Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!
Autotainment

#ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI pemandu di negara tropika yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, kita sememangnya sangat kritikal dengan suhu ideal ketika memandu. Penyaman udara mesti sentiasa mahu tip top!

Namun, pada masa sama banyak situasi memerlukan kita meletakkan kenderaan di kawasan terbuka yang disinari cahaya mentari terik. Apabila kembali semula dan masuk ke dalam kereta, ruang kabin sudah serupa bilik sauna, panas berbahang. Lebih perit lagi kalau kerusi kereta daripada material kulit. Sudahlah kulit, warnanya hitam pula. Terus punggung dan belakang badan terasa seperti dicucuk-cucuk jarum.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

Membuka suhu penyaman udara kepada tahap maksimum dan paling sejuk pasti akan menurunkan suhu dalam kabin, tetapi mengambil masa lama. Jadi ada beberapa tip yang perlu anda buat untuk mengelakkan kenderaan kepanasan selain mempercepatkan proses menyejukkan ruang kabin kereta.

1. LETAK KERETA BAWAH TEMPAT TEDUH

Ini tip paling asas, cepat parkir kenderaan di bawah tempat teduh sama ada pokok atau apa-apa bumbung. Boleh juga sebelah lori tangki yang bayangnya mampu meneduhkan kereta kita. Ambil kira juga mana arah timur dan barat (peh, klinikal!). Itupun kalau kita tidak bercadang memarkir kenderaan hingga lewat petang atau malam.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Mod ‘Udara Dalam’ dan ‘Udara Luar’ dalam A/C Kereta?

Tetapi kalau sudah memang balik lewat petang atau malam, tiada guna pun parking di tempat redup dan kabin kerana kabin akan jadi sejuk juga. Lagipun parkir kenderaan di bawah pokok berisiko terkena tahi burung, dahan patah akibat ribut, bumbung roboh dan macam-macam bencana lain lagi. Apapun fikir masak-masak.

2. LAPIK SELIMUT ATAU TUALA ATAS KERUSI DAN STERENG

Kerusi dan roda stereng ialah benda penting yang pertama kali menyentuh kulit kita sebaik saja masuk kereta. Dua benda ini juga akan jadi sangat panas, terutama kalau daripada material kulit. Cadangan kami, selimutkan! Seeloknya kain putih kerana boleh bertindak sebagai pemantul cahaya.

Boleh juga gunakan pembalut stereng yang dipasangkan ketika hendak keluar kereta. Apabila kembali semula, tanggalkan pembalut itu dan memandulah dengan tenang.

Cara ini nampak macam leceh, tetapi memang berkesan. Cubalah.

3. TURUNKAN SEDIKIT CERMIN


Menurunkan sedikit tingkap boleh menjadikan kabin sedikit sejuk kerana udara panas lebih ringan berbanding udara sejuk, dan akan keluar menerusi ruang terbuka. Pastikan tingkap dibuka pada tahap yang tidak dapat dilepasi tangan melainkan kita bersedia buat repot polis kerana kereta hilang.

4. PASANG KIPAS SOLAR

Cara ini khabarnya sangat berkesan untuk membuatkan kabin kereta kekal nyaman, iaitu dengan mengeksploitasi cahaya matahari sebagai sumber tenaga. Beli kipas solar yang akan berpusing setiap kali kereta berjemur di bawah sinar matahari.

Ada dijual di Lazada Malaysia pada harga murah (~RM30). Tetapi selepas membaca komen pembeli di situ, anda mungkin perlu berfikir dua tiga kali. Apapun, boleh cuba. 😛

5. HIDUPKAN PENYAMAN UDARA SAMBIL BUKA TINGKAP BEBERAPA MINIT

Faktanya, udara panas lebih ringan daripada udara sejuk dan biasanya akan terapung di atas. Jadi, apabila tingkap dibuka, udara panas itu akan mengalir keluar, manakala udara sejuk akan mula mengisi ruang kabin.

Bagi mendapatkan kesan penyejukan terbaik, apabila menghidupkan penyaman udara, bukalah tingkap depan dan belakang sepanjang jalan. Laraskan penyaman udara pada tahap maksimum selama beberapa minit.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu

Kemudian, tutup tingkap depan terlebih dahulu dan biarkan tingkap belakang terbuka sedikit supaya baki haba panas dapat terus keluar dan pada masa sama udara sejuk dikekalkan. Lakukan 30 hingga 60 saat sebelum tutup tingkap sepenuhnya.

Akhir sekali, laraskan suhu dan kelajuan kipas penyaman udara mengikut keperluan.

apanakbuat autotainment Bahang Panas Kabin Panas Kurangkan Panas Kabin Roda4 tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Protected: iCAUR V23 CKD Kekal Harga RM132,780, Tiba di Bilik Pameran Seluruh Negara Akhir Julai Ini

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.