanggar akan claim insuran ke atas kita?

    Reply
    • Abang GYL on 28/09/2021 11:54

      Hi, sefaham kami tidak boleh sebab dah expired.

      Reply
  29. NORAZMI B DAUD on 14/11/2021 00:50

    kereta sy br saja dilanggar..tp mslhnye kereta yg melanggar sy insurans dan cukai jalan tamat tempoh…bagaimana sy hendak buat tuntutan…

    Reply
    • AO on 24/11/2021 12:54

      Boleh rujuk MIB

      Reply
  30. muhd aiman on 28/11/2021 17:43

    hai , saya mengalami kemalangan sendiri . kerera saya roadtax dan insurans belom renew lagi , bagaimana situasi saya sekarang ? boleh ke saya renew insurans baru dan boleh ke saya terus claim insurans nya , sebab kenderaan saya total loss. saya cedera parah. minta tanya pendapatan tuan, puan.

    Reply
    • Abang GYL on 30/11/2021 09:02

      Hi, untuk kes ini anda tidak boleh berbuat demikian.

      Reply
  31. Amirul on 07/01/2022 03:46

    Kereta saya lama xdigunakan sebab rosak dan insurance n roadtax sudah mati. Ada kereta langgar kereta saya, kereta tersebut ada insurance dan roadtax..soalan saya adakah saya boleh claim insuran kereta yang langggar saya tu..

    Reply
    • AO on 08/01/2022 10:43

      Kena buat repot dulu dan tanya insurans yang melanggar

      Reply
  32. Rahmat on 18/03/2022 00:43

    Macam saya Kes kemalangan tapi bukan Salah saya , saya di Jalan yang lurus Lori keluar simpang . Disebabkan terlalu dekat saya tak sempat brek Dan langgar di sebelah kanan Lori tu , saya mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang , retak .. masalah saya sekarang Lori yang saya langgar tu tamat tempoh cukai Jalan Dan Lori tiada insuran .. so sekarang saya tak dapat apa2 Dari Lori tu Dan sekarang peguam saya dalam proses menyaman syarikat Lori tu , pertanyaan saya sekarang berapakah jumlah anggaran yang saya boleh dapat Dari pihak syarikat Lori yang nak disaman itu ?

    Reply
  33. Nurhashikin on 20/10/2022 22:43

    as salam mcm sy..suami kena langgar tp moto xad rodtex sbb pkai moto adik ipar..org yg langgar tu mgaku salah tp nk buat report..apa tindakan yg saya boleh buat

    Reply
    • Abang GYL on 25/10/2022 23:07

      Jika report dibuat, pihak suami cik akan di saman atas kesalahan tidak memiliki insurans dan cukai jalan. Bagaimanapun, cik masih boleh proceed claim insurans si pelanggar

      Reply
  34. Adam Aziz on 26/11/2022 14:57

    Slm…

    Kereta saya road tax mati dilanggar kenderaan yang ada road tax… report polis sudah dibuat.. boleh ke saya claim insurance kereta si pelanggar dan apakah langkah seterusnya 0?

    Terima kasih
    Dema

    Reply
    • Azhan O on 19/12/2022 19:37

      Tak boleh sebab tak ada insurans

      Reply
  35. Adnan on 06/12/2022 09:59

    Salam tuan bagaiman jika Kereta saya di langgar dan kereta saya masa tu insurance dah mati.. dalam masa yang sama pihak berkenaan menyalahkan saya dan berkeras kerana dia jalan utama Jawabnya.. Bagaimana urusan nya tuan?

    Reply
    • Azhan O on 19/12/2022 19:35

      Siap sedia bayar saman

      Reply
  36. Bya on 21/12/2022 07:08

    Saya telah melanggar sebuah kereta dari belakang. Namun masalahnya disini, semasa kemalangan tersebut, lesen saya telah tamat tempoh tapi insurance sudah renew dan masih sah. Bolehkan orang yang saya langgar buat tuntutan menggunakan insurance saya?

    Reply
    • Abang GYL on 23/12/2022 19:26

      Boleh, tiada masalah. Cuma anda akan disaman atas kesalahan tiada lesen memandu

      Reply
  37. Kalam on 03/01/2023 15:32

    Salam. maaf tanya. saya punya kes plk.. kereta saya parking depan rumah dan tepi jalan (bahu jalan)..lepastu bus ada langgar kereta saya walau kereta saya tidak menghalang laluan utama. kereta saya tk bergerak namun kereta saya roadtax dan insurans mati.. bagaimanakan cara saya untuk claim atas insurans bus tersebut?

    Reply
    • Abang GYL on 05/01/2023 00:10

      Jika tahu apa num plat yang langgar atau ada rakaman CCTV atau dashcam, anda boleh laporkan untuk buat tuntutan insurans. Tetapi anda akan di saman akibat tidak memiliki insurans dan cukai jalan.

      Andai kata tidak tahu siapa yang langgar, maka anda tak boleh nak claim insurans. Harap menjawab persoalan.

