Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
Autotainment

#ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini

Azizi HBy Azizi H29/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM beli kereta terpakai, sudah pasti banyak tanda-tanya dan persoalan yang timbul dalam diri mengenai kondisi dan kemampuan kereta tersebut. Ini menyebabkan ramai cenderung mengajukan pelbagai soalan secara rawak dan terlupa perkara penting yang patut ditanya.

Sedar tidak sedar kita mungkin tertinggal maklumat penting mengenai sejarah kereta yang mahu dibeli. Sepatutnya ajukan soalan relevan saja bagi memudahkan kita menilai status kereta terpakai berkenaan.

Berikut beberapa soalan yang boleh ditanya kepada pemilik atau jurujual kereta terpakai itu, termasuk isu berbangkit yang perlu anda pertimbangkan:

i) KETIKA JUMPA JURUJUAL/PEMILIK KERETA
odometer-pandulajudocomdotmy
1. Berapakah jarak odometer?
  • Ini perkara asas sebelum beli kereta terpakai yang membantu anda menentukan nilai kenderaan itu.
  • Pergi ke mana-mana laman web kereta terpakai untuk menilai harga semasa sesebuah kereta mengikut jumlah perbatuan.
2. Kenapa nak jual kereta?
  • Jawapan terbaik:
    • “Saya baru je beli kereta baru” – Ini bagus kerana penjual mahu jual kereta dengan segera.
    • “Itu kereta ibu atau ayah saya” – Ini juga bagus kerana kereta itu mungkin tidak digunakan lagi. Mereka mungkin perlukan tunai.
  • Jawapan meragukan:
    • “Itu kereta anak saya, tak pakai pun sebab dia nak pindah/masuk kerja baru/beli kereta sendiri” – Kita mungkin sukar berunding dengan penjual jenis ini kerana dia tiada keperluan mahu jual kereta, dan mungkin susah hendak minta dikurangkan harga.
3. Bagaimanakah kondisi kereta terpakai ini?

Ini tiga jawapan yang selalu diberikan:

  • “Keadaan kereta tip top, tak ada kemalangan” – Kadangkala penjual akan berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan kita supaya beli kereta tersebut. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana dia mungkin ada sesuatu yang cuba dirahsiakan mengenai masalah dan keburukan kereta itu.
  • “Kereta bagus, tapi biasalah kereta lama ada masalah sikit” – Sebahagian besar  jurujual beri alasan sama. Jurujual seperti ini biasanya seorang yang jujur dan tidak akan menipu berlebihan.
  • “Saya rasa kereta ni ok je, tak pernah buat hal” – Orang jenis ini selalunya tiada banyak ilmu tentang cara menilai kenderaan mereka. Mereka mungkin sangat jujur atau pemalu orangnya. Segala tawar-menawar mungkin akan menjadi mudah.

NOTA: Kajian mendapati pemilik kereta terpakai biasanya jujur mengenai kondisi kenderaan mereka, berbanding ejen atau penjual di premis jual-beli kereta terpakai.

ii) SELEPAS TENGOK KERETA
4. Dari siapa kereta dibeli?
  • Jika melalui ejen, pastikan mereka dapatkan kereta daripada pemilik asal.
  • Minta lihat geran kereta.
  • Minta rekod servis kereta kalau ada.
5. Dari mana kereta dibeli?
  • Seorang pemilik boleh jadi pemilik asal, tetapi berpindah dari negeri lain dan menukar nama kereta kepada tuan baharu.
  • Latar belakang geografi kereta juga dapat menunjukkan kemungkinan berlaku masalah bencana alam tertentu, seperti kawasan berisiko banjir.
6. Apakah jenis minyak enjin digunakan?

Percaya atau tidak, ini petunjuk tentang cara kereta itu dijaga baik. Pemilik kereta persendirian akan jawab dalam tiga cara:

  • Jawab spontan. Ini menunjukkan mereka sendiri uruskan hal minyak enjin itu sendiri dan menjaga kereta dengan baik.
  • Terus tunjuk rekod servis minyak enjin. Perkara ini sangat baik kerana pemilik kereta sangat yakin dengan kondisi keretanya. Bagaimanapun, periksa dengan terperinci rekod tersebut.
  • Jika dia jawab, “Saya tak tahu” atau beri jawapan salah, sila pastikan mekanik periksa bahagian enjin dengan teliti.
7. Berapakah harga paling rendah sanggup jual?
  • Soalan ini secara tidak langsung memberitahu penjual yang kita tidak akan bayar harga tinggi diminta.
  • Tapi masih bergantung berapa lama penjual berusaha jual kereta itu. Kalau sudah lama, dan terdesak, dia mungkin beri potongan harga lumayan.
8. Berapa lama masa diambil untuk pandu uji kereta terpakai itu?
  • Pandu uji wajib dilakukan setiap kali mahu beli kereta terpakai. Penjual yang beretika juga sudah pasti tidak akan menolak permintaan ini.
  • Kebanyakan penjual akan beri masa kurang 30 minit saja.
  • Jika lebih masa, penjual mungkin risau dengan kenderaan dan tidak membenarkan kita memandu uji lebih lama.
iii) SELEPAS PANDU UJI

9. Adakah boleh periksa sendiri kereta terpakai?
  • Anda harus sentiasa berwaspada jika ada apa-apa masalah pada kereta.
  • Jangan terpengaruh jika penjual cuba menolak permintaan tersebut. Mungkin mereka takut rahsia ‘tersembunyi’ terbongkar.
  • Jawapan terbaik; “Baik, tiada masalah.”
10. Bilakah kali terakhir jual kereta terpakai?
  • Ada orang yang jual kereta terpakai sebagai sumber pendapatan. Misalnya, kereta dibeli pada harga murah, dan dijual selepas dibaik pulih.
  • Namun, wujud segelintir individu tidak bertanggungjawab dengan menjual kereta yang teruk dan tidak dibaik pulih sebaiknya sebelum dijual.
  • Pastikan anda periksa latar belakang penjual itu sebelum buat keputusan beli kereta terpakai.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak ‘Eksyen’ Lebih Naa…

SUMBER: LiveAbout.com

apa nak buat Auto Terkini autotainment Beli Kereta Terpakai Soalan Sebelum Beli Kereta Terpakai
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.