      Reply
  38. Christopher Ak Bungkong on 02/03/2023 08:41

    Salam tuan bagaiman jika motor saya di langgar dan motor saya masa tu insurance dah mati dan tiada lesen motor dan saya masa itu cedera teruk dan terus dibawakan ke hospital cuma masa itu saya tiada membuat
    report polis manakala dia ada membuat report polis..selepas saya keluar dari hospital si pelanggar meminta tuntutan rugi sebanyak rm 2ribu daripada saya dalam masa yang sama pihak berkenaan menyalahkan saya dan berkeras kerana dia jalan utama Jawabnya dan membuat ugutan kalau saya tidak bayar tuntutan dia akan bawa kes kemahkamah.. Bagaimana urusan nya tuan?

    Reply
    • Azhan O on 02/03/2023 19:31

      Tuan akan kena saman sebab menunggang tanpa insurance motor dan lesen memandu. Juga tak dapat claim apa2.

      Reply
  39. Haziq on 22/03/2023 17:29

    Salam tuan, saya berlanggar dengan sebuab kereta di sempant tiga/T. Saya berada di jalan utama dan kereta tersebut keluar sempang tanpa berhenti. Mengikut undang2 saya betul tetapi soalan saya bolehkah saya claim insurans kereta tersebut jika motosikal saya sudah tamat tempoh road tax dan insurans. Saya ada lesen.

    Reply
  40. Azhar on 10/04/2023 00:42

    Salam. maaf bertanya. Kereta saya parking dihadapan bengkel yg mempunyai petak parking yg sah tepi jalan besar untuk dibaiki. Ada kereta kemalangan terbabas & melanggar kereta saya. Untuk makluman kereta saya roadtax dan insurans dah mati sebab dlm proses baik pulih & tidak bergerak. Bagaimanakan cara saya untuk claim atas insurans kereta tersebut?

    Reply
  41. Alin on 29/07/2023 20:02

    Sya nak tanya sekiranya saya terlanggar motor dan mangsa mengalami kecederaan ringgan dan polis pun dah sah saya salah..apakah yang akan terjadi kepada saya pemandu kereta sekiranya mangsa mengambil lawyer untuk kes ini..mangsa tidak mempunyai lesen..adakah ini cuma mangsa dah pihak insuran sahaja ataupun saya pun akan terlibat

    Reply
    • Azhan O on 01/09/2023 09:25

      Cik boleh disaman, dan begitu juga dia. Akan disaman kerana tiada lesen

      Reply
  42. lili on 07/09/2023 16:23

    saya nak tanye, jika pemilik motosikal telah meninggal akibat kemalangan , tapi kenderaan yg langgar tu tiada roadtax dan insurans, waris boleh buat tuntutan dengan mib ke?

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:33

      Tak pasti. Kena tanya MIB

      Reply
  43. Hafizi on 11/09/2023 17:32

    Tuan,

    Sy rasa x berpuas hati dgn orng yang guna kereta mewah…tekan minyak bising bising macam dia sorang ja pakai kereta mewah.

    Nnt sy x nak renew insurans dan roadtax kereta sy dan bila kereta mewah tu buat bising…sy buat2 langgar dia…senang…sy mengakau bersalah…cuma bayar saman saja kepada pihak polis atas kesalahan tidak memiliki insurans dan roadtax.

    biar padan muka owner kereta mewah tuu kena claim own damage dan NCD jadi kosong balik..hahaha

    Reply
  44. ANN on 06/10/2023 17:25

    TUAN SY NAK TANYA
    SAYA DI LANGGAR MOTO YG XMEMPUNYAI LESEN , ROADTAX & INSURANS
    BELIAU BERJANJI HENDAK SETTLE TEPI, UTK BAYAR KEROSAKAN KERETA SAYA,
    TETAPI TIBA2 DIA PERGI BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS ITU.

    SAYA BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS ITU .SAYA TIDAK PUAS HATI DENGAN BELIAU DAN NYATAKAN DI DALAM REPORT “YANG DIA HENDAK SETTLE TEPI”

    PERSOALAN NYA: ADAKAH INSURANCE SAYA TAK VALID SEBAB SAYA NYATAKAN BELIAU INGIN SETTLE LUAR. APA YANG PERLU SAYA BUAT YA.

    HELPPPP

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:27

      Insurans sepatutnya masih valid asalkan ada report polis

      Reply
  45. Etty on 09/12/2023 10:03

    Salam,Sy Nak tanya..kalau Kita langgar kereta org..masa langgar tu kita ada insurance..org tu minta Nak guna insurance Kita dan Kita setuju..org tu Nak barang ori..tapi insurance xcover kereta yg atas daripada 5 tahun..dia kena bayar 30% utk ambil barang ori..adakah pihak Kita yg Nak kena bayar kos pembaikan tu..

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:19

      Pihak yang bersalah perlu tanggung kos baik pulih. Biasanya pihak insurans kita yang uruskan untuk kenderaan yang dilanggar.

      Reply
  46. ABDUL HAKIMIE on 18/12/2023 18:24

    Hi, saya nak tanya. Semalam ada kemalangan berlaku. Ada van langgar saya dari kiri dia nak keluar ke kanan. Saya dari tengah nak keluar ke jalan besar ke kiri. Macam mana nak klaim kerosakan moto saya dengan orang yang bawa van ya? Boleh bagi penjelasan tak? Terima kasih

    Reply
    • Azhan O on 26/12/2023 13:16

      Boleh buat panggilan ke MIB

      Reply
  47. pian on 27/02/2024 00:18

    macam saya moto tiada cukai jalan.,moto yang langgar saya ada cukai jalan boleh atau tidak kalau saya nak clim kecederaan saya patah bahu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.